Friday, October 8, 2010

Iqra' Selagi punya Masa

Bismillahirrahmanirrahim..

Seronok tak baca buku?
Apa yang anda rasa? Tambah2 baca buku yang anda suka?
Adakah anda seorang yang memilih buku untuk dibaca?


Buku = Ilmu

Baca Buku = Dapat Ilmu

Tak Baca Buku = Tak Dapat Ilmu

Kaji Ilmu = ???


::: Seronok jugak merepek petang-petang ni... ::::

Thursday, October 7, 2010

Mutiara Hati Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Usai tengok konsert Maher Zain, atau lebih proper disebut Konsert untuk Tabungan Palestin. Inilah pertama kali pergi ke konsrt yang berbayar..rasa teruja sikit..huhu..

Dan yang paling seronok bila tenok adik Muhammad @ naib johan AQ pun ada! Dia mengalunkan ayat Quran berselang seli dengan nasyid dan teater. Subhanaal, sangat merdu, sedap, lunak.. Semua yang mendengar terkaku dan tekun mendengar bacaan dia...Subhanallah..

Bertuahnya mak ayah dia..
Sejuk perut mak dia...
Banyak ganjaran untuk mak ayah dia dan dia..
Baik sungguh anak ni..
Dah diasuh dari kecil dengan baik oleh mak ayah dia...
Diasuh dengan tarbiah Quran yang mantap,
beserta dorongan family sang sangat supportive kukira...

Aku pun mahu dianugerahkan anak begitu..
Celik Al-Quran..
Cantik akhlaknya..
Pandai Bahasa Arab..
Comel...
Cerdas dan sangat sihat...
Semangat juang yang tinggi..
Tarbiah yang hebat...
Oh..indahnya jika berjaya mendidik anak..

Tapi..semua tu dimulai dengan ibu bapa dia dulu.
Ibu bapanya harus baik dahulu. Ya, baik dahulu. Baik segala-galanya.
Baru senang nak mendidik anak..
Ayuh wahai bakal-bakal ibu, didik anak anda bermula dari sekarang!

:: Sangat-sangat berharap punya anak-anak yang comel..huhu.. dan harap sangat2 diberi peluang untuk menjadi penyebab kepada solehnya seorang anak tu...Beri aku peluang untuk mendidik anak-anakku Ya Allah...::

Tuesday, October 5, 2010

Cukuplah Rapuan. Bangun!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selepas puas merapu pagi semalam, Allah beri aku peluang untuk terus ke kelas, walaupun hakikatnya dalam hati, rasa nak keluar sangat-sangat..huhu..

Dan alhamdulillah sangat-sangat, petang tu, diberi kesempatan lagi sekali ikuti kuliah Sirah Ustaz Syaari. Terima kasih pada Intan, Umairah, dan Asma yang sebenarnya kalian adalah penguat aku untuk terus ke kuliah. Terima kasih semua..=)

Dan lagi sekali alhamdulillah, Syukur pada Allah, kuliah ustaz Syaari petang tu betul-betul 'kena toink' pada batang hidung aku..nasib baik tak sakit.

Ustaz Syaari membri ulasan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Muhammad b. Murad a.k.a Al-Fateh ini. Sangat hebat, Subhanallah.. IQ yang tinggi dari segi pengetahuan agama dan sains, SQ yang kuat, sentiasa bergantung dan berharap pada Allah, dan menjaga ibadahnya meskipun sibuk.. dan tidak kurang EQ Al-Fateh ini yang sentiasa seimbang. Inilah ciri0ciri yang harus ada pada semua mahasiswa muslim sekarang.

IQ yang tinggi, EQ yang stabil, dan SQ yang mantap. Ketiga-tiga ini akan menjadikan individu itu sentiasa bekerja dan bekerja.

jadi ainul, jangan selalu ponteng kelas eh!! Kata ustz, CGPA kita menunjukkan ilmu yang kita ada..huu..
dan ainul, tak boleh selalu merapu sangat...be serious.. and use your brain critically..
dan jangan terlalu mengikut emosi..

oh..bolehkah aku? YAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

Anda akan tolong saya!

Monday, October 4, 2010

Rapuan 2

Saya ada banyak kerja kena buat.
Tapi saya "kurang rajin" nak buat.

Saya ada banyak buku yang perlu dibaca.

Saya ada banyak perkara yang saya suka buat, tapi tak tahu nak buat yang mana.

Saya suka baca politik negara.

Saya suka berniaga. tapi saya tak tahu macam mana nak balancekan dengan study saya.

Saya suka 'dengar' ceramah (bukan baca..) sirah Rasulullah.

Saya suka belajar Fiqh.Tapi tak suka exam.

Saya suka join program yang ada kanak-kanak.

Saya suka kalau saya boleh bagi orang hadiah.

Saya suka main game.

Saya nak jumpa kakak saya.

Saya suka berlagak kuat dan cool.

Saya dah tak kuat. Saya rasa jauh.

Saya rasa nak menangis.

Saya tak suka bila ada perasaan macam ni.

Saya nak BALIK.

::: habis la, baru hari isnin...da merepek macam ni. kononnya nak positifkan diri dengan tulis entri yang bersemangat, tapi tak snagka endingnya macam ni plak..huhu ::::

Rapuan 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak tau nak merapu apa hari ini. Tapi yang pasti, rasa macam dah nampak simptom-simptom tak betul..huhu

Mesti ada kaitan dengan hati ni. Hati tak ikhlas. Tak  bersih. Tak redha. Tak kuat.

Ya Allah, kuatkan kau, Aku tak mahu tersungkur lagi. Dah penat rasanya..

Cuba untuk tahan, but sometimes, ter'kiok' jgak..

Aku kagum dengan beberapa sahabat aku yang terlalu menjaga soal hatinya. Jaga supaya tidak terpesong.
Kalian sangat2 hebat!

Aku tak kuat sebab aku bersendirian, aku akui itu, bila aku bersendirian, sangat susah nak menjaga hati., Bukan tak ada kawan, tapi kadang-kadang aku yang memilih untuk bersendirian.Why? entahla...

Aku rindu kehidupan masa di matrik dulu. Aku ada sahabat-sahabat yang aku kira sangat selesa dengan mereka.  Tidur, study, solat, qiyam, puasa...semuanya bersama-sama. terasa sangat kuat! itulah kali pertama aku kira aku sangat seronok berukhwah.

Tapi semuanya berubah di Gombak. Bukan salah sesiapa. Semua ada haluan masing-masing, masa untuk bersama jadi terbatas. Dan sekarang, inilah akibatnya... aku semakin lemah.. aku rindu  punya sahabat seperti dulu....sefikrah, sehati sejiwa...ukhwah semuanya kerana Dia...

Ya Allah, hati aku sangat-sangat tak kuat. Mudah sangat2 aku terjatuh, dan kadang2 aku rasa seperti seorang hipokrit!

Memang hipokrit...