Sunday, May 30, 2010

SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 1



Sekadar perkongsian bersama. =). Saya baru baca sedikit buku "Penghinaan Terhadap Rasulullah" oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Asri Mat Daud. Sangat menarik ulasannya dan disertai dengan dalil-dalil yang cukup kuat dari nas dan hadis.

Antara syubhat terhadap Rasul Kekasih Allah (s.a.w):

Rasulullah bukan maksum dan banyak melakukan kesalahan kerana Allah ada tegur baginda mengenai ijtihad seperti ayat yang menegur ijtihad Nabi dalam masalah tawanan perang Badar, ini membuktikan baginda tidak maksum.
JAWAPAN:


-Kemaksuman baginda dan para Rasul perlu difahami. Memang mereka manusia biasa, tapi disebabkan status mereka sbg Rasul, Allah memelihara mereka.


-Rasul diutus untuk menyampaikan risalah Allah subhanahu wa Ta'ala untuk melaksanakannya..sebab itulah maksum kerana risalah itu dari Allah.


-Perkara yang termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw :

  • Maksum dalam menyampaikan wahyu Allah..maksudnya baginda tidak terlupa dan tersilap dalam dakwah...
  • Maksum dari dibunuh oleh musuh sehingga dapat menyampaikan semua keseluruhan risalah Allah subhanahu wata'ala.
  • Maksum dari maksiat0maksiat dan dosa besar.

-Perkara yang tidak termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw:

  •  Dalam beberapa keadaan baginda terlupa kerana baginda manusia biasa.
  • Kesalahan dalam ijtihad pada perkara yang tidak ada nas
  • Kesalahan-kesalahan kecil sebagai manusia biasa.
Wallahu a'lam.Semoga diatas ini benar-benar belaka.

Friday, May 28, 2010

Rindukan sahabat





Aku sangat rindukan sahabat aku..


Sangat-sangat. Masa menjarakkan kami. Kesibukan dia yang teramat sangat juga menjarakkan kami. Aku semakin takut jika aku kehilangan dia. Bersahabat dengannya menjadikan aku seorang yang kuat, positif, yakin diri, pentingkan pandangan Allah, dan banyak lagi.


Semua masalh dia, dia ceritakan padaku. Begitu juga sebaliknya. Tiada yang lain, hanya pada dia aku ceritakan. Tidak juga kepada ibu bapaku. Susah senang kami bersama. Orang kutuk, pandang serong, hina, semuanya kami bersama.Hanya Allah sebagai sandaran kami berdua dan tempat bergantung.


Tapi..


Sejak akhir-akhir ini, ku rasa jauuh sekali..sangat jauh...
Mungkin juga itu cuma perasaanku..
Dia semakin sibuk..susah sekali untuk membalas mesej dan emelku..
Perbualan kami juga tidak semesra dulu...
Adakah sebaik buka semester baru, aku akan kehilangan sahabatku ini...?


Aku redha Ya Allah, jika perpisahan yang akan aku hadapi...aku redha...
Aku tahu, semua ini adalah pinjaman dariMu, aku bersyukur dikurniakan sahabat sebaik dia...Kau pinjamkan dia sebagai teman di kala aku susah dan senang..Kau jadikan dia wasilah aku lebih dekat denganMu.. Terima kasih Ya Allah...


Rahmati dia dimaan dia berada..Pelihara dia dari melakukan perkara kejahatan.lindungi dia..berkatilah hidupnya.. Semoga ukhuwah kami dirahmatiMu..


 Sanah Helwah ya Ukhti... yang akan menyambut hari lahirnya pada 1 JUN 2010.. 

Normalisasi Muqaddimah Zina - Saifulislam.Com

Tiada lagi alasan.

Jemput baca artikel Saifulislam.Com di sini.





Tiada lagi hujah.


Tiada lagi sebab.


Memang sudah jelas, terang, bersuluh, bahawa perkara-perkara yang remeh dan kecil dapat membawa kepada yang lebih besar. Dapat membawa kepada zina.


Tiada lagi ayat : "alah, baru sembang je..bukan pegang pon.."
                        "takkan tengok pun salah...kolot la hang no.."
                        "ni kira ok la ni, pakai tudung, tak kisah la camana pun, asalkan rambut tak nampak..kecoh                r.."
                        "kami tak buat apa-apa pak cik, kami cuma bersembang dalam telefon je.."


Semuanya, jika salah caranya, dan salah niatnya membawa pada mungkar.


JANGAN PANDANG REMEH PADA BENDA_BENDA YANG KECIL. KERANA YANG KECIL ITULAH PENYEBAB PERKARA YANG LEBIH BESAR.

Thursday, May 27, 2010

MENGAWAL MARAH

Marah. Aku benci dengan marah. Aku tak suka bila aku marah. Bila dah lepaskan kemarahan, hati rasa terseksa, jiwa rasa menyesal sebab tak dapat kawal marah, tidak kurang juga rasa sedih sebab tidak berjaya menahan marah dan membiarkan syaitan terus bermaharajalela. Apa yang lebih menyedihkan, apabila kita memarahi orang yang kita sayang. AKU BENCI BILA AKU MARAH!


Menanglah ssyaian. Sudah tentu syaitan bertepuk tangan berpesta apabila berjaya membuatkan anak Adam marah semarah-marahnya.



Bila marah, sudah pasti segala benda tidak elok berlaku.
BARANG DICAMPAK. KERUSI MEJA DISEPAK. APA YANG BOLEH DICAPAI DIPECAHKAN. KATA-KATA KESAT MULA DIHAMBURKAN DENGAN PERASAAN YANG AMAT BENCI. RASA BANGGA BILA ORANG YANG DIMARAHI DIAM DENGAN KATA-KATA KESAT KITA. RASA PUAS WALAUPUN HATI PANAS! 
 Inikah yang kita mahu? Tidak. Sudah tentu jawapannya tidak.


ISLAM ada jawapannya. Islam mengajar umatnya cara untuk mengawal kemarahan.


Apabila sedang marah....


Duduklah  dan diam. Cuba tenangkan hati.
Jika marah lagi, baringlah.
Jika marah lagi, ambillah wudhuk..kerana syaitan itu dari api, dan api dapat dipadamkan dengan air.
Jika marah lagi, kerjakanlah solat sunat 2 rakaat.


Insya Allah, marah akan reda. Tiada seorang pun yang akan marah selepas solat, melainkan dia tidak khusyuk dalam solatnya..


JANGAN MARAH-MARAH aaa....

Wednesday, May 26, 2010

SENARAI LAMAN WEB KERJA KOSONG

Semoga kalian mendapat manfaatnya!


Zaman sekarang ni, nak cari kerja kosong senang je, tak kisahlah part-time ke, full time ke, kerja kerajaan atau swasta, semuanya ada di hujung jari!


Antara laman web yang boleh bantu antum/korang :



  1. www.jobsmalaysia.gov.my
  2. www.jawatankosong.com.my
  3. carikerjakosong.com
  4. www.mudah.my
  5. star-jobs.com
  6. malaysiancareer.com
  7. www.jawatankosongdot.com
  8. findkerja.blogspot.com
  9. www.jobstreet.com
  10. asiaparttime.com
  11. www.bestjobs.com.my
Selamat mencuba!!

Gunakan teknologi di sekeliling anda!

Erti Hidup Pada Memberi - kredit untuk saifulislam.

SOLAT : SUSAHKAH?



Solat adalah tunjang iman seseorang. Jika solatnya baik, khusyuk, diawal waktu, maka kuatlah imannya dan kebergantungannya kepada Allah. Jika solatnya jelek, lewat, tidak khusyuk, selalu tidak lengkap, maka imannya rendah dan tidak ada bezanya dia dengan kafir. Nauzubillahi min zalik.

Apa susahkah untuk solat? Hanya meluangkan masa selama 5-10 minit untuk Allah. Hanya untuk Dia. Dan kerjakanlah ia sebaik mungkin. Pastikan wudhuknya sempurna, bersihkan tempat solat, mengadapNya dengan sebenar-benar ikhlas, dan solatlah. Usaha dan cublah untuk merasai nikmat setiap pergerakan  kita. Alangkah indahnya memuja Allah dengan sepenuh hati.

Rasai kewujudan dia di dalam solat. Penuhi hati dan akal kita dengan zikir dan wirid padaNya. Khas untuk Dia.

Jika semua Muslim merasai perasaan hebat ini, nescaya semuanya tidak tinggalkan solat kerana cinta yang sebenar-benar cinta wujud di situ.

Ayuh! kita...


SOLAT DI AWAL WAKTU 
SOLAT 5 KALI SEHARI

SOLAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
                                          CARI CINTA KITA DALAM SOLAT 
SOLAT DENGAN TENANG

 KEMPEN DIRIKAN SOLAT!!!!

Maut Itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim..

Diminta jasa baik semua pengunjung Muslim blog ini untuk sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham jiran saya yang dikenali Mamu, yang baru meninggal dunia pagi tadi..Al-Fatihah.. Semoga roh beliau dalam keadaan tenang dan tenteram.
Wallahu a'lam..