Tuesday, March 31, 2009

Cerita Dadih..~


dadih sedang menalami proses pembekuan
Bismillahirrahmanirrahim.....

ermm...kalau nak tahu, ni lah 'perusahaan' dadih yang sedang giat aku dan adik aku usahakan.hehe...Idea nak menjual ni timbul bila adik aku,Amin dia mintak aku buat dadih sebelum dia balik asrama. Sebagai kakak mithali, aku pon buatla dekat dia...tengok2, ramai kata sedap!!(hihihi-tengah senyum)

Pastu, amin suh(suruh) aku letak dadih ni kat makcik kedai depan rumah ni...
Sebagai mahasiswa bersemangat waja dan boring dok kat rumah, aku pon try la jual dadih ni.ok gak lar...dapat gak untung sikit2.Berikut butiran2 dadih yang aku jual(gaya promote):

  • yang besar-jual kt mak cik tu RM0.80-mak cik tu amik RM0.20(kira sendiri harga dia)
  • yang kecil- jual kat makcik tu RM0.50-mak cik amik RM0.20
  • ada banyak perisa- corn, choc, orange, honey dew, mix fruit and coming soon-strawberry
  • nak buat dia senang je- boleh try kat rumah mahupon hostel..
  1. didihkan air 3 litre
  2. buh(letak/masuk) gula sesedap rasa
  3. masuk susu cair/lembu 400ml(kacau sokmo kalo tak meruap/meruwap??)
  4. kacau sampai penat..eh, sampai dah didh sikit
  5. tutup api...buh tepung dadih tu
  6. kacau 5 minit
  7. buh ruit sugar
  8. kacau dan bekukan
  9. makan!!!
Hm..sekian..camtu la tuan-tuan dan puan2 cara buat dadih spesel..apa2 yang tak faham boleh rujuk belakang plastik dadih.hehe..sapa nak order boleh bagi taw eh...wallahua'lam.

alahai KASUT....~



Bismillahirrahmanirrahim....

Malu!!
Nak dijadikan cerita, hari ni ada test undang-undang. Aku salah seorang candidatenya dan dengan penuh yakin aku melangkah ke IDI(kdai memandu tu) tepat pukul 7.56 pagi. Sampai je sana, aku dan beberapa orang calon lagi disuruh tunggu van buruk tu.ops!! Selepas 10 minit perjalanan, kami pon sampai di IDI centre..pusat memandu+tmpat belajar+dekat dgn JPJ+kursus sume ada..
Aku dah tak sabar nak jawab soalan2 ni,penat baca semalam sampai tertidur..huhu..
Rupa2nya kami di suruh naik balik van, dan dibawa ke tempat khas yang ada computer test tu.
laa...takpe2..

Dah sampai...aku pon duduk dengan machonya atas kerusi(sorang2 je pompuan)..

"...(dia panggil nama aku)..."
"tulis nama atas kertas ni..pastu sain.."
aku tulis la dengan tulisan yang paling comel..

tetiba...

"Shamsul, ni budak you ke? You tengok dia pakai kasut apa?...sandal..
you tengok dia pakai stoking..hmm..
ok.adik tunggu sana dulu.." (cakap dalam nada marah+sinis)

Argh...!malunye...dah la semua laki kat situ..cam mana la aku boleh lupa pakai kasut tadi..
huhu...dek kerana malu, aku cepat2 mesej(tak da kredit nak telefon) abang untuk buat service shoes delivery..hee~ kaulah penyelamatku!!..tq abang!!

Moral of the story: jangan selalu mengelamun
pastikan telefon banyak topup
pakai kasut tutup selalu