Monday, July 26, 2010

PENAT TAPI SERONOK

Bismillahi walhamdulillah...

Dah genap 2 minggu berada di bumi UIAM. Macam-macam dah berlaku, sama ada yangs sedih, seronok, sakit hati, penat, semuanya dah terjadi dalam 2 minggu ni. Dan dalam 2 minggu ni jugak,, aku cuba sedaya upaya memenuhkan masaku dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang aku kira sebagai bekalanku berjumpa Allah kelak. Moga semuanya diterima.

Aku mempunyai minat yang agak mendalam dalam bidang fasilitator. Tidak kisahlah itu program apa pun, yang penting, aku sebagai fasilitatornya! tapi yang paling aku suka, jika da program solat, Al-Quran, dan program tarbiyah.

Kita boleh belajar banyak benda bila kita menyertai program-program. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar yang adik-adik di bawah umur mengajar kita sesuatu yang sangat penting. Mereka tidak pernah berbohong. Perilaku mereka sentiasa mempamerkan apa yang ada di laam hati. sangat mulus dan polos. Ah..aku sangat suka itu..!!

semoga Allah mudahkan aku dengan minatku yang satu ini..

Sunday, July 18, 2010

SEMESTER BARU

Bismillahirrahmanirrahimm


Alhamdulillah..dapat jugak menulis entri kali ni. Walaupun hanya menulis dari cc. Tapi takpelah. Rasa nak menulis, tulislah kan...=)

Semester ni credit hour cuma 15.5 je..jadi tak de lah pack sangat. Aku harap sem ni boleh perform yang terbaik dalam akademik dan society. Memandangkan akademikku jatuh teruk sem lepas, nak tak nak aku kena struggle lah sikit sem ni..

Beberapa perkara yang tidak menyeronokkan:

-wireless tak dapat kat bilik
-aku selalu tak da kawan sem ni. Tak kesah lah kawan bilik ke, kawan rapat ke, semua tak da. Boleh bilang berapa kali aku makan dengan sahabat2. dah terlalu banyak aku makan sorang-sorang.huhu...tapi tak lah sedih pon, cuma macam pelik je, kena jalan pergi mana-mana sorang-sorang..but its not a big matter kan?

k la..aku jadi first presenter untuk subjek sorof..oh tiak..huhu..nak keras dah lidah ni..lama sangat tak cakap arab...

wassalam..

Friday, July 9, 2010

La Tas'aluni

DURIAN TANPA ISI

Bismillahi walhamdulillah..

Rasa kerdil sangat..
Rasa berdosa sangat..
Rasa bersalah sangat..
Rasa kotor sangat..
Rasa macam orang tak guna...
Huhuhuhu...

mode : malas nak balik UIA

Thursday, July 8, 2010

DIPERJALANKAN DAN NAIK

Bismillahi walhamdulillah..

Aku yakin kebanyakan orang tahu perkara sejarah yang berlaku di dalam bulan Rejab ini. Mukjizat dari Allah yang memperjalankan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa(Palestin), dan kemudian dimi'rajkan ke Sidratul Muntaha, bertemu dengan Rabb hanya dalam satu malam.

Semua orang sudah tahu kerana saban tahun, masjid-masjid dan organisasi-organisasi bertungkus-lumus merencana program-program ilmiah sempena Isra Mikraj bagi kesedaran masyarakat. Tidak kurang juga pada tahun ini, pelbagai aktiviti, ceramah agama dianjurkan.

Tetapi, berapa ramai lagi umat Islam yang masih belum percaya akan Israk Mikraj ini. Ada yang beranggapan tidak logik dek akal, dan tidak mungkin berlaku pada zaman kuno dahulu. Ada juga menganggap Baginda diIsrak dan Mikraj di dalam mimpi, dan pelbagai lagi tohmahan palsu dikenakan kepada baginda SAW. Sudah jelas, golongan ini tidak mempercayai kuasa Allah yang dapat melakukan apa sahaja. Kita tidak usah pelik orang tidak mahu percaya, kerana semasa Nabi Muhammad SAW menceritakan hal ini kepada umatnya pon, ramai yang tidak percaya, bahkan menurut satu riwayat Ibn Hisyam, ada yang sampai murtad!

Jawapannya mudah. Kalau kita tanya logik akal, memang tidak logik.
Tapi, kalau kita tanya logik iman, semuanya logik jika kita percaya pada kuasa Sang Khaliq.

PENGAJARAN ISRAK MIKRAJ

1- Betapa pentingnya solat yang telah difardhukan kepada kita. Solat difardhukan diSidratulMuntaha, berbanding dengan ibadat puasa, haji dll difardhukan melalui penuruunan ayat Quran(wahyu). Jelas menunjukkan peri pentingnya solat.

2- Kepentingan Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, di situ jugalah, Nabi kita mengimamkan para Anbiya'. Tapi, jika kita lihat, bagaimanakah nasib Al-Aqsa sekarang? Apa yang kit sudah bantu?

3-Nabi berhijrah dari Makkah ke Palestin dan menemui Allah Azza waJalla dan mengalami pelbagai peristiwa menarik. Apabila Baginda Nabi pulang, baginda bersusah payah menceritakan perkara ini, dan bertungkus-lumus menceritakan perihal solat yang baru difardhukan kepada umat Makkah. Kita boleh lihat betapa bersungguhnya Nabi SAW dalam berdakwah. Sikap ini yang perlu ada pada diri setiap KITA.

*Hasil ceramah Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

Wallahu a'lam..

Wednesday, July 7, 2010

Kembali..

Bismillahi walhamdulillah..


kuih gedik


Alhamdulillah, ter'update' jugak blog ni.Setelah sekian lama menyepi..Bukan menyepi pon, cuma membawa diri yang lara..(poyo je ayat..huu)..


Seminggu tinggal dengan opah memang best. Nak apa, semua dapat..atau lebih tepat lagi, nak makan apa, semua opah buat.huhu..


Antara makanan yang aku sebut, dan opah terus buat : Serunding ayam, Agar-agar kentang special, kuih gedik. Tahukah anda apa dia kuih 'gedik'? hahahaha..


Kuih gedik, atau disebut kuih kosui dalam bahasa kampung. Dibuat dari tepung gandum dan ubi, dengan gula merah. Dinamakan 'gedik' oleh opah kerana kuih ni suka 'goyang-goyang' atau 'gedik-gedik' bila disentuh..huhu
Tapi memang sedap kuih 'gedik' ni. Sape nak cuba, boleh la. Terutama Jamilah.hehe...


Opah seorang yang kuat! Sangat kuat dan rajin. Tak boleh duduk diam. Kalau nak diikutkan usianya yang dah menjangkau 74 tahun, sepatutnya, kena duduk berehat. Opah aku masih boleh kopek bukah kelapa menggunakan cara tradisional, masih lagi bersemangat kukur kelapa, masih lagi boleh mnjahit dan menyulam baju, telekung dan sebagainya. Alhamdulillah, opah masih lagi diberi kekuatan oleh Allah.


Aku sangat kagum dengan opah. Walaupun opah orang kampung dan susah asalnya, tapi usaha dan semangatnya yang besar telah membuahkan hasil dan menjadikan dia senang sekarang. Opah sangat berfikiran positif!! dan futuristik. 


Oh,,sayang opah!!! Mmmuuahh!!



Friday, June 25, 2010

Sebulan jer???


 Bismillahirrahmanirrahim...

Aku dapat ni dari email seorang sahabat. Jom kita cakna hal ehwal ummah. Jika kita sebagai Muslim masih buat tidak tahu, nak tunggu siapa lagi??

KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN
1 - 31 JULAI 2010
 
 
"Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin..."
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
 
 
 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

"Kempen Boikot Demi Palestin" dimulakan dengan harapan lebih ramai yang akan memulakan langkah awal memboikot barangan, jenama dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel.
 
Misi utama adalah untuk membantu Palestin
Matlamat kempen ini ialah memberi informasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut :

(a) Syarikat yang membuat/mempunyai pelaburan besar di Israel.

(b) Syarikat yang menyokong Israel melalui badan-badan pengurusan/kutipan dana Yahudi yang mana dana tersebut digunakan pula untuk pembangunan dan kemakmuran Israel.

(c) Syarikat yang menaja program-program anjuran Israel seperti majlis penganugerahan dan sebagainya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa kempen ini diwujudkan 
BUKAN untuk memboikot Yahudi secara keseluruhannya, tetapi memboikot kekejaman ZIONIS ISRAEL.

Kempen Boikot Demi Palestin tidak memaksa pengguna untuk memboikot produk, jenama dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kempen ini memberi informasi-informasi yang dinyatakan di atas, namun hak kepenggunaan adalah terletak di tangan pembeli/pengguna.

Kita sudah sedia maklum, sungguhpun kempen memboikot Israel ini telah lama wujud di seluruh dunia, ramai daripada kita tidak mengendahkannya sedangkan terdapat alternatif bagi produk-produk tersebut. Tahun demi tahun berlalu, kita masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk melaksanakannya.

Sehubungan itu, KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN diwujudkan dan buat julung kalinya akan berlangsung selama SATU BULANbermula dari 1 JULAI 2010 - 31 JULAI 2010.

Ya, SEBULAN sahaja! Tidak mungkin ia seberat mana untuk kita laksanakan!

Usaha ini diharapkan dapat memberi peluang dalam melatih keprihatinan kita terhadap usaha menghapuskan kekejaman dan penindasan
Zionis ke atas Palestin.

Kami tidak memaksa anda menyertai kempen boikot ini tetapi penglibatan anda adalah amat besar maknanya bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di 
Palestin.
 
DEMI PALESTIN!
Kami tahu ianya sukar. Jadi, mari kita bertatih dahulu. Mari kita mulakan perjalanan langkah demi langkah. Dengan semangat yang ada, usaha memboikot 
SATU BULAN mungkin boleh dilanjutkan lagi di masa hadapan. AMIN!

Misi ini amat penting setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Ingat, 
SATU BULAN sahaja tempohnya! Mustahil kita tidak mampu melakukannya!

Tugas penting anda ialah menyebarkan maklumat mengenai kempen ini agar lebih ramai yang akan menyertainya. Poster kempen ada disertakan (format PDF). Anda boleh 
forward e-mel kempen ini. Mudahan ia akan terus tersebar.

Kami mengucapkan 
terima kasih di atas keprihatinan anda. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menyertai kempen boikot bulan Julai ini, syabas diucapkan!
 
Di antara produk/jenama/syarikat perlu diboikot ialah :
McDonald's
 
Starbucks
 
Timberland
 
Motorola
 
Nokia
 
Produk The Coca-Cola Company
(Aquarius, Cherry Coke, Coca-Cola Classic, Coca-Cola Light/Diet Coke, Fanta, ShiZen, Sprite, Vanilla Coke dll.)
 
Produk Nestlé
(Milo, Nescafé, Koko Krunch, Cookie Crisp, Cerelec, Nestum, Gerber, Fitness (Fitness & Fruit dll), Corn Flakes, Cheerios, Nestum, Nesvita, Smarties, Crunch, Kit Kat, Coffee Mate, Neslac, Nespray, Häagen-Dazs, Drumstick (aiskrim), Maggi, Buitoni, Perrier dll.)
 
Produk Kimberly-Clark
(Huggies, Kleenex, Kotex, Poise, Scott dll.)
 
Produk Sara Lee Corporation
(Ambi-Pur, Brylcreem, Kiwi Shoe Care, Pickwick Tea, Ridsect dll.)
 
 
Mengapa produk-produk ini perlu diboikot?
 
Informasi lanjut berserta rujukan boleh diakses melalui :


Terima kasih atas keprihatinan anda dan
SELAMAT BERJUANG KEPADA KITA SEMUA!!

~ Ketahui produk-produk lain yang perlu diboikot di Blog Kempen iaitu http://www.boikotdemipalestin.blogspot.com dan melaluihttp://www.inminds.com/boycott-israel.php
~ Kongsikan informasi mengenai produk-produk alternatif di Blog dan Facebook Page kempen.


:: Team Kempen Boikot Demi Palestin ::