Sunday, August 29, 2010

Di Sebalik Cik Cumi

Bismillahirrahmanirrahim..


Saja tangan terasa gatal-gatal dan terus menaip keyword CUMI pada MrGoogle..
Teringin nak tahu ada maksud lain tak CUMI tu..huhu...


Dan ternyata keputusannya amatlah mengejutkan dan melawakkan!!..huhu.. CUMI itu adalah nama lain bagi...

 Jangan cuba makan CikCumi...



Cumi-cumi adalah kelompok hewan cephalopoda besar atau jenis moluska yang hidup di laut.Nama itu Cephalopoda dalam bahasa Yunani berarti "kaki kepala", hal ini karena kakinya yang terpisah menjadi sejumlah tangan yang melingkari kepala.Seperti semua cephalopoda, cumi-cumi dipisahkan dengan memiliki kepala yang berbeda. Akson besar cumi-cumi ini memiliki diameter 1 mm. Cumi-cumi banyak digunakan sebagai makanan
 

Itulah dia CUMI-CUMI..huhu...

Dan CUMI juga adalah nama sebuah syarikat yang mengusahakan perniagaan internet...Macam pelik je kan..Tapi ini bukan tipu. Nama penuhnya adalah Carborundum Universal Limited(CUMI). Aku rasa ni laman web orang India kot, coz alamat web dia www.cumi-murugappa.com. bawah Murugappa Group.. India pon India la..huhu. Ni ada screen shot laman webnya..

oh..murugappa...huhu



Dan yang terakhir, Cumi & Ciki. Ingat lagi, waktu kecik-kecik, jiran selalu panggil aku cumiciki. Kenapa entah. Agaknya memang dah sinonim kot Cumiciki tu. Macam nama kucing pon ada sebenarnya.haha..
Tapi sebenarnya kat Malaysia ni, nama Cumi & Ciki ni depa buat jadi komersil tau.( bangga siki..haha)

tadi sotong, skarang 2 ekor monyet.

Yang pasti, CikCumi adalah manusia hakiki. Laman web ni berkisar tentang travelling. Semua pasal trevel dia bleh bagi tau. Macam makanan, budaya or anything pasal negara luar dia muatkan kat situ. Bolehla nak tengok2 eh. Dan yang paling penting Cumi & Ciki dalam laman web tu sangat comel..ngee...

Apa-apa pun, sejarah panggil Cumi hanya mak dengan ayah yang tahu. Sebab ila tanya je, jawapan yang aku dapat adalah "sebab kamu suka makan cumi/sumi". Benarkah? huhu..

Dari meja study CikCumi
Ruqayyah IIUM

Wallahu A'lam




Lailatul Qadar

Bismillahirahmanirrahim...

Baru nak tercari-cari dalil2..
Baru terasa perlu bersedia...
Baru google sana google sini...
Semuanya baru sekarang..

Kenapa? Adakah kau tidak meletakkan ianya di tempat yang teratas dalam kehidupanmu? di manakah prioritinya dalam hayatmu?  Adakah dia sama seperti malam2 yang lain? Oh...ampunkan aku Rabbi...

Aku sedar akan kehadirannya..Dan aku rindu sekali untuk mendapatkannya....Sangat rindu..
Berilah aku peluang Ya Allah...Sampaikanlah rinduku ini padanya..

aku tahu, seharusnya persediaan mesti dibuat sebelum Ramadhan lagi..jika mahu bertemu dengannya...
Walaupun begitu, aku tidak akan putus asa Ya Rabb, aku tahu kasih sayangMu sangat luas, dan Kau akan
mengabulkan doaku..

Terimalah aku sbg tetemuMu Ya Allah..
Terimalah aku..aku rayu..
aku mohon setulus-tulusnya dari hati yang penuh dengan dosa ini...

Saturday, August 28, 2010

Fatrah imtihan

Bismillahi walhamdulillah...

Seronoknya weekend!!! dapat rest kat bilik.. huhu...tapi next week ada  few exams.
Wahai CikCumi..kena buat betul-betul exam kali ni..jangan buat main-main.. Ingat, walaupun tak semestinya orang yang pointer tinggi itu bagus, tapi Pointer yang tinggi itu menunjukkan yang kita benar2 bersungguh-sungguh dengan ilmu Allah. Kita benar-benar faham akan ilmu yang kita belajar.

Saja nak share...my opinion..

Aku sangat-sangat tak setuju dengan pendapat certain student yang --terlalu 'gila' dengan pointer tinggi untuk dapatkan kerja dan sanggup abaikan aktiviti kerohanian..-- dan aku juga sangat-sangat tidak setuju dengan --sikap student yang menganggap pointer ini bukanlah apa-apa disebabkan Allah mengira amalan dan ibadah kita--.

Dua-dua tak betul.
Pointer itu bukan matlamat utama kita..tapi ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan oleh seorang pelajar dan muslim.

Ada sesetengah yang sangat gila study untuk dapatkan pointer yang bagus. Ya..itu memang sangat Allah suka, seperti mana kita tahu, Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu.. Tapi kegilaan untuk mendapatkan pointer tinggi menyebabkan student tidak bersosial, tidak berminat dengan aktiviti keagamaan yang dianggap membuang masa, dll. Ini sangat menyedihkan..aku kira. Hati kosong...

Dan ada pulak yangs angat aktif dalam persatuan itu dan ini, usrah, dan semua gerak kerja Islam, sampai mengabaikan study. Alasannya, Allah tidak mengira pointer, tapi mengira amal soleh kita...ahhh..ni lagi satu pandangan yang aku tak berapa berkenan.. Ya betul..baguslah snaggup berkorban utk gerak kerja Islam. Tapi ingat, macam mana Islam nak maju dan berkembang, kalau kita tak ada orang-orang yang intelektualnya tinggi?  Islam takkan menang kalau kita bekerja sahaja tanpa ilmu.

Dalam makna kata lain..(lama da tak guna ayat ni)...

Dua-dua kena bergerak seiring...dua-dua sama penting... dua-dua kena hebat...

Mad'u akan lebih mendengar dan terkesan dengan percakapan orang yang berilmu dan soleh..

Ayuh Cik Cumi..!! jangan biarkan sejarah berulang!!huhu..
Ya Allah..yassiruni fil imtihaan..

2hb Sep 2010 - Mid Term Usul Fiqh
3hb Sept 2010- Mid Term Ulum Hadith & Sorof 2

mak..ayah..tolong doakan anakmu ni...

**************************************

Friday, August 27, 2010

Kepada 3 orang - SEMOGA TERUS KUAT!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Masihku gagahkan jugak jari-jemariku nak menaip, walaupun mata dah kuyu dan hampi-hampir terpejam. Aku nak sangat tulis benda ni kat sini. Harapnya aku tak akan lupa.

# Kejadian : Sepanjang Minggu ni
# Hal tentang 3 orang
# Semuanya pasal mainan cinta yang tidak halal

Kisah pertama, aku dikhabarkan tentang masalah adik sekolahku yang juga merupakan BADAR sekolah. Dia pernah ber'couple' dahulu, dan sekarang dalam fasa berubah sesuai dengan lantikannya sebagai BADAR. Sangat susah katanya.. Bekas 'couple'nya masih mahu teruskan hubungan yang tidak halal ni! Susah payah dia menolak!! dan menolak!! Kasihan adikku ni. Betapa aku memahami perasaan yang dialaminya. Sungguh-sungguh dia cuba membesihkan hati kembali..Aku sangat kagum dengannya.. Moga hidayah Allah terus bersama dia...

Kisah kedua, sahabatku sedang diuji dengan cinta selain Allah. Sedih aku memikirkan apa yang terjadi sekarang. Aku seperti tidak kenal dia lagi. Dia tidak lagi semesra dulu..Tidak lagi seceria dulu.. Aku rindukan dia yang dulu. Dia yang sangat2 menjaga semua muamalat dan ikhtilat.. dia yang begitu menjaga soal hati. Aku tahu, ini ujian buat dia, tapi aku sebagai sahabat dekatnya, wajarkah aku hanya MEMBIARKAN dia?? Aku tdak kuat Ya Allah..Aku tiada kekuatan untuk cakap direct hal ini.. Allah..lemahnya aku...
Ya Rabb, Kau kuatkan dia Ya Rahman.. Jangan Kau biarkan dia terus hanyut dibuai sesuatu yang belum pasti..

Kisah Ketiga, terdetk aku untuk menelefon seorang adik, yang juga peserta kem yang aku perah kendalikan dulu.. Aku bertanya khabar, study dia.. dan tanya juga jika ada masalah. Terus adik ni bercerita pasal CINTA MONYET yang sedang menghantui dia.. Pada hemat aku yang pertama, aku kira lelaki itu nampak macam ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan dia.. Tapi bila keluar satu statement mengejutkan dari adik ni...aku terus kata..

"hah! reject dia dik!! Tak mau orang macam tu, tak layak untuk adik! you can get better than him, sebab adik lagi  BAIK!!!!"

nak tahu statement adik ni? dia kata.." if dengan orang lain, dia main pegang je tangan pompuan, tapi bila denga adik, dia mintak izin dulu.."


oh..apakah? tak betul punya laki2...

SEMUANYA PASAL CINTA LELAKI. AKU TAHU IA FITRAH. DAN AKU JUGA TAHU ITU ADALAH SALAH SATU UJIAN ALLAH PADA DIA ...SABARLAH...KUATLAH....MUJAHADAHLAH...!! JANGAN BIARKAN DIRIMU TERUS LENA DENGAN BUAIAN PERASAAN YANG TIDAK PASTI...

AKU SANGAT SAYANG KALIAN...!!



YA ALLAH, THABBIT QULUBANA ALA DIINIK WA ALAA TO'ATIK..

Saturday, August 21, 2010

Masuk Fasa 2 dah

mujahadah dalam study pon perlu




Bismillahi walhamdulillah..


11 Ramadhan- dah masuk fasa kedua di bulan Ramadhan. Iaitu fasa Maghfirah.,.Sedar tak sedar, Fasa Rahmah sudah berlalu.sekejap sangat rasanya...dan sekarang ,dah masuk fasa 2...Ya Allah, bagaimana amalanku dalam 10 hari yang lepas..Ku akui, banyak lagi yang aku perlu tingkatkan terutama bahagian qiyam...Allahu Allah..


Ayuh wahai muslimin di luar sana, jangan  biarkan Ramadhan ini berlalu tanpa kita cakna sedikit pon, inilah peluang kita nak islah diri dari segi ibadah dan akhlak..perelokkan ibadah..sempurnakan akhlak..bersihkan hati.. jika perlu, minta diganti dengan ahti yang baru.. ambil peluang ini untuk bermujahadah habis-habisan.. mudah-mudahan dosa2 kita diampunkan...


sebagaimana ahadis Rasulullah saw, barangsiapa yang melalui Ramadhan dengan penuh hisab dan insaf, maka dia akn keluar dari bulan ramdhan dengan keadaan yang bersih dari dosa..Allahu Akbar..
Cma 30 hari sahabat2..usahalah sedaya mungkin....


Carilah biah yang soleh untuk memudahkan kita terus istiqamah dengan mujahadah... Carilah demi keredhaan Allah..

Thursday, August 19, 2010

Malas jumpa orang

Sejak akhir-akhir ni rasa macam tak nak jumpa orang.huhu..Maaf sangat-sangat, kesian kat Jamilah dah banyak kali ajak ifthor. Serius bukan taknak..tapi kenapa entah..no reason..huhu

Tak baik kan? Macam nak memutuskan silaturrahim. Macam buang semua orang dalam hidup. Entahlah, sejak akhir-akhir ni, sensitif sangat dengan orang. Cepat bebenor terasa. Apa yang terasa sangat entah. Hati tu tak berapa besor nak berlapang dada dengan apa yang jadi. Astaghfirullah...

Maybe sebab takut diri terasa lagi, aku pun dah malas nak jumpa orang.huhu..Tambahan pulak lagi, aku bukanlah seorang yang sabar dalam melayan kerenah orang, especially yang manja-manja dan cepat merungut.. Maaf semua...Ya Allah, apa nak jadi ni dengan aku ni. Padahal aku tahu, orang yang bersabar dengan kerenah sahabatnya, dia akn dapat pahala.

Aku cuba tersenyum dan tersenyum bila sth happened. Dan cuba lupakan apa yang dah jadi. Ya, ia memang berhasil! Aku kekal seperti biasa seolah2 tiada apa yang sakit.. dan akhirnya,BOOM!!! meletup.huhu

Peringatan buat Ainul Salasiah, ingatlah, kamu hidup di dunia bukan seorang. Kamu harus jalinkan hubungan baik dengan sahabat2. Jangan egois. Kadang-kadang, untuk membina ukhwah yang baru, kena korbankan perasaan sikit (betulkah??huhu )..

Entah apelah merapu..

Astaghfirullahal azim..

Monday, August 16, 2010

Nak balik ke tak..

Nak balik ke tak?

Ayah balik..
Buyong balik..
Amin tak balik..

Nak balik ke tak?
Tiket tren tak beli lagi..
Malas nak pergi beli..tapi nak balik..

Balik buat ape? Bukan study pon..
Cuma seronok2 buang masa  dan duit kat rumah..huhu

Nak BALIK KE TAKKKK?

Ha..K.teh?

DEAN LIST VS. DEEN LIST

4 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dah 4 hari berpuasa. Cepat sangat hari berlalu, sampai tak sedar semakin hari semakin berkurang bulan penuh rahmat ni. Dan aku masih belum benar-benar manfaatkan sebaiknya peluang yang datang hanya sekali dalam hidup ini.

       Hari ini Allah gerakkan aku untuk bertarawikh di surau Mahallah Asiah. Bukan tak nak solat di Ruqayyah, Cuma mahu rasa tarawikh di berlainan tempat. Sangat seronok bila tengok muslimat yang jadi imam, dan juga tazkirah yang diberikan sangat menyentuh hati. Mungkin kerana disampaikan dalam Bahasa Melayu, maka ‘zouq’ tu lebih sikit berbanding dengan surau Ruqayyah yang sampaikan tazkirah in English. Maklumlah Mahallah kongsi dengan foreigner.

Satu kata-kata (dah olah sikit, sebab dah lupa) yang terkesan dalam hati aku masa tazkirah tadi..:
“kita manusia ni, boleh set high target for exam and academic, dan nak achieve DEAN LIST. Tapi, kita lupa nak set satu lagi benda, iaitu matlamat kita ke syurga Allah, dan tak pernah nak setkan untuk mendapat DEEN LIST. Tak malukah kita dengan Pencipta kita yang tahu apa yang kita segalanya pasal kita? ”
“DEAN LIST vs. DEEN LIST”

Yang mana pilihan kita? Kejarlah DEEN LIST, nescaya DEAN LIST juga kita akan peroleh…
Utamakan pandangan Allah,nescaya hubungan kita dengan manusia juga akan terjaga.. TAPI jika pandangan manusia yang menjadi pilihan, tidak semestinya Allah akan pandang kita..

Sama-sama uhasabah..Wallahu a’lam..

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan yang sepi untuk keluargaku



Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..( mahallah Ryqayyah dah ada wireless!!) sekali lagi diberi kesempatan dan peluang untuk rasai Ramadhan pada tahun ni. Syukur. Syukur. Syukur.. Ini adalah tahun kedua aku puasa kat UIA Gombak. Tiada apa yang membezakan antara tahun ini dan tahun lepas, cuma tahun ini aku lebih kesunyian dan kesepian.


   Sepi? Sunyi? Tak la sedih pun, cuma macam pelik je sebab kena bersahur dan berbuka seorang diri. Alah..macam tidak biasa kan? (memang tak biasa pon..waawaa..). Aku semakin kagum dengan percaturan Allah terhadap hidupku. Semua yang diatur untukku adalah terbaik dan mempnyai hikmah disebaliknya. Disebabkan dah selalu sangat sorang-sorang, jadi macam hati keras pulak. Bukan keras macam mana, cuma aku dah kurang menangis! Aku kan suka menangis tanpa sebab dulu, so bila dah sorang-sorang ni, main redah je dengan siapa pun, dan dah jadi TEGAR dan KUAT! yeyyyy!! Ala..nanti mati pun sorang-sorang jugak kan? huhu...


   Tapi kesian lagi dekat ayah. Ayah dah la kena tidur dalam pejabat, bersahur, berbuka, tarawikh, semuanya sornag-sorang. Tapi ayah tak complaint pon. Ayah senyap dan terus jalani kehidupan macam biasa. Mudah-mudahan ayah lebih dekat dengan Dia kerana hanya Allah yang boleh tenangkan hati ayah sekarang. Ya Allah, Kau lindungilah ayahku dimana jua dia berada...


 Emak pon sepi jugak. Ayah dah tak ada. Nasib baik jugak ada Aman dengan Belang. Ada jugak ornag tolong tengok-tengokkan mak. Sekarang ni Aman pergi dan balik sekolah naik bas. Dan kemungkinan besar dia tidak pergi tusyen sebelah malam. Tergelak juga aku mendengar dia kena keluar rumah jam 6.50pagi untuk menunggu bas. Selalunya, jam macam tu, baru nak solat Subuh. Takpelah dik, moga kamu jadi lebih kuat lepas ni..em..Hebatkan percaturan Allah? Semua dah dirancang dan Dia tahu yang kami semua boleh lalui semua ni. Dan semua ini adalah terbaik untuk kami. AllahuAkbar!!...



 Emm..adik-beradik yang lain pon sama. Abang di tengah laut, k.teh jauh di tanah India, Buyong di bumi USIM, Amin dekat Ipoh. Amin kena balik sendiir la jawabnye..huhu. Tak boleh nak manja-manja dah.. Allah je lah yang jaga mereka. Moga-moga semuanya baik-baik belaka. Sangat rindu kat abang!! k.teh! Amin! Kat buyong tak rindu sangat., sebab baru jumpa..huhu..




  Perancangan Allah itu Maha Hebat. Kadang-kadang kita tidak sangka pun, tapi Dia Maha Mengetahui. Kadng-kadang, apa yangkitya benci itulah terbaik untuk kita, dan kadang kala apa yang kita suka mungkin banyak bawa masalah pada kita. Sesungguhnya ini adlah TARBIYAH RAMADHAN DARI ALLAH.
SYUKRAN YA ALLAH...


mode: rindu kat abang dan k.teh..


Wallahu a'lam.




  





Friday, August 6, 2010

Fasilitator : Sementara sahaja

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku sangat suka melibatkan diri dalam program-program berkaitan motivasi, muhasabah, dan keagamaan. Atau lebih tepat lagi program yang ada kanak-kanak! Sangat suka sebab kana-kanak sangat comel dan jujur! Mereka tidak pandai menipu dan sering mengatakan apa yang terlintas dalam hati. Berbeza dengan orang dewasa yang sudah pandai 'menipu'..huhu..

Aku pernah terfikir nak mempunyai kareer di dalma bidang ini. Aku tidak kisah kalau orang cakap ianya tidak akda kaitan dengan krsus yang aku sedang ambil sekarang. Apa yang aku tahu, aku ambil Bahasa Arab memang nak belajar bahasa, dan bukan berita-cita untuk mempunyai kerjaya bersangkut paut dengannya, tapi kalau dah rezeki, ok jugak..hehe...

Ada orang kata, bukak konsultan ni kerja tak menentu dam tidak menjamin. Ya, aku akui. Tapi minat aku dalam bidang ini lebih besar berbanding kerisauanku tak ada kerja tetap nanti.huhu.. Nak buat macam mana kan, semua benda yang aku minat tidak terlalu menjamin maasa depan/(itu kata orang..bagi aku, siit pun tak)..
Rezeki Allah tu, ada kat mana-mana, Aku usaha buat apa yang aku minat,i help people to understand religion, then Allah will help me..

Yakinlah dengan itu..
Kerjalah apa pun, yang peting ianya kerja halal dan kamu bahagia dengannya. dan pastikan kerja kamu itu tidak menjauhkan kamu dari Allah Subhanau Wataala...

Wallahu a'lam.

mode: ngantuk dan letih seharian dalam tren.Petang ni akan bertolak ke sekolah, ada program BADAR sekolah dan aku sebagai fasilitator. Sangat-sangat teruja.Harap-harap dapat belajar lebih banyak lagi..

Wednesday, August 4, 2010

Bahagia dalam kesibukan

Bismillahi walhamdulillah..

Rindunyaaa kat internet!!huh.. Boleh ke rindu kat internet? macam tak betul je. Tapi itu la yang aku rasa bila hampir seminggu tak cek email and write post. rasa cam ada yang tak lengkap.Huhu..

Rasa puas sangat bila dapat baca paper sket, tengok2 harakahdaily.Bukannya kat uia tak de paper, tapi semuanya BH dan Utusan. mana mungkin dapat baca harakah kat UIA. Memang dah buang tebiat la tu.
Pastu, lagi rasa puas bila dapat baca blog orang2 yang terdekat dengan kita..macam blog jamilah, k.teh, tak kurang jugak blog "faberet " ust hazrizal n ustaz syaari...Rasa legaa..rasa terisi.

Since masuk Gombak ni, tak lah busy pun. Cuma busy dengan gerai MC yang tak berhenti-henti. Habis seminggu, sambung lagi, dan sambung lagi. Memang best jaga gerai! Boleh jumpa macam-macam kerenah orang. Ada yang tengok sekali terus beli, ada yang tanya macam-macam, tapi tak beli pun. Ada pulak yang belek-belek, senyum, belek lagi, then terus jalan je. Macam-macam boleh belajar. ( lagi satu, aku pun memang minat niaga!)

If nak compare semester ni dengan semester lepas, aku rasa lebih bahagia semester ni. Semester ini lebih tersusun, dan aku buat apa yang aku suka dan mahu buat..But sometimes, we have to do the works because we have to...rite?? en..Even aku rasa macam dah hilang seseorang sem, ianya tak mmbuatkan aku tempang dan jatuh. Semuanya Allah dah susun, dan aku amat-amat bersyukur dengan apa yang berlaku.

Apa la sebenarnya poin aku ni. Tulisan pun dah tak teratur sebab lama sangat tinggal.
 Apa-apa je lah. Wassalam.