Monday, August 24, 2009

Saturday, August 22, 2009

Time's up dear!!



Bismillahirrahmanirrahim..

RAMADHAN KAREEM..
Rasa ingin berkongsi sesuatu..=). Cuba anda bayangkan:-

Anda sedang menghadapi peperiksaan besar dan sekarang sedang duduk dalam satu dewan bersama-sama dengan orang lain. Dewan itu dikelilingi oleh guru-guru yang sedang mengawasi anda dan orang lain. Ada soalan susah, ada soalan senang. Keadaan anda menjawab soalan amat tenang sehinggalah anda terdengar suara guru berkata:

“ok students, TIME’s UP!!!! Please submit your paper now!”

Betapa terkejutnya anda!! Soalan ada lagi yang tak buat!! Kesalahan jawapan ada lagi yang anda masih tak padam!!! Kertas ada contengan kasar di merata-rata!! Ah..Tak Sempaattt!!! Habislah result anda. Mesti dapat teruk.

Analoginya:

Anda sedang berada dalam dewan dunia peperiksaan, menghadapi semua ujian kesenangan dan kesusahan yang Allah beri. Ada yang susah dan ada yang senang. Semua amalan yang anda buat di dunia ini diperhati oleh Allah dan malaikat-malaikatnya. Semuanya mengawasi gerak geri anda. Di sini, anda mengumpulkan amalan, ibadah, buat kebaikan, dan kadang-kadang ada juga tersalah langkah dan akhirnya tersungkur. Anda juga kadang-kadang terleka dengan hari yang bakal berlaku. Sangat-sangat terlupa!! Boleh anda bayangkan, bagaimanakah keadaan anda dan apakah perasaan anda ketika itu jika tiba-tiba anda terdengar suara berkata:

“TIME’s UP!!! HARI KIAMAT!!!!!!!”

Anda tak sempat nak bertaubat. Anda tak mintak maaf lagi dekat orang di sekeliling anda. Banyak lagi amalan anda yang tidak lengkap!! Ah…tidak!!!! Macam mana aku nak hantar amalan-amalanku pada Allah. Semestinya aku akan FAIL!!!!

Nah!! ayuh kita berlumba buat amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan ini. Inila masanya untuk mendapat pahala dan gajaran berganda. Optimumkan ibadah dan amalan anda. Maksimumkan penggunaan masa anda dengan amalan yang membawa redha dan ganjaran Allah seolah-olah anda tidak akan berjumpa dengan bulan rahmat ini tahun hadapan. Takutlah wahai diri dan antum semua akan kematian dan hari kiamat. Ingatlah mati. Jangan sekali-kali lupa kannya. Dunia ini cuma jalan nak menuju destinasi lain. Jalanilah jalan yang lurus dan jalanilah dengan sabar dan mujahadahlah!!

Akhir kalam, Ramadhan Kareem..=)

Hargailah setiap detik anda berada dalam bulan ini khususnya dan di dunia ini amnya.
Wallahu a’lam..

Thursday, July 23, 2009

pembebasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, aku berpeluang untuk mengisi rohani dengan mendengar tazkirah. Kukira ini talk yang kedua aku pergi sepanjang hampir 3 minggu di UIA. Talk first adalah talk ramadhan, dan kedua, isra’ Mikraj. Aku tertanya-tanya, kenapa di Gombak ni kurang talk atu forum ek? Maybe awal sem lagi kot kan.. nanti banyak la tu, sampai tak terlarat nak pergi..=).aku harap macam tu la..

Selalunya, bila Isra’ Mikraj, semua talk yang aku pernah pergi berkisar tentang kejadian Israk dan mikraj itu sendiri. Tetapi ada kelainan sikit talk malam semalam. Dr. Farid (deputy dean IRKHS, usuluddin and comparative religion) dan Ir Ahmad Jais (pengarah ikim.fm) mengupas tentang hikmah yang kita umat zaman sekarang boleh ambil dari kejadian istimewa ini. Antara aspek yang kita boleh teliti dan kaji adalah aspek ubudiah, kelimuan, sains teknologi, dan juga pembebasan tanah Palestin.

Kadang-kadang kita lupa selain peristiwa Israk Mikraj ini, peristiwa pembebasan tanah Palestin dari kaum kuffar juga adalah pada 27 Rejab. Tanah Palestin telah dibebaskan di tangan Salahuddin Al-Ayubi. Jadi, sekarang, kalau kita lihat Palestin tidak lagi berada di tangan Islam. Nah, tangungjawab ini terletak pada umat zaman sekarang. Dimanakah Salahuddin Al-Ayubi zaman ini? Kamukah? Atau merekakah? Atau akukah?

Saturday, July 11, 2009

MULA!!!

Assalamualaikum..




Buat diri..




Anda harus sedar yang anda telah memasuki zon serius..


Zon ini mengehadkan anda untuk terlalu bersuka-ria dan bergelak ketawa..


Zon ini memerlukan anda sebagai seorang yang berdisiplin, rajin dan kekal istiqamah..


Sunday, June 28, 2009

PERANCANG YANG MAHA HEBAT

Bismillahirrahmanirrahim

Pernahkah anda merancang sesuatu program dengan amat teliti dan anda rasakan cukup hebat, tapi apabila sampai masanya, program terpaksa ditunda atau lebih teruk lagi terpaksa dibatal?

Atau

Pernahkah anda merancang untuk pergi ke rehlah atau picnic, tapi tiba-tiba ada masalah mengejut, yang tak disangka-sangka dan tidak dapat dielakkan?

Pernahkan anda merasa takut untuk menghadapi sesuatu dan anda amat pasti perkara buruk pasti mengganggu anda apabila berhadapannya, tetapi tiba-tiba segalanya berjalan dengan lancar dan begitu sempurna?

Saya amat yakin kebanyakan antara kita pernah melaluinya kan?
Kita andaikan kita sudah merancang dengan sebaik-baiknya, tapi sebenarnya tidak. Kita yakin akan berlangsungnya event itu dan ini, tapi at last, tak menjadi. Salah siapa? Kita merangcang, Allah juga merancang. Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, perancangan Allah jauh lebih baik. Kita tidak harus terlalu kecewa jika sesuatu yang dirancang tidak menjadi. Jangan cepat melatah dengan apa yang terjadi.Pasti ada hikmahnya.

Cubalah fikir sedalam-dalamnya dan mencari hikmah tersirat yang Allah sediakan untuk kita. Bila sudah temuinya, pasti kita kagum dengan kebijaksanaanNya dalam merancang. Subhanallah..Engkaulah sebaik-baik perancang. Wallahu khairul maakiriin…

Disebalik semua kejadian yang tidak berlaku seperti yang dirancang, pasti Allah ingin melihat sesuatu dari kita. Bagaimana keimanan, kesabaran, ketabahan kita apabila diberi ujian yang sedikit cuma. Adakah yanqus (ber-) atau yazid (ber+) ? adakah sabar atau marah kecewa? Semua terletak pada tahap taqwa kita.Wahai diri, sabarlah dan kuatkanlah dirimu..

Wallahu a’lam.

Saturday, June 27, 2009

USRAH




Assalamualaikum.

"Fulan, jom pegi usrah nak? naqib/ahnya seronok. pandai bagi pengisisan..tak lama pun, kejap je.."

-"em,sori la, ada assignment tak siap lagi ni. next week dah nak antar"

-"usrah? oo...yang duduk-duduk, pastu sembang-sembang tu ek? tak nak lah.."

-"sori la sis..saya tak suka usrah ke halaqah ke ceramah ke...boring la."

-"baik aku studi dari buang masa dalam tu"

Seringkali kita dengar pelbagai alasan untuk menolak pelawaan ke usrah. Ramai antara kita khususnya 'mahasiswa' yang cerdik pandai mempunyai pelbagai persepsi negatif tentang USRAH. ada yang menganggapnya sangat boring, buang masa tanpa membincangkan apa-apa, sembang kosong dan macam-macam lagi.

Jika kita singkap sirah Rasulullah, baginda juga menggunakan usrah dalam usaha mengembangkan ajaran Islam. bermula dengan usrah yang kecil, akhirnya Islam berkembang dan terus berkembang. Apalah salahnya jika kita mengikut sunnah nabi.

Usrah bukan sekadar duduk dalam bulatan, baca Alquran, sembang-sembang kosong. Di dalam usrah kita boleh lebarkan jaringan ukhwah, berkongsi masalah sama ada masalah diri, keluarga atau pun masalah umat. Usrah juga membantu kita lebih mendalami Islam dengan bimbingan naqib/ah. Dengan usrah oleh puasa bersama, ifthar bersama, qiyam bersama, riadhah bersama. Bukankah itu baik? ingatlah, jika kita berseorangan, syaitan mudah untuk mengganggu kita.

Janganlah kita jumudkan pemikiran kita bahawa usrah ini membuang masa dan merupakan penyebab kemerosotan dalam pencapaian akademik kita.Sama sekali tidak. Usrah yang cuma 1 jam atau 2 jam dalam seminggu tidak akan menjejaskan langsung akademik kita. Malahan membantu dalam proses pembelajaran dan pengajian. hati yang sentiasa terikat dengan rabitahNya, pasti lebih mudah untuk belajar. Percayalah.

Aku tidak mahu berceloteh panjang, cuma kadang-kadang tak faham dengan pelajar yang meremeh-remehkan dan perlekehkan usrah. Sungguh tak mengerti.

USRAH MEMANG NAMPAK KECIL. TAPI INGATLAH, "USRAH BUKAN SEGALANYA TETAPI SEGALANYA BERMULA DENGAN USRAH"

Wallahu a'lam

Wednesday, June 24, 2009

ReJaB datang lagi

Assalamualaikum....

Lama betul tak menulis...betapa susahnya diri ni nak istiqamah. Hanya sekecil perkara ini pun(menulis) dah susah nak istiqamah,apatah lagi sebesar-besar perkara. Ya Allah, thabatkanlah hati ini...

Alhamdulillah, diri ni berpeluang lagi bertemu bulan Rejab...semoga sempat berjumpa Ramadhan..Marilah kita bersama-sama mengambil keberkatan dalam apa jua kebajikan dan amalan dalam bulan Rejab ni.

"Allahumma baariklana fi rajabin wa sya'banin wa ballighna ramadhan"
Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan

Rejab
Bulan Rabb
Bulan mulia
Bulan maghfirah
Bulan rahmat
Bulan keampunan
Bulan mencari redha

.........=====..........