Monday, October 4, 2010

Rapuan 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak tau nak merapu apa hari ini. Tapi yang pasti, rasa macam dah nampak simptom-simptom tak betul..huhu

Mesti ada kaitan dengan hati ni. Hati tak ikhlas. Tak  bersih. Tak redha. Tak kuat.

Ya Allah, kuatkan kau, Aku tak mahu tersungkur lagi. Dah penat rasanya..

Cuba untuk tahan, but sometimes, ter'kiok' jgak..

Aku kagum dengan beberapa sahabat aku yang terlalu menjaga soal hatinya. Jaga supaya tidak terpesong.
Kalian sangat2 hebat!

Aku tak kuat sebab aku bersendirian, aku akui itu, bila aku bersendirian, sangat susah nak menjaga hati., Bukan tak ada kawan, tapi kadang-kadang aku yang memilih untuk bersendirian.Why? entahla...

Aku rindu kehidupan masa di matrik dulu. Aku ada sahabat-sahabat yang aku kira sangat selesa dengan mereka.  Tidur, study, solat, qiyam, puasa...semuanya bersama-sama. terasa sangat kuat! itulah kali pertama aku kira aku sangat seronok berukhwah.

Tapi semuanya berubah di Gombak. Bukan salah sesiapa. Semua ada haluan masing-masing, masa untuk bersama jadi terbatas. Dan sekarang, inilah akibatnya... aku semakin lemah.. aku rindu  punya sahabat seperti dulu....sefikrah, sehati sejiwa...ukhwah semuanya kerana Dia...

Ya Allah, hati aku sangat-sangat tak kuat. Mudah sangat2 aku terjatuh, dan kadang2 aku rasa seperti seorang hipokrit!

Memang hipokrit...

Tuesday, September 28, 2010

Terkesima

Bismillahirrahmanirrahiim...

 A      : Em, ana nak cakap sesuatu ni..
 M     : Apa dia?
 A      : lepas bincang2, kami nak mintak anta bertanding tahun ni..boleh?
 M     : Em, ini arahan ke cadangan?
 A      : Arahan.
 M     : Ok.Insya Allah..

 A     : Kenapa anta terus terima?
 M     : Ini kan arahan. Dan ana kan ahli. So ana wajib ikut.

Aku suka. Aku terkesima mendengar cerita Amin Idris ini. Sangat suka. Aku termotivasi!! Syukran Ya Allah, lembutkan hatiku....

Status : Aku tak rasa nak balik dah...hehe

Monday, September 27, 2010

Celaru

Bismillahirrahmanirrahim..

Memang celaru. Apa yang celaru? Hati aku. Emosi aku. Study aku. Semua dah celaru. Semuanya gara-gara terlalu mengiku mainan syaitan dan emosi aku yang NAK BALIK!! Memang parah. Baru 13 hari dalam UIA, dah rasa macam tak seronok. Seingat aku, paling lama aku pernah duduk UIA adlaah selama sebulan, atau 5 mnggu, itupun masa kat matrik.

Tapi dekat gombak ni, rasa-rasanya, 3 minggu je paling lama. Masuk minggu ketiga tu, otak dah mula tak betul, emosi pon ntah jadi apa. Semua gara-gara kepingin nak tengok muka mak dengan ayah. Kalau ikutkan, balik selalu ni bukannya elok pon, dah la membazir duit, balik rumah tak buat apa pulak tu. Tapi yang bestnya, boleh sembang2 dengan mak! Ngehngeh...

Kenapalah Kelas Leadership ni hari sabtu, kan tak boleh nak balik.huhu.. dah la minggu ni Kteh balik, tak dapat jumpa pon, entah bila nak jumpa..Nak baaalliiik!!! Kelas leadership sampai 23hb Oktober, Exam 30 oktober..Adoyaaiiii..bila nak balik ni...

Dah tak ada mood dah ni..

Ok. Stop. Cukup.

Aku datang sini nak belajar hidup. Belajar ilmu. Belajar segalanya.

Aku ada matlamat kat sini. Cukuplah itu.

Aku ada Allah, kenapa nak sedih-sedih kalau selalu alone? No point!!!!!

Kalau aku berterusan macam ni, macam mana bila dah kerja nanti? or bila dah kahwin nanti?? huhu..tak ke celaru dengan suami. Asyik nak balik kampung je..

OK!!! SAYA TAK NAK BALIK, DAN TAK RASA NAK BALIK PON. SAYA TAK KISAH DUDUK KAT SINI SORANG-SORANG, SAYA SUKA STUDY DEKAT SINI, SAYA SAAAYAANG UIA!!!!

HABIS.

Saturday, September 25, 2010

Mulut Murai

MULUT TEMPAYAN

Susahnya nak jaga mulut...

Bukan mulut..tapi nak jaga percakapan...

Sukarnya nak jaga rahsia..

Apa perlu buat kalau kita terbongkarkan rahsia orang dekat orang lain??

Macam mana nak mintak maaf??

Monday, September 20, 2010

Khas Untukmu -Zulhusni

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan Salam atas Baginda dan seluruh ahlul Bait dan para sahabat..

Sebenarnya dah lama nak post entri pasal "kejadianaaa" hari tu. Tapi kononnya terlalu mengadap laptop buat assignment dan baca buku..(poyonyer ayat,,huhu..padahal tengok Detektif Q..haha)

Akhirnya..tertulis jugak..

Jumaat- 17 September 2010.

Kepada K.husni...

Serius, parti awal yang asalnya untuk mengejutkan kami telah bertukar menjadi k.husni yang mengejutkan kami..huhu..sungguh sadis..

Serius k.husni,

-memang kami tak bercadang pun nak pergi Giant petang tu, Bib ajak dalam pukul 4.45 petang macam tu..

-memang plan tak bagi k.husni ikut..hahha(walaupon k.husni nak ikut jugak!)

-memang TERKEZUT sangat2 kena "kejutan" k.husni menyapa ainul di Giant!!! Dah lah kejutkan orang dengan penuh ceria pulak tu, dan tanpa rasa bersalah! Kalaulah K.husni tahu betapa cuaknya hati masa tu.. nasib baik time tu tengah cari barang peribadi..tak delah terbocor rahsia...dan lepas tu, sedaya paya tak nak bagi "tertembung" dengan k.husni... SERAHKAN K.HUSNI pDA JAMILAH..hehe.. maap ye Jamilah..

-Lagi satu, kami semua tahu K.husni marah dan geram masa kat Giant, sebab ambil beg k.Husni..hehe..sebab kami nak ambik kad diskaun beli kek...(hahahah...gelak jahat!!)

- lagi satu kejutan buat kami yang sedang merancang, bila K.husni bawak Jamilah balik bilik K.husni!! Kenapa la bawak Jamilah g bilik K.Husni.. Dah la jAmilah tu tak bawak telefon..huhu..aaa sudahlah...

tak pasai2 kena jugak telefon k.husni pura2 tak tahu jamilah kt mana..dan akhirnya dapat cakap dengan Jamilah...hahaha

-maka semuanya berjalan lancar..kami setia menunggu..
Tapi kesian dekat Jamilah sebab kena bawak k.husni balik ke sayfiyyah..hehe..dan kesian jugak k.husni tak dapat makan bihun sup Asma'...Maafkan kami .K.husni...Sorry ye Jamilah...

-Maka setelah hampir sejam menunggu di Sayfyyah..hehe...
Tiba-tiba, Rokiah dapat mesej ...dan rokiah kata."ok, K.husni nak datang pondok dah.."
"Jom menyorok!!"
dan setelah beberapa minit menyorok... "Mana K.husni ni..." k.Ain dan Mas mula bertanya...
"A'ah..takkan sesat kot...huhu"

Tiba-tiba...
K.husni telefon rokiah...Tak sampai 1 minit bercakap...dan…..

K.HUSNI DATANG KAT TEMPAT MENYOROK KAMI!!! SIAP TANPA RASA BERSALAH LAGI!!!

WAAA...WAA...WAAA~
TAK ACI...DIA YANG KEJUTKAN ORANG!!!! hhuhuuhuhu...
DAH 2KALI DAH…huhu

Dan bermulalah majlis yang meninggalkan kenangan manis buat kami..~~~


Sanah Helwa ,Khusni...
Happy Birthday....
Moga sentiasa dibawah rahmat Allah...
Senyum selalu...
Sayang K.husni Fillah..

Terima kasih Semua..Bib, Jamilah, Rokiah, K.ain, Masthura Sahamuddin..
*banyak yang aku belajar malam tu..terima kasih semua.kalian terbaik!!!

Wednesday, September 15, 2010

Aku Bukanlah Penuntut Ilmu Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku bukanlah penuntut ilmu yang baik...

aku tidak rajin beranyakan soalan pada pensyarah jika ada yang tak faham..

aku tak rajin ulangkaji pelajaran bila dah habis kelas..

aku tak rajin buat nota..

aku tak amal apa yang aku dapat..

aku tak kongsi dengan sahabat-sahabat..

Macam mana nak jadi hebat, kalau nak membaca buku pun susah?

JOM BACA BUKU!!! JOM HAYATI ILMU!!!

Allahumma yassir wala tu'assir..

Tuesday, September 14, 2010

Kembali Berjuang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Sampai jugak ke UIA dengan ramainya orang naik tren. Semuanya nak balik ke universiti, kerja, rumah dll. Ha..sedikit perkongsian, masa tengah tunggu tren datang tadi, aku berpeluang tengok Electric Train Service (ETS) secara direct. Lawa sikit berbanding tren biasa, kerusi dia cantik ada bunga2, pintunya automatik, (bukan macam tren biasa yang gunakan pintu yang berat..huhu).. nampak lebih ekslusif gitu.. Dan sebagai penumpang KTMB yang tegar, aku nak jugak naik ETS tu sekali. ngee... Masalahnya, tren tu dai Ipoh-KL-Ipoh je.. dan mahal plak tu.huhu...tapi takpela cepat sikit kan...takpe2..tunggu kau ETS...

Sampai Mahalah Ruqayah dalam 6.45 ptg. Dengan semangatnya, bukak pintu bilik, dan "tick" aku tekan lampu bilik. Dan ...gelap... tiada satu cahaya pun. Huhu..Tahulah aku, tak da letric kat blok aku tu. Bergelap la aku..
Nak dipendekkan cerita, masa nak ambik wudhuk untuk Solat Isyak (kat water cooler..takut nak gi toilet..hehe), Jumpa 2 orang sister ni, dia nak report kat Pak Guard. maka aku pun berkata:
 "haa...bagus2..pegilah report..saya tunggu."
Bukan nak pergi sekali,ngehngehngeh..

Dengan kuasa Allah, dan bantuan Pak Guard tu, dalam masa5 minit pastu, maka tereang benderanglah bilik aku, dipenuhi cahaya!!! Yey!! Alhamdulillah..

Ok. Habis.

Sekarang,

-tinggal 5 hari je lagi nak buat assignment.
-tinggal lagi 5 hari je lagi birthday k.husni...nak bagi ape ek? (k.husni nak apa?huhu...)
-tinggal lagi 6 hari nak exam Nahw.
-berapa hari lagi entah exam Jahili.
-dan 5 hari ni jagak nak kemaskini semua nota.

Boleh ke? Sempat ke? kuang2...

Dan hari Sabtu, ada ganti kelas "Leadership Skill" disebabkan tak buat masa bulan puasa. Jadi. kelas sabtu ni dari pukul 8-1 kot..huhu...lama giler..dah la tak best sangat kelasnyer...

Sabor jela..
Ainul..kamu kena biasakan diri campur dengan macam2 orang..faham ragam orang..!! Chayok!!