Friday, December 3, 2010

Transformasi Ulul Albab



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih hidup dalam Islam hari ni.
Alhmadulillah masih berpeluang merasai nikmat kasih sayang Allah.
Alhmadulillah Allah masih beri aku peluang untuk berubah dan buat persediaan untuk mati.
Alhamdulillah..

Pagi tadi sempat tengok sekejap Tanyalah Ustaz..tajuknya hari ni "Transformasi Ulul Albab" disampaikan oleh Doktor Danial Zainal. Aku sangat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Doktor a.k.a Ustaz.

Ciri-ciri Ulul Albab ada dua. ZIKIR dan FIKIR. Kiranya, sesiapa yang nak mencontohi Ulul Albab ni, kena selalu mengingat Allah, dan juga kena selalu mengkaji dan berfikir. Kata Ustaz, berzikir bukan bermaksud menggerakkan jari dengan tasbih semata, tetapi semua perkara yang dibuat dengan mengingati Allah juga adalah zikir. Dan Solat 5 waktu adlah kepala sekala zikir. Tidak ada gunanya kalau orang tu asyik bertasbih dan tahlil, tapi solat 5 waktu tak cukup. Solat adalah asas, dan zikir adalah sokongan pada asas tadi.

Berzikirlah..Solatlah...Ingatlah Dia dalam hatimu..

FIKIR.

"Berfikirlah perkara-perkara yang besar, bukan yang remeh temeh. Kajilah alam. Kajilah apa yang ada disekeliling kamu. Kesempurnaanya akan membuatkan kamu yakin yang There is the God!"

Tambah Ustaz lagi...gunakan akal yang diberi sebaiknya.  Kita sudah diberi satu model dan modul yang cukup hebat..iaitu Al Quran Al Kariim. Tidak perlu lagi mana-mana idola aatau tokoh untuk dicontohi. Kadang-kadang kita tidak sedar, yang kita memuja manusia yang banyak masalah dan dia juga bergantung pada Allah. Sama-sama lemah macam kita. Kita puja orang yang lemah. Kenapa tidak kita puja Allah semata? Itu sudah cukup.. Jadikanlah model dan modul ini sebagai guidance kita. Cukuplah hanya ALLAH, AL-QURAN, dan SUNNAH NABI kita..

Ohh..hati aku melayang-layang happy dan syahdu dengar ceramah ustaz tadi...huhu. Cara penyampaian ustaz juga senang difahami sebab beliau bawak contoh yang dekat dengan kita. Bagi aku, Doktor Danial ni adalah contoh a'lim profesional yang terbaik dan terhampir dengan kita.

Sama-sama kita ZIKIR dan FIKIR..