Bismillahirrahmanirrahim... Aku dapat ni dari email seorang sahabat. Jom kita cakna hal ehwal ummah. Jika kita sebagai Muslim masih buat tidak tahu, nak tunggu siapa lagi?? KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN 1 - 31 JULAI 2010 Info Lanjut di http://www.boikotdemipalestin.blogspot.com "Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin..." Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, "Kempen Boikot Demi Palestin" dimulakan dengan harapan lebih ramai yang akan memulakan langkah awal memboikot barangan, jenama dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel. Misi utama adalah untuk membantu Palestin. Matlamat kempen ini ialah memberi informasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut : (a) Syarikat yang membuat/mempunyai pelaburan besar di Israel. (b) Syarikat yang menyokong Israel melalui badan-badan pengurusan/kutipan dana Yahudi yang mana dana tersebut digunakan pula untuk pembangunan dan kemakmuran Israel. (c) Syarikat yang menaja program-program anjuran Israel seperti majlis penganugerahan dan sebagainya. Perlu ditegaskan di sini bahawa kempen ini diwujudkan BUKAN untuk memboikot Yahudi secara keseluruhannya, tetapi memboikot kekejaman ZIONIS ISRAEL. Kempen Boikot Demi Palestin tidak memaksa pengguna untuk memboikot produk, jenama dan syarikat-syarikat yang berkenaan. Kempen ini memberi informasi-informasi yang dinyatakan di atas, namun hak kepenggunaan adalah terletak di tangan pembeli/pengguna. Kita sudah sedia maklum, sungguhpun kempen memboikot Israel ini telah lama wujud di seluruh dunia, ramai daripada kita tidak mengendahkannya sedangkan terdapat alternatif bagi produk-produk tersebut. Tahun demi tahun berlalu, kita masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk melaksanakannya. Sehubungan itu, KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN diwujudkan dan buat julung kalinya akan berlangsung selama SATU BULANbermula dari 1 JULAI 2010 - 31 JULAI 2010. Ya, SEBULAN sahaja! Tidak mungkin ia seberat mana untuk kita laksanakan! Usaha ini diharapkan dapat memberi peluang dalam melatih keprihatinan kita terhadap usaha menghapuskan kekejaman dan penindasanZionis ke atas Palestin. Kami tidak memaksa anda menyertai kempen boikot ini tetapi penglibatan anda adalah amat besar maknanya bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Palestin. DEMI PALESTIN! Kami tahu ianya sukar. Jadi, mari kita bertatih dahulu. Mari kita mulakan perjalanan langkah demi langkah. Dengan semangat yang ada, usaha memboikot SATU BULAN mungkin boleh dilanjutkan lagi di masa hadapan. AMIN! Misi ini amat penting setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Ingat, SATU BULAN sahaja tempohnya! Mustahil kita tidak mampu melakukannya! Tugas penting anda ialah menyebarkan maklumat mengenai kempen ini agar lebih ramai yang akan menyertainya. Poster kempen ada disertakan (format PDF). Anda boleh forward e-mel kempen ini. Mudahan ia akan terus tersebar. Kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan anda. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menyertai kempen boikot bulan Julai ini, syabas diucapkan! Di antara produk/jenama/syarikat perlu diboikot ialah : McDonald's Starbucks Timberland Motorola Nokia Produk The Coca-Cola Company (Aquarius, Cherry Coke, Coca-Cola Classic, Coca-Cola Light/Diet Coke, Fanta, ShiZen, Sprite, Vanilla Coke dll.) Produk Nestlé (Milo, Nescafé, Koko Krunch, Cookie Crisp, Cerelec, Nestum, Gerber, Fitness (Fitness & Fruit dll), Corn Flakes, Cheerios, Nestum, Nesvita, Smarties, Crunch, Kit Kat, Coffee Mate, Neslac, Nespray, Häagen-Dazs, Drumstick (aiskrim), Maggi, Buitoni, Perrier dll.) Produk Kimberly-Clark (Huggies, Kleenex, Kotex, Poise, Scott dll.) Produk Sara Lee Corporation (Ambi-Pur, Brylcreem, Kiwi Shoe Care, Pickwick Tea, Ridsect dll.) Mengapa produk-produk ini perlu diboikot? Informasi lanjut berserta rujukan boleh diakses melalui : Terima kasih atas keprihatinan anda dan SELAMAT BERJUANG KEPADA KITA SEMUA!! ~ Ketahui produk-produk lain yang perlu diboikot di Blog Kempen iaitu http://www.boikotdemipalestin.blogspot.com dan melaluihttp://www.inminds.com/boycott-israel.php ~ Kongsikan informasi mengenai produk-produk alternatif di Blog dan Facebook Page kempen. :: Team Kempen Boikot Demi Palestin :: |
** Kadang-kadang menulis adalah jalan terbaik untuk menerangkan sesuatu dan menzahirkan perasaan **
Friday, June 25, 2010
Sebulan jer???
Thursday, June 24, 2010
LEMBU BERKOT??
klik untuk maklumat lanjut.
Handsome tak Mr.Cow ni??
boleh la kan..sebab dia pakai kot mahal...
dan tahniah pada Mr. Cow sebab pandai bersiri dengan lurus..huhu
Ni ada lagi satu contest.
Promote susu!! Hadiah pun lumayan..!!!
Kita kena jual susu lembu ni..
Program ni dikempen/ diiklankan oleh Youthsays.com.
Boleh jugak nak join..boleh buat side income..
Nak kata boleh kaya, tak la..
tapi boleh la nak menampung belanja student ipt..huhu
Youthsays ni himpunkan remaja berusia 18-35 tahun di seluruh Malaysia.
Kita boleh dibayar dengan menjawab survey2 dari syarikat yg gunakan Youthsays untuk survey.
Kalau kita jawab survey tu, dapat la duit.
Then, if kita iklankan apa2 event, kita dibayar jugak..
Senang cakap,dia akan bayar la kalau kita buat kerja.
Try tengok dulu eh..
wassalam..
Wednesday, June 23, 2010
Ulama+Pensyarah antara menyertai UMNO
Dicopy dari www.wargamarhaen.blogspot.com
-buat simpanan persendirian
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini. The Malaysian Insiderdifahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.
“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.
“Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno,” kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
“Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami,” kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.
Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.
Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.
Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.
Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.
“Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas,” kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno.

Tuesday, June 22, 2010
MENANGI 3 MP3!!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Anda hendak menangi MP3 dengan cara yang mudah?
Sangat mudah!!
Mudah kan? Anda cuma perlu copy dan paste sahaja! Budak kecil pun boleh lakukan. Ayuh peluang yang datang jangan ditolak, mana tahu, merupakan rezeki anda pulak!!
Selamat Mencuba!!

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com
Mudah kan? Anda cuma perlu copy dan paste sahaja! Budak kecil pun boleh lakukan. Ayuh peluang yang datang jangan ditolak, mana tahu, merupakan rezeki anda pulak!!
Selamat Mencuba!!
100 ulama masuk UMNO Jumaat ni
Bismillahirrahmanirrahim..
Huhu..apakah ini?
Antara nama ulama yang digembar-gemburkan akan masuk UMNO adalah Ustaz Asri..nak tahu lanjut boleh baca sini..
Tunggu je lah hari Jumaat ni..
Boleh ke?
Ape UMNO buat?
Mudah-mudahan semua yang terbaik untuk yang benar.

MUFLIS & BANKRAP DI AKHIRAT
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni aku nak kongsi satu hadith yang sangat menggerunkan hati. Moga-moga peringatan Rasulullah ini berbekas di salam hati kita.
"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" tanya rasulullah kepada sahabat baginda.
"Muflis dalam kalangan kami adalah ialah orang yang tidak berduit dan tidak memilki sebaran aset(harta)."
Lalu Rasulullah menerangkan definisi muflis yang dimaksudkan: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak brsama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya ( si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekirannya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"
(Riwayat Abu Hurairah, no 2581)
RINGKASAN:
Amal di dunia yang membawa pahala kita ke akhirat:
1-solat
2-puasa
3-zakat
(tidaklah bermaksud amal lain tidak akan dibawa ke akhirat)
Amal di dunia yang akan menyebabkan kita bankrup:
1-memaki hamun orang lain
2-memfitnah
3-memakan harta orang
4-menumpahkan darah
5-memukul orang
Adakah kita benar-benar yakin kita telah melakukan solat, puasa dan zakat dengan sempurna? Adakah kita juga yakin kesemua itu diterima Allah?
Hadis ini juga mengingatkan kita supaya mejaga hubungan kita sesama manusia, tidak menyakiti sesiapa pun.
Kita kena jaga mulut dari memaki hamun, memfitnah dan memakan harta orang. kita juga kena pandai mengawal ammarah dan perlakuan kita agar tiada perumpahan darah dan tidak mencedrakan sesiapa dengan sesuka hati sahaja. Semua harus dijaga?
Mahukah kita menjadi muflis di akhirat? Kalau kita muflis di dunia, pasti ada orang yang akan menolong kita, tapi kalau kita muflis di akhirat, ingat, ke nerakalah jawabnya!!
Ayuh kita bertaubat. Jika kesalahan kita melibatkan manusia, maka buanglah rasa ego dan malu, dan mohonlah maaf pada si polan. Tidak mengapa tanggung malu di dunia, jangan di campak ke neraka. Jika kesalahan kita hanya dengan Allah, cukupla 3 syarat taubat itu. Taubatlah sesungguh-sungguhnya..

"Allahumma inni asaluka taubatan nasuhaa"
Ya Allah, Aku mohon padaMu taubat yang sebenar-benarnya(suci)
Thursday, June 17, 2010
HANG PUN AKAN KENA!
Bismillahirrahmanirrahim..
Minggu ni ada sesuatu yang berlaku, membuatkan aku lebih banyak terfikir mengenainya. Boleh kata setiap hari, aku dapat mesej KEMATIAN.Dan boleh aku katakan, semuanya secara tiba-tiba. Bukannya mempunyai sakit. inilah tanda akhir zaman. Ada aku terbaca di majalah Solusi(if tak silap), kematian secara tiba-tiba ini memang banyak berlaku sekarang, dan lebih berisiko kepada orang lelaki.
ALFATIHAH buat allahyarham/allahyarhamah. Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi.
Isnin -Ustaz Hassan Shukri
Selasa- Abang kepada K.Nabilah (isteri Ustaz Hafiz)
Rabu- Sahabat dari Terengganu. ex-PJ.
Hari ni - ???
Jujur katakan, aku sangat takut jika aku mati tiba-tiba, lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Aku sangatlah tidak bersedia. Banyak lagi amalku yang perlu diperbetul, yang perlu ditambah, dan tidak kurang juga yang perlu diganti. Aku sangat takut apabila memikirkan akan mengadap Tuhanku dengan amal yang sedikit, culas dan sebagainya.
Solatku yang masih mengejar kekhusyukan. dan kadang-kadang aku terbabs sedikit masa kerjakannya. Kadang-kadang awal, kdg lambat..
Ibadah sunat ku tidaklah sebanyak mana..Masih boleh dihitung dengan jari..
Aku tidk buat sehabis baik lagi untuk ibu-bapaku..adik-adikku..
Adakah aku ikhlas dalam smua amalku?
Adakah auratku semua ditutup? Aku sudah cuba sedaya upaya, tapi mungkin juga kadang2 aku tidak menepati piawaian menutup aurat itu..
Bgaimana pula hubunganku dengan manusia lain? sahabat2. adakah aku membuatkan kalian tersinggung, dan tidak selesa?
Dan, aku juga tidak menyumbang sesuatu untuk agamaku..Apa yang akan aku tunjukkan pada Rabbku nanti?
Ya Allah, aku mohon hidayahMu dan rahmatMu disegenap ruang hidupku.Matikanlah aku dalam keadaan kematian yang baik.Amiin.
Wallahu a'lam.
KEMATIAAN ITU PASTI MENJENGAH KAMU!
When will a dependence racket the young cathedral?

Subscribe to:
Posts (Atom)