Wednesday, December 30, 2009

Demi Masa

Bismillahi walhamdulillahi..

Demi masa..

Sesungguhnya manusia iu di dalam kerugian..

Melainkan yang beriman dan beramal soleh...dan yang berpesan2 dengan kebenaran

dan juga yang berpesan2 dengan kesabaran...

Aku amat suka dengan kata-kata ini..

"Hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa"

dan kata-kata ini sesuai dipadankan  dengan kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

"Al-wajibaat aktharu minal awqaat"

coretan yang tak tahu hujung pangkalnya..wallahu a'lam..

Monday, December 21, 2009

sambungan QYC

Bismillahi walhamdulillahi…


Permulaan bagi minggu seterusnya..

Akan aku mulakan dengan lebih bersemangat berbanding minggu lepas. Minggu ini lebih baik daripada minggu lepas!

Aku tak tahu kenapa, tapi bila tiap-tiap kali “down”, akal fikiran dan hati aku serta merta akan terus teringat pada perjuangan Rasulullah saw. Keperitan, kesedihan, kepedihan yang ditanggung oleh baginda jauh berkali-kali ganda lebih hebat dari aku. Tapi, lihatlah bagaimana manusia hebat ini hadapinya? Semuanya diiringi dengan sabar, tabah dan kebergantungan kuat pada Allah swt. Bukannya mengeluh, berputus asa, dan cepat ‘blame’ orang! Aku mahu jadi seperti dia! Ya! Aku mesti contohi baginda!

What else that make me “…..” today? =)

The answer is ADIK2 QYC!!!..

Em..sebelum kenangan luput dalam ingatan kepala ni, biar aku coret sedikit sebanyak tentang adik-adik ni.( tidak sesuai dibaca kerana tidak mendatangkan faedah..its juz for me!)

Adik-adik QYC= Syifa, Zati, Liana, Halimah, Ada, Sakinah, Akak, Shida, Adik..

SYIFA: Peserta paling senior, Form 4. Disebabkan dia agak senior. Jadi dia agak banyak bersendirian dengan zati. Tidak kisahlah apa pun, tapi yang pasti, adik ni sangat semangat dalan hafazan. Setiap kali ada kesempatan untuk discuss, dia mesti akan tanya tips-tips megingat, dan tips supaya ayat hafazan tidak bercampur. Akak doakan cita-cita adik nak masuk DQ tercapai.Amiin..lastly, Sayang Syifa!!

Moral: Semangat adik yang berkobar-kobar tu,ada tempias kat akak jugak..syukran jazilan..

ZATI: Pelajar Form 3. Sangat berkepimpinan. Sekali tengok, dah tahu yang zati ada ciri-ciri pemimpin yang tinggi. Lagi satu, even ahli kem kebanyakannya terdiri daripada adik2 sek rendah, tapi zati boleh bergaul dengan baik dengan adik2. Akak-akak memang harapkan pada zati dan syifa masa ketiadaan kami… Sayang Zati!

Moral: Hey, you must improve your leadership skill!

LIANA & HALIMAH : adik dua orang ni masuk lambat sikit. Jadi akak tak berapa nak tahu pasal adik. Tapi akak kagum bila adik-adik tidak segan silu nak join kem ni even dah lambat dan adik tidak kenal sesiapa pun! Tahniah dik! Sayang Adik!

ADAWIYAH : Pada mulanya, akak tengok Ada sangat pendiam. Akak tanya sepatah, Ada jawab sepatah. Tapi bila dah lama dalam kem, tanggapan akak tersilap. Rupa-rupanya Ada seorang yang ceria dan selalu menggamatkan suasana. =).Ada, sabar ye, tunggu ibu dan ayah balik dari Mekah..Sayang Ada..

SAKINAH: Salah seorang dalam senarai adik-adik yang selalu menggana=matkan suasana. Lucu bangat adik ni…lagi satu,kinah ni selalu tanya soalan tentang Islam dan hukum hakam.. Menggunakan ayat Tanya kenapa? Dan kenapa?.. “Always asking ‘why’ is one of the characteristic of creative person”..but… kita tak boleh tanya banyak sangat ‘kenapa’ bila ianya berkaitan dengan hukum Allah..=). Takut nanti iman akan ‘yanqus’(berkurang).apa-apa pun, akak sayang kinah…!

SHIDA : Adik bongsu dalam kem. Baru darjah 2. Senang dipujuk intik melakukan sesuatu perkara, dan sangat manja. Aku dan sahabat-sahabatku merasakan shidah sangat unik. Pada usia yang macam tu, dia bertanyakan soalan yang sangat kedepan bagiku. Cara fikirannya juga lain dari adik2 lain.. Akak tahu yang shida akan jadi orang yang hebat satu hari nanti.Sayang Shida..!

AKAK : Nama dia, Amal Husna.. seorang kakak yang sangat-sangat bertanggungjawab terhadap adik dia. Segala yang adik perlukan dia akan sediakan, dia akan carikan. Kalau adk sakit, dia akan tampalkan plaster.Sangat kagum! Jelas sekali sikap tanggungjawab dalam dirimu, akak.Sayang akak…!

ADIK: AMAL NAJEHAH. Paling manja. Sangat manja. Sesiapa yang nampak dia, mesti nak usik dia, dan mesti rasa nak angkat dia!! Hehe.. Adik sangat cepat belajar, menghafaz pun dia cepat. Bagus! Sayang adik…!

Dah habis dah..huhu..malas nak cerita pasal peserta lelaki..Iskandar, Faiz, Arifuddin..Semuanya baik-baik. Dan tak lupa juga pada Nabil, Azhar dan Muhammad.

KALIAN SEMUA PERMATA ISLAM!!!

Saturday, December 19, 2009

kanak-kanak itu bersih!!



Bismilllahi walhamdulillah...

Syukur setinggi-tingginya Ku letakkan pada yang Esa kerana kebanyakan perkara yang merunsingkan aku banyak yang sudah berakhir. Alhamdulillah...

Teringin untuk berkongsi satu perkara. Tentang jiwa kanak-kanak. Betapa bersih da sucinya jiwa mereka. Tanpa sedikit pun palitan dosa. Kanak-kanak senang berkata jujur, ikhlas dari hati. Kalau dia suka, dia akan cakap suka..Kalau dia benci, geram, marah..dia akan tunjukkan rasa hati mereka dengan menangis, merajuk atau lebih baik lagi, mereka akan kata direct. Bagus kan? Tapi kenapa kanak-kanak je ek? hm...

Adakah disebabkan orang dewasa dah pandai berfikir jauh, sampaikan boleh bohong untuk kepentingan diri. atau adakah disebabkan hati sudah terconteng bintik-bintik hitam?
Malu je dengan kanak-kanak..

Ok, balik pada tajuk utama balik...actually, aku sangat rindukan adik-adik di kem baru-baru ni. walaupun kem  ini 'agak tidak sempurna', tapi aku dan sahabat-sahabatku yang berjiwa besar(hehe..) terutamanya nadia dan k.fasehah telah memebuatka kem ini berjaya dilaksanakan. tidak lupa juga pada dua orang kuat kami.

Secara langsung dan tidak langsung, banyak yang aku dah belajar dari adik-adik ni. Banyak sangat-sangat. Terima kasih adik..

Ni sedikit gambar..sebagai kenangan..






 

Terima kasih ya Allah pertemukan aku dengan mereka..

Tuesday, November 3, 2009

saya tahu dan saya ingin tahu lagi..

bismillahirrahmanirrahim...

manusia terbahagi pada 4 golongan:

1-dia TAHU dan dia TAHU yang dia TAHU
orang ini adalah orang yang a'lim


2-dia TAHU tapi dia TIDAK TAHU yang dia TAHU
ala-ala buat tak tahu..

3-dia TIDAK TAHU tapi dia TAHU yang dia TIDAK TAHU
orang ini jahil, maka ajarkanlah..

4-orang ini TIDAK TAHU dan dia TIDAK TAHU yang dia TIDAK TAHU..
maka bimbinglah orang ini..


kesimpulannya, di manakah anda? adakah anda seorang yang tahu sesuatu kebenaran, tetapi sengaja menutupinya?
atau anda tidak tahu, dan anda tak ingin mengetahuinya?
atau anda memang tak tahu apa-apa dan tidak ingin langsung untuk mencari dan mengetahuinya..

jadilah orang yang sentiasa ingin ambil tahu hal keliling...
jadilah seorang Muslim yang sentiasa ambil tahu perihal umat Muslim sekelilingnya..
KISAHLAH PERIHAL SAUDARAMU!!!
KISAHLAH PERIHAL KEBENARAN YANG TIDAK DAPAT DITEGAKKAN!!

Saturday, August 22, 2009

Time's up dear!!



Bismillahirrahmanirrahim..

RAMADHAN KAREEM..
Rasa ingin berkongsi sesuatu..=). Cuba anda bayangkan:-

Anda sedang menghadapi peperiksaan besar dan sekarang sedang duduk dalam satu dewan bersama-sama dengan orang lain. Dewan itu dikelilingi oleh guru-guru yang sedang mengawasi anda dan orang lain. Ada soalan susah, ada soalan senang. Keadaan anda menjawab soalan amat tenang sehinggalah anda terdengar suara guru berkata:

“ok students, TIME’s UP!!!! Please submit your paper now!”

Betapa terkejutnya anda!! Soalan ada lagi yang tak buat!! Kesalahan jawapan ada lagi yang anda masih tak padam!!! Kertas ada contengan kasar di merata-rata!! Ah..Tak Sempaattt!!! Habislah result anda. Mesti dapat teruk.

Analoginya:

Anda sedang berada dalam dewan dunia peperiksaan, menghadapi semua ujian kesenangan dan kesusahan yang Allah beri. Ada yang susah dan ada yang senang. Semua amalan yang anda buat di dunia ini diperhati oleh Allah dan malaikat-malaikatnya. Semuanya mengawasi gerak geri anda. Di sini, anda mengumpulkan amalan, ibadah, buat kebaikan, dan kadang-kadang ada juga tersalah langkah dan akhirnya tersungkur. Anda juga kadang-kadang terleka dengan hari yang bakal berlaku. Sangat-sangat terlupa!! Boleh anda bayangkan, bagaimanakah keadaan anda dan apakah perasaan anda ketika itu jika tiba-tiba anda terdengar suara berkata:

“TIME’s UP!!! HARI KIAMAT!!!!!!!”

Anda tak sempat nak bertaubat. Anda tak mintak maaf lagi dekat orang di sekeliling anda. Banyak lagi amalan anda yang tidak lengkap!! Ah…tidak!!!! Macam mana aku nak hantar amalan-amalanku pada Allah. Semestinya aku akan FAIL!!!!

Nah!! ayuh kita berlumba buat amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan ini. Inila masanya untuk mendapat pahala dan gajaran berganda. Optimumkan ibadah dan amalan anda. Maksimumkan penggunaan masa anda dengan amalan yang membawa redha dan ganjaran Allah seolah-olah anda tidak akan berjumpa dengan bulan rahmat ini tahun hadapan. Takutlah wahai diri dan antum semua akan kematian dan hari kiamat. Ingatlah mati. Jangan sekali-kali lupa kannya. Dunia ini cuma jalan nak menuju destinasi lain. Jalanilah jalan yang lurus dan jalanilah dengan sabar dan mujahadahlah!!

Akhir kalam, Ramadhan Kareem..=)

Hargailah setiap detik anda berada dalam bulan ini khususnya dan di dunia ini amnya.
Wallahu a’lam..

Thursday, July 23, 2009

pembebasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, aku berpeluang untuk mengisi rohani dengan mendengar tazkirah. Kukira ini talk yang kedua aku pergi sepanjang hampir 3 minggu di UIA. Talk first adalah talk ramadhan, dan kedua, isra’ Mikraj. Aku tertanya-tanya, kenapa di Gombak ni kurang talk atu forum ek? Maybe awal sem lagi kot kan.. nanti banyak la tu, sampai tak terlarat nak pergi..=).aku harap macam tu la..

Selalunya, bila Isra’ Mikraj, semua talk yang aku pernah pergi berkisar tentang kejadian Israk dan mikraj itu sendiri. Tetapi ada kelainan sikit talk malam semalam. Dr. Farid (deputy dean IRKHS, usuluddin and comparative religion) dan Ir Ahmad Jais (pengarah ikim.fm) mengupas tentang hikmah yang kita umat zaman sekarang boleh ambil dari kejadian istimewa ini. Antara aspek yang kita boleh teliti dan kaji adalah aspek ubudiah, kelimuan, sains teknologi, dan juga pembebasan tanah Palestin.

Kadang-kadang kita lupa selain peristiwa Israk Mikraj ini, peristiwa pembebasan tanah Palestin dari kaum kuffar juga adalah pada 27 Rejab. Tanah Palestin telah dibebaskan di tangan Salahuddin Al-Ayubi. Jadi, sekarang, kalau kita lihat Palestin tidak lagi berada di tangan Islam. Nah, tangungjawab ini terletak pada umat zaman sekarang. Dimanakah Salahuddin Al-Ayubi zaman ini? Kamukah? Atau merekakah? Atau akukah?

Saturday, July 11, 2009

MULA!!!

Assalamualaikum..




Buat diri..




Anda harus sedar yang anda telah memasuki zon serius..


Zon ini mengehadkan anda untuk terlalu bersuka-ria dan bergelak ketawa..


Zon ini memerlukan anda sebagai seorang yang berdisiplin, rajin dan kekal istiqamah..


Sunday, June 28, 2009

PERANCANG YANG MAHA HEBAT

Bismillahirrahmanirrahim

Pernahkah anda merancang sesuatu program dengan amat teliti dan anda rasakan cukup hebat, tapi apabila sampai masanya, program terpaksa ditunda atau lebih teruk lagi terpaksa dibatal?

Atau

Pernahkah anda merancang untuk pergi ke rehlah atau picnic, tapi tiba-tiba ada masalah mengejut, yang tak disangka-sangka dan tidak dapat dielakkan?

Pernahkan anda merasa takut untuk menghadapi sesuatu dan anda amat pasti perkara buruk pasti mengganggu anda apabila berhadapannya, tetapi tiba-tiba segalanya berjalan dengan lancar dan begitu sempurna?

Saya amat yakin kebanyakan antara kita pernah melaluinya kan?
Kita andaikan kita sudah merancang dengan sebaik-baiknya, tapi sebenarnya tidak. Kita yakin akan berlangsungnya event itu dan ini, tapi at last, tak menjadi. Salah siapa? Kita merangcang, Allah juga merancang. Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, perancangan Allah jauh lebih baik. Kita tidak harus terlalu kecewa jika sesuatu yang dirancang tidak menjadi. Jangan cepat melatah dengan apa yang terjadi.Pasti ada hikmahnya.

Cubalah fikir sedalam-dalamnya dan mencari hikmah tersirat yang Allah sediakan untuk kita. Bila sudah temuinya, pasti kita kagum dengan kebijaksanaanNya dalam merancang. Subhanallah..Engkaulah sebaik-baik perancang. Wallahu khairul maakiriin…

Disebalik semua kejadian yang tidak berlaku seperti yang dirancang, pasti Allah ingin melihat sesuatu dari kita. Bagaimana keimanan, kesabaran, ketabahan kita apabila diberi ujian yang sedikit cuma. Adakah yanqus (ber-) atau yazid (ber+) ? adakah sabar atau marah kecewa? Semua terletak pada tahap taqwa kita.Wahai diri, sabarlah dan kuatkanlah dirimu..

Wallahu a’lam.

Saturday, June 27, 2009

USRAH




Assalamualaikum.

"Fulan, jom pegi usrah nak? naqib/ahnya seronok. pandai bagi pengisisan..tak lama pun, kejap je.."

-"em,sori la, ada assignment tak siap lagi ni. next week dah nak antar"

-"usrah? oo...yang duduk-duduk, pastu sembang-sembang tu ek? tak nak lah.."

-"sori la sis..saya tak suka usrah ke halaqah ke ceramah ke...boring la."

-"baik aku studi dari buang masa dalam tu"

Seringkali kita dengar pelbagai alasan untuk menolak pelawaan ke usrah. Ramai antara kita khususnya 'mahasiswa' yang cerdik pandai mempunyai pelbagai persepsi negatif tentang USRAH. ada yang menganggapnya sangat boring, buang masa tanpa membincangkan apa-apa, sembang kosong dan macam-macam lagi.

Jika kita singkap sirah Rasulullah, baginda juga menggunakan usrah dalam usaha mengembangkan ajaran Islam. bermula dengan usrah yang kecil, akhirnya Islam berkembang dan terus berkembang. Apalah salahnya jika kita mengikut sunnah nabi.

Usrah bukan sekadar duduk dalam bulatan, baca Alquran, sembang-sembang kosong. Di dalam usrah kita boleh lebarkan jaringan ukhwah, berkongsi masalah sama ada masalah diri, keluarga atau pun masalah umat. Usrah juga membantu kita lebih mendalami Islam dengan bimbingan naqib/ah. Dengan usrah oleh puasa bersama, ifthar bersama, qiyam bersama, riadhah bersama. Bukankah itu baik? ingatlah, jika kita berseorangan, syaitan mudah untuk mengganggu kita.

Janganlah kita jumudkan pemikiran kita bahawa usrah ini membuang masa dan merupakan penyebab kemerosotan dalam pencapaian akademik kita.Sama sekali tidak. Usrah yang cuma 1 jam atau 2 jam dalam seminggu tidak akan menjejaskan langsung akademik kita. Malahan membantu dalam proses pembelajaran dan pengajian. hati yang sentiasa terikat dengan rabitahNya, pasti lebih mudah untuk belajar. Percayalah.

Aku tidak mahu berceloteh panjang, cuma kadang-kadang tak faham dengan pelajar yang meremeh-remehkan dan perlekehkan usrah. Sungguh tak mengerti.

USRAH MEMANG NAMPAK KECIL. TAPI INGATLAH, "USRAH BUKAN SEGALANYA TETAPI SEGALANYA BERMULA DENGAN USRAH"

Wallahu a'lam

Wednesday, June 24, 2009

ReJaB datang lagi

Assalamualaikum....

Lama betul tak menulis...betapa susahnya diri ni nak istiqamah. Hanya sekecil perkara ini pun(menulis) dah susah nak istiqamah,apatah lagi sebesar-besar perkara. Ya Allah, thabatkanlah hati ini...

Alhamdulillah, diri ni berpeluang lagi bertemu bulan Rejab...semoga sempat berjumpa Ramadhan..Marilah kita bersama-sama mengambil keberkatan dalam apa jua kebajikan dan amalan dalam bulan Rejab ni.

"Allahumma baariklana fi rajabin wa sya'banin wa ballighna ramadhan"
Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan

Rejab
Bulan Rabb
Bulan mulia
Bulan maghfirah
Bulan rahmat
Bulan keampunan
Bulan mencari redha

.........=====..........

Monday, June 15, 2009

Barulah ku tahu...

Bismillahirrahmanirrahim.....
Amin bersiap-siap nak balik. Saja kubelek-belek barang-barang yang baru dibelinya di pasaraya Billion...em,ada biskut cheese dan butter cookies.Ada jugak ubat gigi dan berus gigi. Aku pun tengok la ubat gigi Mukmin. Saja belek-belek. Mataku tertangkap pada pelekat bulat berwarna merah yang ditampal atas kotak ubat gigi..tertulis TANPA FLORIDA..

Tiba-tiba teringat iklan colgate dalam TV...camni la lebih kurang...

Doktor : Puan, puan guna ubat gigi apa untuk anak puan? (ada la kot bunyi sikit-sikit cam ni..)
Ibu : Oh..saya tak ingat la pulak doktor..tapi yang pasti HALAL..(sambil terbayang ubat gigi yang dia beli..ada tulis TANPA FLORIDA..)
Doktor : oh..puan selain HALAL, puan mesti beli ubat gigi yang mengandungi florida. Florida penting dalam penjagaan gigi.Florida juga..bla..bla..bla..(tak ingat dah..)


Aku pun ter'confuse' seketika. Sebenarnya florida ni perlu ke tak dalam ubat gigi. kenapa colgate 'cakap' lain, Mukmin 'cakap' lain? Bukan nak persoalkan apa-apa, selama ni pun aku beli Safi or Mukmin jer. Cuma rasa penasaran nak tahu. Jadi, pi la search kat internet...

Sebenarnya, dalam air yang kita minum ni pon dah ada florida. dalam sesetengah makanan yang lain pon ada jugak. Jadi, itu dah kira cukup untuk gigi kita. Kalau kita ambil florida yang berlebihan, ianya akan bawa kesan buruk pada badan. Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Itu tak campur lagi dengan kesan buruk yang lain...




Antaranya:

-kanser
-kematian
-masalah gastrik
-kelunturan warna gigi
-keracunan saraf
-kanser tulang
-kerapuhan tulang
-dll...klik sini

Rupa-rupanya banyak badan2 organisasi serta doktor2 luar yang mempersetujui bahawa pengambilan florida yang berlebihan akan membawa mudarat..
Anda boleh check....

www.noflouride.com/
www.flouridealert.org/
www.lithgow-info.com/

Mungkin ada sukatan tertentu untuk florida dalam ubat gigi. Entahla, aku pun tak tahu sangat.
Cam ne ek k.teh?

Em lagi satu pasal halal colgate ni, JAKIM cuma sahkan halal bagi beberapa negara yang berdaftar je. Bukan semua...jadi ada was-was disitu kan..Bila dah was-was..hindarinya dong...

Hadith Nabi SAW:

"Yang halal itu jelas..
Yang haram itu pon jelas..
Dan antara duanya ada perkara2 yang syubhah...
dan ramai orang yang tak tahu..."

Wallahu a'lam..

Tuesday, June 9, 2009

Alhamdulillah..aku Islam..

Bismillahirrahmanirrahim...


Di sekeliling rumahku penuh dengan bunyi bising. Bunyi gendang yang dipalu dengan sekuat hati, beserta bunyi muzik yang sangat membingitkan telinga. Ramai orang berpakaian kuning, tidak kira besar atau kecil, tua atau muda semua berjalan tanpa memakai kasut. mereka juga menjunjung sesuatu atas kepala mereka. susu barangkali. muzik tidak berhenti-henti dari awal pagi sampai tengah malam. tambahan di waktu malam, depan rumahku seperti ada jom heboh. ramai sangat. sesak. banyak 'acara' yang dapat kulihat...tapi,bukan itu yang ingin aku cerita disini...

aku sangat sedih+geram+marah dengan situasi macam ni...bunyi muzik tu kuat sangat..azan dari masjid berdekatan berkumandang, muzik langsung tidak dihentikan. terus berdentum-dentam...menyembunyikan suara muazzin yang sayup-sayup...bagaimana agaknya tok imam dan makmum dalam masjid tu nak solat? bising ya amaat....mana hilangmya "rasa hormat" pada agama lain?

aku tidak salahkan mereka.ntahla..rasa cam geram je..sebab dah 2 hari dah. jalan sesak. bising. sembahyang pon susah.huhu...ist apa la yang aku tulis ni..Astaghfirullah...ntah betul atau tak apa yang aku rasa nie....

dan malam terakhir, aku dan mak melihat dari jauh...

mak cakap."em mi..lakum deenukum wa liya deen" ..

aku menambah "betul la mak..Kamu semua dengan agama kamu, aku dengan agama aku"

Dalam hati..aku sangat bersyukur..aku dilahirkan Islam..Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku beraqidah denganMu....

Friday, June 5, 2009

Tingkatkan keupayaan minda anda!

Bismillahirrahmanirrahim..

Semua orang tahu yang minda kita ni makin lama makin lemah bila meningkat usia. Memang tak dinafikan. Tapi kita juga boleh meningkatkan keupayaan minda dengan cara yang amat mudah. Nanti, bila minda bergerak aktif, maka ramailah yang manusia yang kreatif dan kitis, atau dalam erti kata lain, bertambahlah lagi Muslim yan bijak pandai. Orang asyik kata Yahudi pandai, padahal kita pun boleh jugak!!chaiyok!!

Nih, antara cara-cara dia:

-bersenam-

Pepatah arab mengatakan "al-aqlu as-salim fi al-jismi as-salim". Kajian juga menunjukkan senaman dapat menghasilkajn sel-sel baru dan mestimulasikan otak dengan bahagian yang dikaitkan dengan mempri dan pembelajaran.So..jom senam selalu!!

-sentiasa mempelajari benda baru-

Belajarlah benda-benda baru setiap hari. Belajarlah memasak, mendaki, bermain pelbagai alat muzik, mendaki dll. Ini akan membantu minda anda berkembang.

-stimulasi minda-

Dalam ertikata lain mencabar minda dengan aktiviti atau permainan seperti soduku, crossword dan sebagainya.

-interaksi sosial-

Selalulah berbual-bual dengan kawan-kawan..berborak tentang isu-isu semasa dan benda-benda baru.

-tidur dan tidur-tidur ayam-

Tidur memainkan peranan penting di dalam mempertingkatkan keupayaan minda. Semasa kita tidur sel-sel neuron baru otak akan dihasilkan dan sel-sel neuron otak yang rosak juga di perbaiki. Kalau tak cukup tidur boleh mengakibatkan sel-sel neuron otak tidak sempat di perbaiki dan menyebabkan otak berfungsi tidak dengan sepenuhnya pada kesokan harinya. Kajian saintis juga menunjukkan tidur selama 1 jam pada waktu petang juga boleh meningkatkan daya ingatan…

-ketawa dan lawak jenaka-

Kan ada orang putih cakap "Laughter is the best medicine!”… tapi jangan ketawa banyak sangat sebab Nabi pun tak ketawa banyak2. Boleh hilang stress....

-sarapan-

Banyak sangat antara kita yang tak ambil sarapan dengan alasan tak sempatlah..malas..and so on..ada jugak yang BRUNCH (breakfast+lunch)..sarapan ni penting sangat. Ada seorang masulah ni penah cakap, jangan tinggal sarapan sebab nanti dah tua baru terasa effectnya...haa..dengar tue...

-lain-lain-

haa...selalu la buat benda yang berlainan dari rutin. kalau selalu pegi kelas jalan straight jer, cuba tukar jalan. Jalan lar pusing kedai penang food, pastu pusing MPN, atau pusing masjid jer..hoho(khusus pada yang pernah duk Nilai)

Apa-apa pun..berDOAlah pada Allah..mintak Dia mudahkan pemahaman dan tenangkan fikiran kita..Dialah Pencipta..Dialah Penyembuh..Dialah Maha Kuasa..jadi Dia lebih tahu dan berhak..

Thursday, June 4, 2009

Hijrah..Berubah..

assalamua'laykum...

Rasa dah lama betul tak menulis. bukan sebab sibuk. bukan sebab tak de idea. rasa macam nak tulis macam-macam, tapi ragu-ragu. apa yang diragukan pon entahla.. sepatutnya seorang yang bergelar da'i tidak wajar ada perasaan begiu. da'i harus BERANI untuk melontarkan pendapat. da'i harus YAKIN dengan apa yang dicakap. da'i harus LANTANG bersuara hingga menggerunkan pihak lawan. da'i juga harus pandai melembutkan hati yang keras. ah..da'i harus tahu semuanya. sebab di pundaknya terdapat beban masalah ummat sekarang..Siapa itu da'i?


"Sesiapa yang berkata(mengucap) 'Laa ilaha illa Allah' maka dia adalah da'i.."

Sudah jelas sekarang bahawa semua umat yang mengucap kalimah 'Laa ilaaha illa Allah' adalah seorang da'i. Tugas da'i bukan hanya terletak pada seorang yang mempunyai title ustaz/ustazah,atau pun tok aji/mak aji, pada pelajar jurusan agama, pada pelajar yang bersekolah agama atau pun pada yang berbaju melayu raihan,bertudung labuh, berjubah, berserban...tapi pada semua umat manusia yang meyakini bahawa Tuhannya adalah Allah Maha Agung.

Ingatlah, tugas da'i sangat berat. sangat banyak. tetapi masa yang ada sangat singkat. seperti ada kata-kata yang menyebut( dari siapa tak ingat lar)= alwajibaat aksar min auqaat= pekerjaan lebih banyak daripada waktu. kita tak ada masa untuk membuang masa lagi. dan kita punya banyak kerja yang perlu difikirkan penyelesaiannya, yang perlu dilaksanakan modus operandinya, yang perlu diambil cakna dan tindakan segera.Terlalu banyak..

Hijrahlah..berubahlah..pada yang duduk bercuti di rumah(khususnya "aku") manfaatkanlah masa yang ada. isi dengan ilmu. mantapkan thaqafah. ilmu feqah, sirah..banyak yang perlu dikhatam dan dihadam.. hidupkan malam.. eratkan hubungan dengan Allah..cari kekuatan dari Dia..dan bersiap-siagalah untuk menghadapi dunia luar...

Ya Allah..tetapkan hatiku di jalan Mu. Bantulah aku, kuatkanlah aku, kurniakan lalembayung rahmatMu. jika aku terleka dan lalai, sedarkanlah aku. Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan nikmat dunia..Pautlah aku, pimpinlah aku..Hanya pada Engkau aku mengharap belas dan memohon pertolongan..Amiin...




Saturday, May 30, 2009

Pelihara ia..





Nikmat Allah banyak sekali. Kalu hitung-hitung, memang tak boleh nak hitung, banyak sangat-sangat. Dan kita WAJIB menjaga dan pelihara semua nikmat yang Allah dah bagi. Kalau kita menggunakan nikmat yang Allah bagi dengan melakukan maksiat, bermaksud, KITA DAH MENYALAHGUNAKAN nikmat yang DIA bagi.

Dan ingatlah wahai diri, semua nikmat yang Allah beri especially anggota kita, akn menjadi saksi di akhirat kelak. dan akan mengkhabarkan semua amalan baik dan jelik yang kita dah lakukan.

Surah Yaasin ayat65: (mesti ramai dah tau ayat nie)

"Pada hari ini(Hari Qiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap pada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kakai-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu).

Jadi, ke atas kita untuk menjaga semua anggota yang Allah bagi ni dari melakukan maksiat .

Khususnya anggota yang tujuh. Pintu neraka ada tujuh dan setiap pintu akan dimasuki oleh kumpulan yang berbuat maksiat dengan menggunakan salah satu anggota badan.

Antaranya:

-mata
-telinga
-lidah
-perut

-kemaluan
-kaki
-tangan

MENJAGA MATA

  1. pelihara dari melihat perempuan yang bukan mahram

  2. dari melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat

  3. dari melihat orang lain dengan pandangan penghinaan

  4. melihat keaiban orang lain

MENJAGA TELINGA

Allah cipta telinga untuk:

-mendengar ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah

-hikmah-hikmah auliya' dan ilmu pengetahuan

BUKAN untuk:

-mendengar perkara2 bid'ah

-mendengar perkara sia-sia dan umpatan orang

MENJAGA LIDAH

-pelihara lidah dari...BOHONG,MENYALAHI JANJI, MENGUMPAT ORANG, BERDEBAT ATAU BERTENGKAR DAN SUKA MEMBANTAH PERKATAAN ORANG LAIN, MEMUJU DIRI SENDIRI, MELAKNAT, MENDOAKAN CELAKA PADA ORANG LAIN, BERGURAU/MENGEJEK/PEROLOK ORANG LAIN

-gunakanlah ia untuk BERZIKIR, MEMBERI NASIHAT, DAN MELAHIRKAN PERASAAN DAN KEHENDAK HATI.

MENJAGA PERUT

-dari memakan makan haram dan syubhat

-makan terlalu banyak kerana perut yang kenyang itu akan MENGERASKAN HATI, MENUMPULKAN AKAL, MENGUATKAN SYAHWAT, MENJADIKAN ANGGOTA LAIN JADI MALAS BERIBADAT.

MENJAGA KEMALUAN

-kita akan dapat jaga kemaluan kita kalau kita dapat menjaga mata(dari lihat yang haram), hati (dari fikir bukan2) dan perut( dari makn yang syubhat dan berlebihan) kerana semua ini adalah penggerak syahwat.


MENJAGA DUA KAKI

-dari melangkah ke tempat2 maksiat

-gunalah kaki untuk menuntu ilmu, berjuang fi sabilillah.

MENJAGA DUA TANGAN

-menggunakan tangan untuk membantu orang lain.

-melakukan kerja2 yang berfaedah

-BUKAN pula mencuri, menyakiti, dan menzalimi orang lain.

HATI AKN MENGGERAKKAN SELURUH ANGGOTA BADAN YANG LAIN.. PIMPINLAH HATI..

RUJUKAN-TERJEMAHAN KITAB BIDAYATUL HIDAYAH..IMAM AL-GHAZALI


Thursday, May 28, 2009

Kisah Nabi Yusuf 2

Yusuf hidup tenang dan tenteram di rumah Futhifar, Ketua Polis Mesir(dalam Al-Quran disebut Al-Aziz), sejak ia menginjakkan kakinya di rumah itu dan kepercayaan penuh dari kedua majikannya. Nabi Yusuf yang telah dewasa mempunyai rupa yang menawan dan menarik minat ramai perempuan Mesir dan salah satu daripadanya ialah isteri kepada tuannya(Zulaikha).

Setelah lama menahan kehendak, isteri Futhifar memancing Yusuf agar baginda terlebih dahulu mendekatinya dan bukannya dia dulu yang mendekati Yusuf demi menjaga kehormatan dirinya sebagai isteri Ketua Polis. Dia selalu berdandan dan berhias malah menggoda Yusuf apabila baginda berada di rumah.Tapi Nabi Yusuf buat tak layan jer.

Bila dah lama-lama sikit, Zulaikha tak tahan. Dia pon tarik Yusuf masuk dalam bilik tidur Zulaikha. Yusuf melarikan diri dari dikejar oleh Zulaikha dan TIBA-TIBA, suami Zulaikha dah pulang. Baginda dituduh oleh Zulaikha mengambil kesempatan.

Di belakang gamisnya telah dikoyakkan
Sudah jelas, Yusuf tak dipersalahkan

Pastu, ramai orang cerca dan maki Zulaikha kerana sikap buruknya.

Akibat tak tahan dengan cercaan
Isteri al-Aziz buat rancangan
Semua wanita telah dikumpulkan
Bagi melihat Yusuf yang tampan
Lantas Yusuf disuruh keluar
Untuk perlihatkan diri sendiri
Everybody tekejut tangan dikelar
Melihat Yusuf handsome sekali
Nak dipendekkan cerita, kecantikan Nabi Yusuf dipersalahkan keran menyebabkan semua wanita tergila-gilakan baginda..maka..Nabi Yusuf dipenjarakan atas sebab yang tidak munasabah.
Daripada terus melakukan dosa
Baginda rela hidup di penjara
di penjara Yusuf tak goyang kaki
baginda menolong menakwil mimpi
sumber-wikipedia
-Tafsir alQuran

Monday, May 25, 2009

Lagi Sikit

Tambahan siket dari entri lepas..

Hati akan cepat mati/serabut/busuk/kotor/berhabuk kalau:

A-BANYAK MAKAN

B-BANYAK TIDOR

C-BANYAK CAKAP

moral of the story, minimakan penggunaan anggota badan antum.bagi dia rehat secukupnya.sesama kita melawan nafsu..especially nafsu makan n tidur..huhu...
dok rumah lagi la susah nak kawal...(^__^) kan..kan...

Hati Mati ke?

Hati rasa kosong. Rasa macam tak ada pape. Nothing. Tak tau nak bagi tau macam mana. Rasa macam hidup ni tak buat apa-apa. Buat benda yang sama. Maybe hati dah mati kot....

SEPULUH TANDA HATI KITA MATI MENURUT SYEIKH IBRAHIM ADHAM

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

(macam selalu buat jer..huhu)

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Nabi Yusuf 1

Aku tak pandai bermain kata
Apatah lagi bermadah pujangga
Cuma ingin konsi cerita
tentang kisah nabi mulia
-------------------------------
Kisah Yusuf ku ingin cerita
Handsome menawan elok pekerti
Menjadi kesayangan ayahanda(nabi Yaakub) tercinta
Siblings yang lain mula iri
--------------------------------
Hati si ayah berat membenarkan
Si anak di bawa bermain berjalan
Abang-abangnya memberi jaminan
Pada si ayah yang kerisauan
(Nabi Yaakub takut Nabi Yusuf dimakan serigala)
-------------------------------------
Seronok Yusuf di bawa berjalan
Tanpa mengetahui nasib diri
Dalam sumur telah dicampakkan
Dtinggalkan pula seorang diri
(dicampak dalam telaga buta)
---------------------------------------
Abang2nya pulang dalam kesedihan
Memberitahu si ayah perihal anak kesayangan
Dimakan serigala tak sempat diselamatkan
Baju berdarah bagi membuktikan
(Gamis yang diberi oleh abang2nya mengandungi darah palsu)
------------------------------------------
Itu ujian dari Allah
Buat hambaNya yang bertaqwa
Hanya bersabar dan juga berserah
Moga selamat di mana berada
------------------------------------------
Nabi Yusuf telah diselamatkan
Oleh musafir yang kehausan
di ambil Yusuf menjadi tebusan
Terus dibawa ikut berjalan
(bila sampai, Nabi Yusuf dijual dengan harga murah...hanya beberapa dirham)
-----------------------------------------
Sekian dulu cerita saya
Lain kali sambung lagi
Harap semua sahabat suka
Buat muhasabah dan koreksi diri
************************************
p/s: rujuk surah Yusuf untuk lebih kepuasan..ayat Allah is the best!
jika ada kesilapan, minta betulkan..

Tuesday, May 19, 2009

susahnya nak jaga anak perempuan..



Bismillahi walhamdulillah..

Keberadaanku di rumah opah cukup menyedarkan aku tentang sesuatu. Bukan aku tak tahu itu, tapi kali ini membuatkan aku benar-benar berfikir..betapa susahnya nak menjaga seorang anak perempuan. Banyak yang opah aku ceritakan "kisah-kisah sadis" yang menyedihkan dan menyayat hati.Aku tak sangka disebalik senyuman opah dan senda guraunya terselit kesedihan dan kegsaran hati...kasihan opah terpaksa menanggung semua ni sorang-sorang.Sabar ye opah...

Baruku sedar betapa susahnya untuk menjaga seorang ank perempuan(tapi opah jaga 2 orang).Memang senang untuk menjaga dan mendidik anak yang masih kecil dan belum baligh.mereka hanya tahu meminta itu dan ini..kalau nakal pon, nakal budak-budak.tak perlu dirisaukan sangat.cuma perlu beri perhatian lebih je.


tapi beza dengan jaga/bela anak perempuan yang sedang meningkat remaja. macam-macam yang mereka sudah boleh difikirkan dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita. Ada yang kadang-kadang tu sampai menconteng arang muka ibu ayah! Na'uzubillahhimin zaalik..

kita perlu kisahkan dengan siapa dia berkawan, keadaan di sekolah macam mana, pergaulan dengan lelaki, kisahkan aurat dia, kisahkan adab-adab dia depan orang,solatnya,tarbiyahnya..huh! banyak betul! yang tu tak campur lagi kalau anak-anak perempuan ni buat hal.Apa yang aku coretkan disini lebih cenderung pada anak-anak yang tidak bersekolah asrama. Semua tingkah laku anak-anak dibawah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya dan ibubapalah yang menjaga dan mengawal anak-anak mereka. Aku tak bermaksud semua budak yang berasrama baik dan tidak semestinya semua yang tidak berasrama itu tidak elok akhlaknya..ini cuma segelintir sahaja...

Kalau difikir-fikir balik, siapakah yang harus dipersalahkan jika anak-anak menjadi liar? ibubapakah yang kurang beri kasihsayang dan didikan agama? pengasuh dan penjaganya? opah@atuknya? atau anak-anak itu sendiri yang terikut-ikut dengan kawan? Bagi aku, semua salah. ibu bapa tak bagi sepenuh perhatian dan didikan agama...anak-anak yang bebas pergaulan..semua menyumbang dan mengarah pada masalah yang lebih rumit.Betapa susahnya menjaga anak lebih-lebih lagi anak perempuan. Orang tua-tua kan ada cakap, bela seorang anak perempuan lagi susah daripada bela lembu sekandang.

Sebab itulah Allah meletakkan taraf ibubapa di taraf yang sangat tinggi. Betapa besarnya pengorbanan yang harus dilakukan oleh ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka elok akhlak dan budi pekertinya..Hanya Allahlah yang mengetahui dan boleh membalas jasa-jasa dan pengorbanan mereka.Ya Allah, berilah kebahagiaan dan redhailah ibubapaku di dunia dan akhirat..Ameen..

Akhir kalam, aku amat berharap ibubapa di luar sana untuk menjaga anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya.Berilah kasih sayang yang secukupnya. Berilah didikan agama yang cukup. Apa yang penting pada mereka adalah satu je..PERHATIAN.. (jangan sampai anak-anak kata, "tu lah, Ana tak dapat kasih sayang dari abah/mama!sebab tu lah Ana jadi cam ni!!)...hmm....

Wallhu a'lam...

Wednesday, May 6, 2009

Tahukah anda?

Bismillah walhamdulillah..

Tahukah anda bahawa hadis Nabi saw mengatakan bahawa nafsu itu mengikuti melalui aliran darah?

dan tahukah anda juga kita disuruh berlapar dan dahaga(maksudnya berpuasa @ kurangkan makan) untuk meyempitkan jalan syaitan?

Tahukah anda bahawa nafsu juga boleh terdidik menjadi baik?

Tahukah anda ulamak membahagikan nafsu kepada 7 tingkatan?
-Ammarah
-Lawwamah
-Mulhamah
-Mutmainnah
-Radhiah
-Mardhiah
-Kamilah

Pernah baca Detektif Indigo(Faisal Tehrani) x? ada seorang detektif ni dia suka sangat mengeluarkan fakta dengan menggunakan Tahukah anda? bla..bla..bla..
Macam-macam fakta yang tak pernah dengar dia bawak keluar..best3...

TAHUKAH ANDA?
(bahasa indon sikit..maklumlah..peminat bahasa Indonesia..)

Nafsu Ammarah-
Nafsu inilah yang mendorong manusia kepada kejahatan. Jika bisa berbuat maksiat, baru terasa puas. Bahkan berlomba-lomba, siapa yang paling banyak buat maksiat. Orang yang berada di peringkat nafsu Ammarah tak peduli dengan Akhirat. Mudah kecewa tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati dengan mudah Allah akan lemparkan ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Ada juga yang mencoba berpura-pura baik, agar mudah dengan kejahatan dan mencari keuntungan diri.

Nafsu Lawwamah-
Orang yang sudah ada bunga kesadaran, keinsafan, dia sadar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Timbul perebutan antara nafsu dan akal, nafsu mengajak kepada kejahatan, akal mengajak kepada kebaikan.

Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik baik. Ia seperti daun lalang, ikut kemana arah angin bertiup. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia bisa melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik. Kadang-kadang ke tempat ibadah, kadang-kadang ke tempat maksiat, hatinya selalu merintih kepada Allah bila tidak dapat melawan nafsu untuk membuat maksiat. Atau tidak dapat istiqomah dalam berbuat kebaikan.

Nafsu Mulhamah-
Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu mulhamah ini ? Yaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan karena sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Cuma tidak bisa lawan. Dia mencoba beribadah dengan sabar. Rasulullah bersabda kepada orang ini yang artinya :"Beribadahlah kepada Allah dalam dirinya, Cuma tidak boleh rasa syukur dengan rasa sabar"

Nafsu Mutmainnah-
Orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah berfirman dalam Al Qur'an :"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku"[Al Fajr : 27-30]
Hamba Tuhan yang sebenarnya mereka yang telah sampai kepada nafsu Muthmainnah. Sebelum itupun hamba juga. Cuma hamba yang didasarkan kepda dia buat atau dipaksa, bukan atas dasar keredhaan. Orang yang sudah sampai kepada nafsu ini, dia sudah dijamin Syurga.
Bagaimana sifat orang-orang yang memiliki nafsu Muthmainnah ? Yaitu bila dia buat amal. Kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Selalu rasa rindu nak buat kebajikan, mereka senantiasa menunggu waktu untuk beribadah kepada Allah. Mereka ini dikatakan penggembala matahari (senantiasa menunggu waktu beribadah)


Hati senantiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan Neraka, dia rasa takut, cemas, ada yang pingsan, kadang-kadang ada yang mati. Dia takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya. Bila berkorban habis-habisan, baru rasa puas hatinya, senantiasa cemas dengan maksiat dan coba cegah habis-habisan. Dia akan bersabar dengan ujian dari Allah kepada dirinya. Doanya mustajab, Allah cepat kabulkan, rezekinya terjamin, dijamin oleh Allah. Bila selalu diuji dia sabar, akhirnya ia sudah bisa redha dengan ujian. Hasil dari kesabaran dan keredhaan dalam hatinya, maka ia akan meningkat kepada nafsu yang kelima yaitu nafsu Rodhiah.

Nafsu Radhiah-
Sifatnya:
Walau hanya terhadap larangan yang kecil, mereka akan meninggalkan perkara yang dilarang itu dengan sungguh-sungguh. Terhadap perkara yang makruh, mereka menganggapnya seolah-olah itu perkara yang haram. Sedangkan terhdap perkara yang sunat, dianggap seolah-olah perkara yang wajib. Kalau tidak melaksanakan hal yang sunat seolah-olah berdosa. Kita dapat mempelajari kisah-kisah mereka. Kadang-kadang jika mereka mendapat musibah seperti kematian anggota keluarganya, mereka berkata “Alhamdulillah”. Dalam sejarah terdapat kisah seorang seorang ibu yang anak-anaknya pergi berperang fi sabilillah. Ketika ada orang yang membawa berita bahwa anaknya telah gugur, ibu itu merasa gembira.


Dalam beribadah kepada Allah, mereka bukan sekedar merasakan kelezatan dalam berdoa atau membaca Al Quran, bahkan mereka juga merasakan kelezatan dalam beramal kebaikan. Akhlak mereka terpuji dan mulia di sisi Allah Mereka sanggup memberi maaf kepada orang lain bahkan ketika mereka memliki kekuasaan. Pernah seorang sahabat Rasulullah mengalamu sebuah peristiwa. Sahabat ini yang memiliki hamba sahaya. Suatu hari hamba sahaya itu membawa sebuah wadah yang berisi daging kambing. Tiba-tiba pisau yang berada di atas wadah itu terjatuh dan menimpa kepala anak sahabat tersebut yang sedang merangkak di bawah. Anak itu kemudian meninggal seketika. Karena kejadian itu, hamba sahaya itu ketakutan. Maka, sahabat tadi berkata kepadanya, “Tenanglah kamu. Anak itu milik Allah dan kini Allah telah mengambilnya kembali. Pada hari ini aku memerdekakan kamu.”

Tidak ada seorangpun yang mampu melakukan hal yang demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Radhiah. Mereka akan merasa menderita apabila ada sahabatnya yang terjerumus dalam maksiat. Mereka akan mendoakan sahabat-sahabatnya secara khusus di malam hari agar diselamatkan dari perbuatan maksiat. Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya Allah memberikankan firasat yang tajam. Mereka dapat dengan mudah mengenali mana orang yang berbuat maksiat dan mana yang tidak tidak. Mereka dapat dengan mudah memimpin masyarakat karena mereka mengenal sifat-sifat hati manusia. Mereka dapat memberi nasehat-nasehat tepat kepada orang-orang yang mereka didik. Apabila mereka diusir dari masyarakat, maka tunggulah datanganya bala bencana dari Allah. Mereka juga dianugerahi oleh Allah dengan berbagai karamah. Begitu juga dengan kata-kata mereka. Lidahnya masin, apa yang disebut insya Allah akan terjadi.

Nafsu Mardhiah-
Inilah peringkat nafsu kekasih-kekasih Allah atau wali-wali besar. Merka redha kepada Allah dan Allah pun redha kepada mereka.

Nafsu Kamilah-
Peringkat Nafsu Kamilah adalah peringkat nafsu yang sempurna. Inilah kesempurnaan yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.
Setelah kita mengetahui di peringkat manakah nafsu kita, marilah kita berupaya meningkatkannya untuk mencapai hati yang selamat dan sejahtera untuk kembali kepada Allah SWT.


(dicopy dan diedit dari salah satu laman web indon..huhu)

Wallahua'lam..

Thursday, April 23, 2009

Trilogi Ibnul Qayyim

Ibadah sepenuh hati-AMRU KHALID


Bismillah walhamdulillah..




Aku suka Indonesia. Aku suka cerita Indonesia. Aku suka Penulis Indonesia. Aku suka buku bahasa Indonesia. Tapi tak bermakna ku nak kawin ngan orang Indonesia!huhu...




Kalau baca buku bahasa Indon, senang nak msuk jiwa gitu. Aku pon tak tahu kenapa. Tapi itulah hakikatnya. Buku ni aku sayang sangat2..Aku beli masa pergi kem di Surau Ansar. Isteri ustaz Amran yang jual.Wamalupon mahal sikit, tapi amat BERBALOI...inilah buku yang pertama dapat 'touch' hati aku..chewah..


Memang tak tipu punya...best sangat2..sapa yang baca feeling dan hayati betul2, sure hujan punya.(bahasa familyku untuk menangis.)
Nie aku kongsi sikit..TRILOGI IBNUL QAYYIM...best sangat!

1-Penyakit dan Obatnya

Ibnul Qayyim (Rahimahullah) mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah Azza wajalla. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diobati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh karena mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun karena Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keridhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya”.

Pernahkah anda kerasakan makna-makna spiritual ini sebelumnya? Di dalam hati ada sobekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api…ada beragam penyakit yang obatnya tidak lain adalah “mengenal Allah”.

2.Pancaran Hati

Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan gambling oleh Ibnul Qayyim (Rahimullah). Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna-makna ini dengan baik, setiap kali pula hati Anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin Anda pun berseri bahagia.

Ibnul Qayyim (Rahimullah) mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu bahagia karena Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah."

Sungguh,inilah kata-kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa Anda sekarang masih baik-baik saja, sebab persiapan Anda menerima kata-kata ini, juga merupakan persipan yang kuat. Seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama kecerahan hati.

3-Perindu Syurga

Ibnul Qayyim (Rahimullah) juga mengetengahkan sebuah trilogy sikap dengan begitu indah. Apabila Anda membaca dan menaruhnya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang Anda kira.

Beliau berkata, ”Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggui gerbang meski engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tidak diundang. Kemudian terngadahkan tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, “Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya…!”

Saudaraku, bacalah kata-kata di atas sekali lagi dan selamilah betul-betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak di dasar yang paling dalam!
Adakah anda rasa apa yang saya rasa?
Wallahua'lam.....

Tuesday, April 21, 2009

Maut menjengah..

Bismillah walhamdulillah..

Kematian it satu kepastian. Setiap manusia akan merasai maut..Semalam, aku, mak dan ayah menziarahi buat kali terakhir tok saudaraku di Kuala Kangsar yang telah mengadap Illahi. Al-Fatihah buatnya...

Dalam perjalanan pulang, masih dalam mood sedih, aku mencapai buku Penenang Jiwa (terjemahan Mukashafah Qulub) hasil karangan Imam AlGhazalin untuk mengisi ke'boring'an dalam kereta. Sengaja aku membuka tajuk mengingati maut...kemudian aku selak bab seksa dalam kubur..kemudian ku selak pula Jahanam dan seksanya..takut!!!takut dengan azab Allah yang sangat pedih dan tak dapat aku nak bayangkan..dan ku belek juga tajuk Dari Kubur Hingga Dihimpun..sangat menginsafkan..


benarlah.."Sebaik-baik tazkirah itu adalah zikrul maut"..

Telah berkata Aisyah, "Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada?"
Rasulullah menjawab, "Iaitu orang yang mengingati mati sehari semalam dua puluh kali.."

Sedih aku membacanya mengenangkan diri ini yang lalai dengan nikmat dunia...


Ada satu syair menarik dalam buku ni..

Ibnu Samak berkata,"Pernah lalu ditepi kubur.Tiba-tiba tertulis di situ:(tak tau la plak tulis kat mana)

'Kerabatku telah lalu di sisi kuburku
Sememangnya mereka tidak mengetahui keadaanku
Ahli warisku telah membahagi hartaku
Namun mereka tidak lagi mempedulikanku
Mereka ambil bahagiannya dan hidup bersuka-suka
Demi Allah, lenyapkan harta di mana mereka melupakanku"


Wallahu a'lam...

Friday, April 17, 2009

TOM TOM BAK vs PILDACIL

Bismillah walhamdulillah..

Hati ini tertarik melihat dua kanak2 yag seronok berada di pentas menghiburkan penooton. Tapi kedua-dua orang kanak-kanak ini banyak bezanya. Seorang berjilbab dan seorang tidak. Seorang menyanyi dengan lagak yang menarik, dan seorang lagi bercceramah agama...sampaikan juri dan penonton turut menangis..dan paling besar bezanya, satu di Malaysia..dan satu lagi di Indonesia.

TOM TOM BAK di Malaysia..



-youtube-

Lihat pula di Indonesia..rancangan bertajuk Pildacil..PEMILIHAN DAI KECIL.





Cuba anda lihat dan tafsir kedua-dua video ini dengan mata hati anda.Adakah anak anda nanti akan menjadi seperti kanak-kanakyang pertama atau kedua? Nah, lihatlah perbezaannya... mengapa di Malaysia tidak dianjurkan rancangan realiti bercirikan islam seperti ini? bukankah lebih elok dan berfaedah.Anak-anak juga didedahkan dengan alunan ayat al-Quran yang merdu dan hukum2 asas seperti adab berpakaian, adab tidur dll. Rancangan seperti ini juga dapat melahirkan anak2 yang berjiwa da'i dan salah satu cara berdakwah pada non-muslim.

Anda boleh lihat banyak lagi video adik2 yang menarik dan menginsafkan di youtube. just tulis Pildacil. Ada satu adik kecil, namanya Nadia. Beliau boleh menyampaikan ceramah dengan hatinya sehingga mampu menitiskan air mata para juri dan penonton...Sangat sukee.....
Lihatlah dan fikirkan..

Ku doakan semoga anak-anak kecil Malaysia juga berpeluang menjadi seperti mereka.
Amin..

Wallahua'lam..

Sunday, April 12, 2009

salah siapa?..~




Bismillah wlhamdulillah..


Situasi 1

"Elleh..harap pakai jer tudung labuh, tapi couple jugak.."

"dia tu Imam besar, pakai songkok memanjang..tapi hisap rokok jugak"

"harap ceramah je berbuih-buih, tapi perangai macam set**!"

"macam nie ke budak sekolah agama/universiti Islam...perangai buruk...buat malu jer..hipokrit betul!"

"eih..ustaz/ah tu dia bla..bla..bla..ada ke patut..macam ni ke Islam?"



Situasi 2


"Yer..Allah tengah uji aku dengan cinta manusia.aku tersasar jauh....ampunkan aku Ya Allah..tapi aku telah melaksanakan sebaik-baiknya dalam bab pakaian.."

"memang aku lulusan agama, tapi aku tak lari dari membuat kesalahan kan? kenapa semua orang sekeliling menghukum aku? "

"Ya Allah, aku tak nak dipandang tinggi oleh masyarakat sehinggakan pabila aku melakukan dosa, telah bawa fintah pada agama Ya Allah.."

Situasi-situasi sebegini sudah biasa didegar dikalangan masyarakat kita sekarang. Ada dua golongan...orang yang dilihat sinonim dengan Islam contohnya seperti ustaz/ah, tok lebai, lulusan al-azhar, lulusan jurusan agama dan lain2 lagi.Golongan yang kedua adalah golongan yang biasa2 jer(paham-paham sendiri yer..). Aku golongan yang mana yer??

Aku termenung jauh memikirkan hal ni sebab benda ni terkena atas batang hidung aku sendiri. Di satu sudut, sebagai seorang manusia yang sangat sensitif, aku rasa sedih dan sedih dan sedih sangat bila ada orang cakap macam tu(situasi 1). Mereka tak tahukah yang aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan dosa? Walaupun mempuyai sedikit "asas agama", tapi aku tetap akan melakukan sesuatu yang tidak disukai/berdosa/menjelikkan!! Adakah mereka tidak tahu itu? Dan adakah hanya kerana aku seorang mahasiswi universiti Islam dan mengambil jurusan agama..aku tidak akan melakukan kesalahan?dan TIDAK BOLEH tersilap sedikit pon? Adakah mereka tak boleh terima? tahlah..aku pon tak tahu...

Tapi, di sudut yang lain, aku tahu aku memang salah. Aku yang sepatutnya berubah. Orang akan lihat ajaran Islam dalam diri orang yang macam ni(situasi 2). Kerana orang-orang yang TAHU dan FAHAM tentang Islam ni lah dilihat membawa Islam itu sendiri. dan orang-orang yang berceramah dan berkuliah, bertudung litup, menghafaz Al-Quran dan tidak kurang juga yang lulusan keagamaan telah dikira sebagai "figure orang baik" di mata masyarakat. Jadi tidak seharusnya mereka@ aku berkelakuan buruk dan jelik serta membuat sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Bila membuat kesalahan, orang akan kata, "inilah Islam..teruk" Secara automatik, kita dah jadi fitnah pada agama ita sendiri. Adakah kita mahu masyarakat assume Islam begitu? Sudah tentu tidak!! Kitalah penentunya...

Kau dilihat sebagai pembawa Islam
Kemana-mana kau pergi menjadi tumpuan
Sekali tersilap langkah
Kau telah menjadi fitnah!
Fitnah yang besar pada Islam
mahukah kau?

Wahai diri
usahlah kau bersedih
perbaikilah dirimu perlahan-lahan
perelokkanlah akhlakmu
hiasilah peribadimu seindah-indahnya
tunjukkanlah contoh terbaik
pada sekalian umat

-betulkan salah silap-
Wallahua'lam..~






Saturday, April 11, 2009

MIKHAIL..~


MIKHAIL-RAMLEE AWANG MURSHID

Bismillah walhamdulillah..

Baru habis baca buku ni. Sebut betul-betul yer..Mik..khail dan sebutan 'kha' ditebalkan.. Cuba sebut sekali..haa...pandai!! (^_^)

Buku ni best sangat dan begitu mengujakan! Sangat thriller. Mengisahkan seorang lelaki, Mikhail yang seolah-olah diprogram@di'brainwash' oleh Uncle Dick untuk menjadi seorang pembunuh nekad yang begitu proesional. Sejak kecil dia diasuh untuk membidik, dan juga menjadi seorang yang sangat pendendam! Semua perkara yang dikatakan oleh Uncle Dick dipercayainya. Dia ingi membuuh semua orang yang membuuh ahli keluarganya!
Tapi adakah semuanya benar?

Dalam masa yang sama, Mikhail mengalami penyakit paranormal. Dia tidak boleh melihat cahaya yang begitu terang dan menusuk matanya. Dia akan automatik tak sedar dan mengembara ke alam lain yang dia sendiri pon tidak tahu. Adakah semua yang muncul di alam itu benar? Siapakah Tahir yang selalu bermain-main di fikirannya? Dan Mahmud?


Waktu mula-mula baca tu memang hati ni asyik meneka siapakah pembunuh bagi yang ini..dan yang ini..ternyata telahan aku semuanya salah. Teknik pembunuhan yang sangat kejam membuatkan cerita lebih menarik dan mengujakan. Dan tambah menarik, apabila semua mangsa ditinggalkan dengan 'signature killer' iaitu sekeping not 1USD$ menunjukkan semua pembunuh adalah pembunuh yang sama.

Dan aku mendapati diri ini sebenarnya seorang yang penakut!huhu...

Belilah buku nie!!!best! kalau nak pinjam pon boleh..

Wallahua'lam..

Friday, April 10, 2009

Wanita..@ Perempuan..~





Bismillah walhamdulillah...

Waktu merayau-rayau di blog sahabat-sahabat, aku terjumpa artikel/puisi ni.Amat menarik dan aku amat tersentuh apabila membacanya. Sepatutnya beginilah peribadi seorang muslimah. Tapi adakah semuanya begitu? Aku baca untuk muhasabah diri aku, dan semua insan bergelar wanita!

(syukran pada penulis)...




Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan
membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku... Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat. Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan yang luar biasa. Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..
Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan. Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri; Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati.. Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan.
Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya Allah..
Alkhirul kalam,ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.

-ibnu suhaimi-

Friday, April 3, 2009

Ramainya tak so...??!

Bismillah walhamdulillah... "ok..hari ini class ikut ini jadual aa...

4.13-5.13pm
5.13-6.13pm
6.13-7.14pm

"ok,saya mau suma tulis ini dalam kotak belah kiri bawah..jangan silap aa..lepas itu, sain di kotak tepi kanan jadual aa..sain 3 kotak.."

ish..apa yang cikgu ni cakap, tak paham aku..kat kotak ni kot..bedal(buat je) je la..Aku pun tulis waktu tu dan sain secantik yang mungkin..(lama dah tak sain,selalu wat dalam class attendance je..huhu)

"dik2, cikgu tu cakap apa ye..makcik tak paham pelatnya.." "oh, ni..cikgu suruh...bla..bla..bla..." (dengan lemah lembut dan budget)

Begitulah sedutan class teori kreta ari tu..cuba bayangkan start kelas pukul 4 abes kol 7.15.. mana solat Asarnya? Itulah yang merunsingkan aku bila dapat tau yang jadual diinjakkan. Hatiku berdoa moga Allah permuahkan urusanku. ..
Memang confirm tak sempat nk tunggu sampai rumah. Untuk menyedapkan hati, aku assume yang makcik2 yang ada mesti nak solat gak, leh r join...tambah2 ada 20 orang budak bomba airport yang melayu Islam. hm..takpe2..ramai ni..nak dekat 3o lebih..~ Tambah melegakan lagi bila cikgu tu cakap "sapa2 mau pi toilet..kluaq saja, tak perlu angkat tangan aa...nanti ganggu sama saya mau ngajar..ok?"
"ok...." sahut budak2 bomba airport..huhu..
Boleh r aku lari kejap nanti.hehe (muka jahat)

Selepas sejam setengah dlm kelas, kami di suruh keluar untuk amali teori tadi. Maka, seramai 40 orang mengerumuni sebuah kereta kancil untuk melihat cikgu buat amali. Maka, berhimpit2lah lelaki dan perempuan..huhu...aku TAK SUKA!!!! (dengan penuh emosi).
Lepas 15 minit tengok cikgu , aku ambik keputusan nak lari kejap solat Asar di surau Petronas(kat sebelah je).takpe...konon2 gi toilet.. Untuk pegetahuan, kat pusat belajar tu, surau dia kecil dan kotor...



Lepas solat, aku pun masuk balik dengan slumbernya tengok cikgu tu undur kereta.. Sume budak bomba tu tengok!!! Awat tengok2? huh.... yang penting aku dah solat Asar..Alhamdulillah sangat2..tapi macam mana yang lain? Depa suma tak solat ka?

Ya Allah,ampuni aku sebab tak tegur depa...betapa lemahnya aku rasa waktu tu..nak ajak orang solat pon tak berani. Huhu.. ke mana perginya semangat sebagai seorang da'ie? Mana perginya amar ma'ruf dalam diri aku?Sedih sangat tyme tue...

Lihatlah..di satu sudut, betapa lemahnya dan takutnya aku nak ajak semua orang Islam yang ada kat situ nak solat. Nak ajak buat benda yang WAJIB pon, masih ada gentar dan ragu2 lagi.. Kamu mesti berani Ainul!!
Di satu sudut yang lain, betapa umat Islam sekarang tak concern lagi dengan solat mereka, tidak kira orang muda mahu pon orang tua..Sanggup mengenepikan hal yang Wajib untuk urusan fardhu kifayah.
Dan di sudut yang lain pulak, kita dapt tengok yang orang kafir yang memonopoli sesebuah syarikat tak hormat n consider pada orang Islam yang nak tunaikan solat. Sepatutnya boleh je kalau nak arrangekan class tu start awal siket kan?...

Ah..malas nak beroret panjang..melepaskan apa yang tak berdaya di lakukan..Ampunan aku Ya Allah..


p/s: cari pusat belajar memandu yang majoriti pegawainya Islam.
: make sure jadual tak langgar waktu solat
: beranikan diri nak ajak orang
: bila sampai tempat baru, check duu surau dia, kalau tak nanti susah oo..huhu

Wallahua'lam..~