Tuesday, November 30, 2010

Berblog.

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ainul, kenapa nti tulis blog? " tanya seorang sahabat.

" Saja. Suka. Rasa nak menulis. " Dan jawapanku itu memang menghampakan dia. Dia yang sedang mencari sebab untuk berblog.

Entah.



Aku bukanlah pandai melakar kata-kata indah dan puitis. Aku juga bukan seorang yang minat untuk menulis seperti Jamilah. Aku juga tidak ada banyak ideologi dan idea untuk dikongsikan.

Aku cuma mahu menulis. Rasa ingin mencurahkan sesuatu. Berkongsi apa yang aku rasa. Aku tidak kisah jika ada yang dibaca atau tak, atau tidak ada yang respon. Langsung tak kisah. Aku cuma lega kalau dapat tulis 'benda' yang aku susah nak cakap. Tapi tak bermakna aku ni perahsia dan pendiam. Cuma rasa nak menulis.
Dan aku jugak harap, jika ada yang membaca, dapat beroleh sesuatu. mungkin tidak banyak yang boleh diambil ibrah, tapi cukuplah sedikit yang mengesankan hati.

Dan semestinya, aku sangat menyokong pendapat Jamilah, -blog juga salah satu mengumpul saham kita di akhirat nanti- . Perhaps.

Dan aku juga sangat berterima kasih pada Hilal dengan perkongsiannya tentang daei blog baru-baru ini. Sangat memberi kesan. Aku sudah tahu, cuma bila ditulis sebegitu, aku jadi lebih memahami konsep berblog.
Boleh baca sini.


Ape2 pon, hati mau bersih aa...


Em.dah kot. Tata...


Monday, November 29, 2010

Mengecat

Bismillahirrahmanirrahim..


" Ha..cuti-cuti ni, kamu dengan adik cat rumah. Belah depan ni kena sapu balik. Nipis sangat. Yang depan tu kena sambung lagi..lepas tu, yang tiang dengan tebing atas tu, cat warna biru.." kata ayah ibarat sorang pengarah.huhu. Nampaknya itu dikira 'pesanan/arahan' dari ayanh sebelum ayah berangkat ke Negeri Sembilan.

" Okeh!.Dont worry..confirm siap!" Jawab jundi ayah dengan penuh yakin.

Maka, terjadilah adegan mengecat rumah pada tanggal 28hb November- 9pagi.

Emak yang paling semangat. Aku pun kena la semangat. Nampaknya, kami berdua je yang mengecat hari ni. Adik dah pergi 'menyantan'(adik aku kerja kat kedai santan). Tapi tak pe, walaupon kami ni perempuan, tapi tetap boleh mengecat!! Yok mak yok!! Haha....

Nak dijadikan cerita, kami mengecat dari pukul 9 pagi sampailah 5 petang! Penat ooo..huhu. Sebenarnya, ta de lah banyak yang kami cat, tapi disebabkan tebing ti tinggi bebenor, jadi kena main panjat2 meja pulak. Tambah pulak berus cat kami yang unik. Kena ikat-ikat dengan kain+dawai, baru jadi ghope berus cat. Huhu. Tapi tak pe, yang penting , seronok!!!

 Best sangat. Syukur sangat diberi peluang luangkan masa dengan mak. Maklumlah, dah lama sangat tak buat kerja dua orang. Semalam aku dapat tengok semangat emak, ketulusan emak bertungkus-lumus nak habiskan jugak kerja mengecat. Samalam jugak aku baru tengok perangai 'gila-gila' mak (lawak jugak mak aku ni...). Semalam jugak emak masak benda pelik. dan semalam jugak rumah kami berjaya di redesign. hoho..

tak siap lagi..
dah siap! hijau+biru

Nampak lapang sikit..Meja dah diangkat ke depan.


Tamat sudaa....

Monday, November 22, 2010

Manfaatkan cuti

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti dah bermula. Hari ni, rutinku bermula seperti biasa, sama seperti cuti-cuti yang sebelumnya. Pagi, aku akan berada di rumah bersendirian, sehinggalah petang, emakku terchenta akan pulang dari kerja. Bayangkan betapa lama tempoh aku bersendirian.huhu...

Tapi takpelah..banyak benad bermanfaat yang boleh diisi ainul salasiah!!

Sebenarnya banyak je benda yang aku tengah berkira-kira nak buat. Nak cuba masak tu, nak cuba buat ni, nak bawak tuuut pegi sana, pegi sini, nak tulih tu, nak baca ni, nak review tu...haa..apa lagi?? Nak bersenam..ngee.... Semua nak buat. Tapi bila sorang-sorang ni, adoyai..susah betul nak buat. Banyak betul godaannye. Shuhh!! kau syaitan!! (hoho....akhirnya syaitan dipersalahkan!)

Pagi-pagi ni, aku sempat tengok Tanyalah Ustaz. Alhamdulillah sangat2, tajuknya betul-betul kena dengan aku. "Terapi Jiwa". Wah!! Sangat best! Ustaz mengupas fadhilat zikir dengan terperinci berdasarkan hadis2 Rasulullah SAW tentang kelebihan zikir yang amat mengujakan hati! Allahu Akbar. Betapa Allah menyayangi kita, dan memberi kita peluang untuk meraih redha dan syurgaNya walaupun kit ni banyak buat dosa dan maksiat. Huwa Arrahiim...

Ok. Dah tak rasa nak menulis dah. Tamat.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha.

Bismillahirrahmnairrahim..

Wahh!!Lamanya tak conteng2! Rasa macam kekeringan idea. Tapi tulis je lah kan, apa yang rasa nak ditulis. Nak dikongsi.

Saya..
Mengucapkan Salam AidilAdha pada semua muslimin..

Mudah-mudahan, kisah Ibrahim dan Ismail menjadii penguat kepada kita
untuk tidak takut berkorban kerana Allah..
Perihal 'berkorban' bukanlah soal sanggup atau tak.
Tapi soal taqwa dan iman kepada Allah.
Bertaqwa atau tak??


Jumpa lagi...!!