Thursday, February 25, 2010

oh sahabat..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hm..tak ada apa yang menarik untuk diceritakan. Aku cuma masih 'shock' dengan sahabatku yang seorang ni.


Sepanjang minggu ini aku nampak dia seperti biasa. Tiada apa yang beza, cuma nampak sedikit muram mungkin disebabkan masalah PTPTN nya masih tidak selesai-selesai. Memang berat ujianNya. Walaupun begitu, aku masih boleh lihat lagi senyumannya walaupun tidak seceria dulu. Dia memang seorang yang kuat dan berjiwa besar.


Tetapi semalam..


Barulah ku tahu apa yang ditanggung oleh sahabatku ini. Betapa dia sanggup untuk menyimpan masalh yang dihadapi seorang diri. Terasa diri begitu kejam kerana tidak bertanyakan perihalnya dan membiarkan dia.. Maafkanku sahabat.


Aku sangat terharu melihat dia menitiskan air mata. Dari anak matanya, aku boleh agak, betapa dia terseksa dan menderita menanggung ujian Yang Maha Esa seorang diri. Betapa dia cuba gagahkan diri. Betapa dia cuba melemparkan senyuman walaupun hakikat hatinya tiada siapa yang tahu. Menangislah sahabat. Menangislah semahu-mahunya..


Ya, memang betul, bila kita rasa hati kita tidak senang dengan apa yang kita lakukan, meaning that something wrong. Kita rasa dah buat benda betul, tapi hakikatnya tidak sama sekali. Lama kelamaan, boleh jadi niat suci kita bertukar menjadi sesuatu yang dimurkai Allah. Nauzubillahi min zalik. Semuanya kerana hal-hal kecil yang kita pandang enteng. Hurm..Semuanya berbalik pada hati.


Hakikat sebanarnya, hati kita semua rindukan tangisan taubat dan keinsafan, rindukan zikir-zikir yang beralun di dalam hati, rindukan kata-kata azimat menyejukkan jiwa dan rindukan perasaan bertuhan. Kadang-kadang, bila kita terlalu seronok dengan dunia (kita tak sedar pon, kadang-kadang tu), kita jadi lupa semuanya. Kita rasa macam kita dah boleh imbangkan semuanya, tapi sebenarnya tidak.


Tidak mengapa sahabat, sama-sama kita mintak petunjukNya memohon agar jalan yang kita pilih ini benar-benar jalan yang Dia redhai. Maafkan aku atas kekhilafanku yang tidak cakna dengan sahabat sendiri. dan terima kasih tidak terhingga kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku.


Pertemuan semalam amat bermakna bagiku.. 

Sunday, February 21, 2010

mahasiswa 3S vs. mahasiswa 3K


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah wa syukran lillah dengan semua nikmat yang masih dipanjangkan hingga ke hari ini. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan minda sedar dan sentiasa positif dan optimis dalam apa jua yang dilakukan bagi meneruskan kehidupan harian.

Straight to the point. Aku cuma ingin kongsi satu dua benda dengan kalian. Di institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta, terdapat dua jenis mahasiswa. Yang pertama, mahasiswa 3K, dan yang kedua adalah mahasiswa 3S. Kedua-dua kategori mahasiswa ini mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali. Mereka berbeza dari segi gaya hidup, cara fikir, fikrah, berbeza matlamat, dan yang paling ketara adalah berbeza personaliti dan karakter.

Mahasiswa 3K

Apa itu 3K?

"Kelas"

"Kafe"

"Katil"

Mahasiswa 3K adalah mahasiswa yang hidupnya di universiti adalh berkisar pada 3 tempat di atas, Bangun pagi dari katil, terus ke kelas untuk belajar. Berhenti kejap di kafe untuk menjamu selera, dan sambung semula belajar di kelas. Dan apabila sampai di penghujung hari, balik ke bilik dan terus terlentang atas katil. Dan esok berulang lagi rutin yang sama, berulang dan terus berulang. No improvement towards himself except their knowledge. Itupun if ilmu tu diamalkan. Mereka sangat tekun dalam study, dan sangat menitikberatkan semua assignment yang diberikan. tetapi mereka langsung tidak berminat untuk bersosial atau pun dalam kata lain, aktif dalam persatuan dan kelab. Langsung tidak ambil tahu apa yang berlaku di dunia universiti dan dunia luar. Kosong. Maka, akan lahirlah mahasiswa yang mendapat CGPA yang tinggi, 'excellent' tetapi 'lengai', dan lemah dari segi leadership, softskill dan sebagainya. dan boleh juga saya katakan otak tidak berkembang dengan sepenuhnya. Kamu tidak akan dapt menggunakan otak kamu sepenuhnya.. Adakah kamu begitu?

Mahasiswa 3S

3S adalah...


"Study"

"Skill"

"Society"


Hurm, sudah pasti anda dapt mengagak kriteria mahasiswa 3S ini kan? Mereka sama seperti mahasiswa yang lain, yang rutinnya belajar, makan dan tidur di katil masing-masing. Tetapi berbezanya di sini apabila mereka tahu bahawa di universiti inilah tempat mereka boleh mengasah softskill mereka umpamanya seperti public speaking, leadership, multimedia, dan penulisan. Mereka bukan sekadar belajar ilmu akademik, tetapi dalam masa yang sama belajar benda baru(soft skill) di celah-celah masa belajar akademik yang ada. Sebagai contoh mudah, melibatkan diri dalam seminar-seminar ynag melibatkan pembangunan diri dan kemahiran. Mahasiswa yang berkebolehan seperti inilah yang dikejar-kejar majikan.

Mereka juga melibatkan diri persatuan-persatuan dan kelab-kelab. Melalui persatuan, mereka bukan sekadar menambah cocuriculur merit dan kemahiran, tetapi juga mempelajari protokol-protokol kerja professional dan dalam masa yang sama, peluang untuk membuat kebajikan pada masyarakat dan ummah terbentang luas.

Tapi masalahnya sekarang, rata-rata mahsiswa yang terlalu aktif dalam persatuan menyebabkan mereka kurang tumpuan dalam pelajaran, dan seterusnya "lingkup"lah study mereka. Dan secara automaticnya, ibu ayah akan kecewa.huhu...

Mahasiswa seharusnya tahu menguruskan aktiviti yang bertimbun sesuai dengan keutamaannya, atau lebih senang kita kata, belajarlah fiqh aulawiyat. Buatlah semua kerja lillahi ta'ala da carlah kemanisan dalam semua pekerjaan kamu itu. Dan yang paling penting, you know what are you doing!!!


Wassalam..



Wednesday, February 10, 2010

Tuesday, February 2, 2010

hilangnya cinta itu..


‘Dia’..



Aku sangat sayang pada ‘dia’..


‘Dia’ sangat penting pada aku dan pada kamu juga..


Kalau ‘dia’ hilang, semua pekerjaan tidak sempurna..


Ada aja yang tak kena..


Aku dah penat hidup tanpa ‘dia’..


Letih hidup serba tak kena..


Lelah rasanya..


Manakah ‘dia’?..


Ah..aku dah selalu rindu pada ‘dia’..






Dulu aku pernah ada ‘dia’ sekali


Aku tak pernah sepi..


Even semua orang tak cakap dengan aku..


Tapi aku ada ‘dia’..aku dah cukup happy..


Semua masalah boleh diselesaikan adanya ‘dia’..


Aku akan sentiasa ‘cool’ dan senyum bila berdepan musibah..


Aku rasa sangat selamat dan terjaga adanya ‘dia’


‘Dia’ sangat membantu aku..






Tapi aku tak jaga ‘dia’ elok-elok..


Perlahan-lahan dia mula tinggalkan aku..


Aku terlalu sibuk sampai tak ada masa nak jaga ‘dia’..


Aku dah tak layan ‘dia’ sangat..


Aku dah mula tinggalkan sedikit demi sedikit semua yang aku selalu buat untuk ‘dia’..






Dulu aku baca Quran 4ms sehari..


Sekarang tinggal 1ms..


Dulu aku tidak pernah tinggal solat dhuha..


Tapi sekarang aku dah mula tinggal-tinggalkan..


Dulu..aku rajin puasa sunat..


Tapi sekarang tidak lagi..


Dulu..aku rajin kejutkan orang bangun qiam..


Sekarang ..orang yang kejutkan aku bangun..


Dulu aku solat di awal waktu..


Sekarang tidak lagi..


Dulu..aku sangat menjaga ‘dia’


Sekarang.. tidak lagi..






Sebab tu la ‘dia’ pergi tinggalkan aku..






Tapi itu dulu..


Bukan sekarang..Aku baru dapat jumpa ‘dia’..


Aku seronok sangat!! Aku dah jumpa ‘dia’


Lama sangat aku cari ‘dia’..


Dan kali ini..


Aku tidak akan mengulang kekhilafan yang sama..


Aku akan jaga ‘dia’ elok-elok..


Aku akan genggam ‘dia’ erat dalam tapak tanganku..


Aku akan peluk kejap dalam pelukanku..


‘Dia’ akan sentiasa ada dalam fikiran dan hati aku..


Tidak akan sekali-kali aku abaikan ‘dia’


‘Dia’ amat bermakna bagi aku..


Moga aku terus kuat mujahadah menjaga cintaku..