Tuesday, September 28, 2010

Terkesima

Bismillahirrahmanirrahiim...

 A      : Em, ana nak cakap sesuatu ni..
 M     : Apa dia?
 A      : lepas bincang2, kami nak mintak anta bertanding tahun ni..boleh?
 M     : Em, ini arahan ke cadangan?
 A      : Arahan.
 M     : Ok.Insya Allah..

 A     : Kenapa anta terus terima?
 M     : Ini kan arahan. Dan ana kan ahli. So ana wajib ikut.

Aku suka. Aku terkesima mendengar cerita Amin Idris ini. Sangat suka. Aku termotivasi!! Syukran Ya Allah, lembutkan hatiku....

Status : Aku tak rasa nak balik dah...hehe

Monday, September 27, 2010

Celaru

Bismillahirrahmanirrahim..

Memang celaru. Apa yang celaru? Hati aku. Emosi aku. Study aku. Semua dah celaru. Semuanya gara-gara terlalu mengiku mainan syaitan dan emosi aku yang NAK BALIK!! Memang parah. Baru 13 hari dalam UIA, dah rasa macam tak seronok. Seingat aku, paling lama aku pernah duduk UIA adlaah selama sebulan, atau 5 mnggu, itupun masa kat matrik.

Tapi dekat gombak ni, rasa-rasanya, 3 minggu je paling lama. Masuk minggu ketiga tu, otak dah mula tak betul, emosi pon ntah jadi apa. Semua gara-gara kepingin nak tengok muka mak dengan ayah. Kalau ikutkan, balik selalu ni bukannya elok pon, dah la membazir duit, balik rumah tak buat apa pulak tu. Tapi yang bestnya, boleh sembang2 dengan mak! Ngehngeh...

Kenapalah Kelas Leadership ni hari sabtu, kan tak boleh nak balik.huhu.. dah la minggu ni Kteh balik, tak dapat jumpa pon, entah bila nak jumpa..Nak baaalliiik!!! Kelas leadership sampai 23hb Oktober, Exam 30 oktober..Adoyaaiiii..bila nak balik ni...

Dah tak ada mood dah ni..

Ok. Stop. Cukup.

Aku datang sini nak belajar hidup. Belajar ilmu. Belajar segalanya.

Aku ada matlamat kat sini. Cukuplah itu.

Aku ada Allah, kenapa nak sedih-sedih kalau selalu alone? No point!!!!!

Kalau aku berterusan macam ni, macam mana bila dah kerja nanti? or bila dah kahwin nanti?? huhu..tak ke celaru dengan suami. Asyik nak balik kampung je..

OK!!! SAYA TAK NAK BALIK, DAN TAK RASA NAK BALIK PON. SAYA TAK KISAH DUDUK KAT SINI SORANG-SORANG, SAYA SUKA STUDY DEKAT SINI, SAYA SAAAYAANG UIA!!!!

HABIS.

Saturday, September 25, 2010

Mulut Murai

MULUT TEMPAYAN

Susahnya nak jaga mulut...

Bukan mulut..tapi nak jaga percakapan...

Sukarnya nak jaga rahsia..

Apa perlu buat kalau kita terbongkarkan rahsia orang dekat orang lain??

Macam mana nak mintak maaf??

Monday, September 20, 2010

Khas Untukmu -Zulhusni

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan Salam atas Baginda dan seluruh ahlul Bait dan para sahabat..

Sebenarnya dah lama nak post entri pasal "kejadianaaa" hari tu. Tapi kononnya terlalu mengadap laptop buat assignment dan baca buku..(poyonyer ayat,,huhu..padahal tengok Detektif Q..haha)

Akhirnya..tertulis jugak..

Jumaat- 17 September 2010.

Kepada K.husni...

Serius, parti awal yang asalnya untuk mengejutkan kami telah bertukar menjadi k.husni yang mengejutkan kami..huhu..sungguh sadis..

Serius k.husni,

-memang kami tak bercadang pun nak pergi Giant petang tu, Bib ajak dalam pukul 4.45 petang macam tu..

-memang plan tak bagi k.husni ikut..hahha(walaupon k.husni nak ikut jugak!)

-memang TERKEZUT sangat2 kena "kejutan" k.husni menyapa ainul di Giant!!! Dah lah kejutkan orang dengan penuh ceria pulak tu, dan tanpa rasa bersalah! Kalaulah K.husni tahu betapa cuaknya hati masa tu.. nasib baik time tu tengah cari barang peribadi..tak delah terbocor rahsia...dan lepas tu, sedaya paya tak nak bagi "tertembung" dengan k.husni... SERAHKAN K.HUSNI pDA JAMILAH..hehe.. maap ye Jamilah..

-Lagi satu, kami semua tahu K.husni marah dan geram masa kat Giant, sebab ambil beg k.Husni..hehe..sebab kami nak ambik kad diskaun beli kek...(hahahah...gelak jahat!!)

- lagi satu kejutan buat kami yang sedang merancang, bila K.husni bawak Jamilah balik bilik K.husni!! Kenapa la bawak Jamilah g bilik K.Husni.. Dah la jAmilah tu tak bawak telefon..huhu..aaa sudahlah...

tak pasai2 kena jugak telefon k.husni pura2 tak tahu jamilah kt mana..dan akhirnya dapat cakap dengan Jamilah...hahaha

-maka semuanya berjalan lancar..kami setia menunggu..
Tapi kesian dekat Jamilah sebab kena bawak k.husni balik ke sayfiyyah..hehe..dan kesian jugak k.husni tak dapat makan bihun sup Asma'...Maafkan kami .K.husni...Sorry ye Jamilah...

-Maka setelah hampir sejam menunggu di Sayfyyah..hehe...
Tiba-tiba, Rokiah dapat mesej ...dan rokiah kata."ok, K.husni nak datang pondok dah.."
"Jom menyorok!!"
dan setelah beberapa minit menyorok... "Mana K.husni ni..." k.Ain dan Mas mula bertanya...
"A'ah..takkan sesat kot...huhu"

Tiba-tiba...
K.husni telefon rokiah...Tak sampai 1 minit bercakap...dan…..

K.HUSNI DATANG KAT TEMPAT MENYOROK KAMI!!! SIAP TANPA RASA BERSALAH LAGI!!!

WAAA...WAA...WAAA~
TAK ACI...DIA YANG KEJUTKAN ORANG!!!! hhuhuuhuhu...
DAH 2KALI DAH…huhu

Dan bermulalah majlis yang meninggalkan kenangan manis buat kami..~~~


Sanah Helwa ,Khusni...
Happy Birthday....
Moga sentiasa dibawah rahmat Allah...
Senyum selalu...
Sayang K.husni Fillah..

Terima kasih Semua..Bib, Jamilah, Rokiah, K.ain, Masthura Sahamuddin..
*banyak yang aku belajar malam tu..terima kasih semua.kalian terbaik!!!

Wednesday, September 15, 2010

Aku Bukanlah Penuntut Ilmu Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku bukanlah penuntut ilmu yang baik...

aku tidak rajin beranyakan soalan pada pensyarah jika ada yang tak faham..

aku tak rajin ulangkaji pelajaran bila dah habis kelas..

aku tak rajin buat nota..

aku tak amal apa yang aku dapat..

aku tak kongsi dengan sahabat-sahabat..

Macam mana nak jadi hebat, kalau nak membaca buku pun susah?

JOM BACA BUKU!!! JOM HAYATI ILMU!!!

Allahumma yassir wala tu'assir..

Tuesday, September 14, 2010

Kembali Berjuang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Sampai jugak ke UIA dengan ramainya orang naik tren. Semuanya nak balik ke universiti, kerja, rumah dll. Ha..sedikit perkongsian, masa tengah tunggu tren datang tadi, aku berpeluang tengok Electric Train Service (ETS) secara direct. Lawa sikit berbanding tren biasa, kerusi dia cantik ada bunga2, pintunya automatik, (bukan macam tren biasa yang gunakan pintu yang berat..huhu).. nampak lebih ekslusif gitu.. Dan sebagai penumpang KTMB yang tegar, aku nak jugak naik ETS tu sekali. ngee... Masalahnya, tren tu dai Ipoh-KL-Ipoh je.. dan mahal plak tu.huhu...tapi takpela cepat sikit kan...takpe2..tunggu kau ETS...

Sampai Mahalah Ruqayah dalam 6.45 ptg. Dengan semangatnya, bukak pintu bilik, dan "tick" aku tekan lampu bilik. Dan ...gelap... tiada satu cahaya pun. Huhu..Tahulah aku, tak da letric kat blok aku tu. Bergelap la aku..
Nak dipendekkan cerita, masa nak ambik wudhuk untuk Solat Isyak (kat water cooler..takut nak gi toilet..hehe), Jumpa 2 orang sister ni, dia nak report kat Pak Guard. maka aku pun berkata:
 "haa...bagus2..pegilah report..saya tunggu."
Bukan nak pergi sekali,ngehngehngeh..

Dengan kuasa Allah, dan bantuan Pak Guard tu, dalam masa5 minit pastu, maka tereang benderanglah bilik aku, dipenuhi cahaya!!! Yey!! Alhamdulillah..

Ok. Habis.

Sekarang,

-tinggal 5 hari je lagi nak buat assignment.
-tinggal lagi 5 hari je lagi birthday k.husni...nak bagi ape ek? (k.husni nak apa?huhu...)
-tinggal lagi 6 hari nak exam Nahw.
-berapa hari lagi entah exam Jahili.
-dan 5 hari ni jagak nak kemaskini semua nota.

Boleh ke? Sempat ke? kuang2...

Dan hari Sabtu, ada ganti kelas "Leadership Skill" disebabkan tak buat masa bulan puasa. Jadi. kelas sabtu ni dari pukul 8-1 kot..huhu...lama giler..dah la tak best sangat kelasnyer...

Sabor jela..
Ainul..kamu kena biasakan diri campur dengan macam2 orang..faham ragam orang..!! Chayok!!

Wednesday, September 8, 2010

Siapa kita nak menghukum?



Bismillahirrahmanirrahim..

Hakikatnya, kita bukanlah sesiapa untuk menilai seseorang,lebih-lebih lagi menghukum, baik dari segi akhlaknya, amlannya, pakaiannya, things he/she should do, things dont's..kita tak layak langsung. Sikit pun tak. Kita tak tahu apa niat dalam hati individu itu, sama ada ikhlas ataupun riak, jujur ataupon sedang bohong, betul-betul atau pon main-main. Semua kita tak tahu. Hanya Allah yang tahu.

So who are we to judge people? We know nothing about others!

Kita tak layak pon nak cakap yang orang yang tak bertudung tu, or pakai shorts confirm akan ke neraka.

Kita tak layak sikit pon nak assume yang sume bertudung labuh,berserban, berketayap and so on gerenti akan masuk neraka...(nauzubillah...)

Siapa kita nak tentukan orang pakai tudung labuh kena jadi baik depan sume orang, jaga akhlak, kena berdakwah spanjang masa, tak boleh buat silap bla bla bla....  Siapa kita? Semua tu wajib atas semua orang, bukan hanya pada orang yang pakai tudung labuh!

Siapa kita nak judge yang orang pakai rock2 ni mesti akhlaknya begitu..begini..bla bla bla... TAK SEMESTINYA..
Ada cerita dari Ustaz Fauzi. satu malam, ustaz bertarawikh, dan berdiri di sebelah mamat yang pakai baju ntah pape, pakai jeans, rambut pon rock je,(tak macam nak mengadap Allah)..tapi bila Imam baca ayat Quran, dia SEBAK, dia menangis bila disebut ayat azab dan neraka!! Itu dia..
 Bagaimana dengan kita yang berpakaian sempurna untuk solat..adakah kita rasa zouq yang sama? Hanya Allah yang Tahu...


Kita tak layak pon nak cakap yang orang ni tak bertarawikh sebab malas..

"Dia tak datang usrah sebab malas"
"Dia tak datang kelas sebab bla bla"
"Dia tak balik rumah sebab bla bla bla"
"Dia itu ini itu ini bla bla "

JANGAN SUUZZHON.


Sebenarnya, aku bukannya nak menggalakkan kita semua ni pakai rock2 or singkatkan tudung..TAK!.. Pakailah sesuai denagn ajaran agama. Pastikan diri kita settle bab pakaian dan menutup aurat. Biar sesempurna mungkin.

Point kat sini, kita bukanlah sesiapa  nak tentukan begitu begini pada orang itu dan orang ini. ita tak layak. Allah tahu apa hamba dia buat, Allah tahu niat semua hamba Dia. Allah Arif tentang apa yang hamba Dia inginkan, dan hanya Dia tahu setiap pengakhiran hambaNya. Sama ada syurga atau neraka.

Ya Allah bersihkan hatiku, akalku..Jauhkanlah prasangka dalam diriku..

Harap2 tak ada tulisan yang menunjukkan emosi di sini. Kalau ada, maaf sangat-sangat.

Monday, September 6, 2010

Sangat terkesan dengan ni..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh, hati orang yang suci sahaja yang dapat sentuh hati-hati yang lain.. Kata pena seorang Umairah Shafei selalu mengusik hati kecilku. Selalu sangat. Dan ianya akan berakhir dengan tangisan!! Betapa jauhnya aku dari Dia!..

Aku quote sebahagian post Umairah. Boleh baca penuh di sini. Moga-moga kalian juga mendapat sesuatu..

Mulanya, ada rasa kecewa dan putus asa. Saya sangat sedih merenung hakikat saya lebih mendahulukan urusan dunia berbanding urusan akhirat. Menyuburkan cinta dunia dalam hati berbanding cinta akhirat. Saya rasa down yang amat, terutama minggu terakhir sebelum bercuti. Saya tidak dapat rasa zuuq beribadah seperti malam-malam pertama dalam Ramadhan. Perkara semudah menangis pun tidak mampu. Rasanya, ibadah malam juga hanya terisi dengan kantuk dan lelah. Sangat menyeksakan. Susah sekali mencuci hati pada waktu-waktu ini. Saya tak tahu sebab dan puncanya. Hati saya rasa sangat letih. Saya sangat penat melawan rasa “tak semangat” itu. Mahu saja putus asa. Rasa mahu pulang segera.

Itu dia..bagaimana dengan aku? Allahu Rabbi...

Sunday, September 5, 2010

Cerita K.Teh

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada pagi 26 Ramadhan yang indah..

Dengan keadaan mak sedang untuk buat kuih ketiganya..
Amin tolong mak...
Aman main Belang...
Buyong tengok bola..

Dan aku? kadang2 berulang ke dapur, dan kadang2 berulang ke depan laptop. Semuanya gara-gara k.teh yang ingin lihat muka kami semua melalui Yahoo Messenger.  Pada mulanya aku kurang yakin boleh buat, sebab laptop k.teh tak ada webcam.

Anara YM aku dengan K.teh:

Me    : tak boleh la k.teh...dia tulis " k.teh's configuration doesnt support your webcam"
K.teh: ala..nak tengok muke kome..
Me    : dah tu, nak buat macam mana. takpela..orang telepon je nak..boleh jugak..
k.teh  : orang tak ada mic la..
            takpelah..orang pergi beli webcam kejap kat bawah.
Me    : biar betul..haa...pegi la beli..

3o minit kemudian...

Tuut...tuut..tuutt....

Tib-tiba, kedengaran : "Cumi..angkatla...angkatla..dengar tak orang? nampak orang tak? "

Hah!! dan aku pon terus berlari dari dapur menuju ke laptop dengan excitednya..

"Mak,mak..ni ha k.teh!! nampak dia mak..cepat la..."

Dan berlangsunglah perbualan yang sangat sayu...

Kami :     "K.teh, kurusnya kamu..huhu..
               Nampak kamu, pakai baju putih...haha....
               Ni ha amin..buyong ....aman..."

K.teh :    "Hai mak..eh amin..kurus la kamu..
               hai buyong! Aman! Cumi!! tgk jerawat? haha...
               La...belang pon ada...!!Rindunya kat kome!!"

Kami :     "K.teh .ni kuih mak dok tengah buat...bla..bla..bla..."

Tiba-tiba, k.teh diam..tak bercakap apa-apa..nampak kedua tangan dia mengesat air mata yang jatuh berguguran..rindu barangkali....Allah..Sayu hati aku..Sebak sangat... Dapat kulihat dari anak matanya betapa dia rindukan kami. Kami juga rindukan kamu k.teh..Sangat rindu...

Dalam masa yang sama, aku lihat mak..Mak pon tengah HUJAN...huhu

Huuhu..sedih..Takpe lah k.teh.. Tak bermakna kamu tak balik raya, kami semua tak ingat kat kamu. Malah, raya tahun ni memang tak meriah pun dengan ketiadaan kamu dengan abang..

Apa-apa pun, all da best kat sana.

Salam sayang dari kami semua dekat sini...

Baarakallahu fiiki...

Rezeki Gedebuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Syukur sangat-sangat..
Tak sangka secepat ni Allah makbulkan doa aku..
Dan rasa-rasanya ini adalah first time aku doa macam tu..huhu..(macam pelik je kan ayat 'first time' tu)
Rasa macam tak pecaya dan mustahil..
Siapa tahu perancangan Allah kan?..

Kepada sesiapa yang masih ragu dan takut-takut untuk bersedekah, janganlah takut. Janji Allah itu benar. Dan semestinya Dia tidak akan meungkiri janjiNya. Dan lagi satu yang paling penting, semua yang kita ada skarang ni adalah milik Dia. Kita hanya PENGHUTANG..

Syukran..to che..Arigato,, Terima Kasih..