Friday, June 25, 2010

Sebulan jer???


 Bismillahirrahmanirrahim...

Aku dapat ni dari email seorang sahabat. Jom kita cakna hal ehwal ummah. Jika kita sebagai Muslim masih buat tidak tahu, nak tunggu siapa lagi??

KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN
1 - 31 JULAI 2010
 
 
"Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin..."
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
 
 
 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

"Kempen Boikot Demi Palestin" dimulakan dengan harapan lebih ramai yang akan memulakan langkah awal memboikot barangan, jenama dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel.
 
Misi utama adalah untuk membantu Palestin
Matlamat kempen ini ialah memberi informasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut :

(a) Syarikat yang membuat/mempunyai pelaburan besar di Israel.

(b) Syarikat yang menyokong Israel melalui badan-badan pengurusan/kutipan dana Yahudi yang mana dana tersebut digunakan pula untuk pembangunan dan kemakmuran Israel.

(c) Syarikat yang menaja program-program anjuran Israel seperti majlis penganugerahan dan sebagainya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa kempen ini diwujudkan 
BUKAN untuk memboikot Yahudi secara keseluruhannya, tetapi memboikot kekejaman ZIONIS ISRAEL.

Kempen Boikot Demi Palestin tidak memaksa pengguna untuk memboikot produk, jenama dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kempen ini memberi informasi-informasi yang dinyatakan di atas, namun hak kepenggunaan adalah terletak di tangan pembeli/pengguna.

Kita sudah sedia maklum, sungguhpun kempen memboikot Israel ini telah lama wujud di seluruh dunia, ramai daripada kita tidak mengendahkannya sedangkan terdapat alternatif bagi produk-produk tersebut. Tahun demi tahun berlalu, kita masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk melaksanakannya.

Sehubungan itu, KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN diwujudkan dan buat julung kalinya akan berlangsung selama SATU BULANbermula dari 1 JULAI 2010 - 31 JULAI 2010.

Ya, SEBULAN sahaja! Tidak mungkin ia seberat mana untuk kita laksanakan!

Usaha ini diharapkan dapat memberi peluang dalam melatih keprihatinan kita terhadap usaha menghapuskan kekejaman dan penindasan
Zionis ke atas Palestin.

Kami tidak memaksa anda menyertai kempen boikot ini tetapi penglibatan anda adalah amat besar maknanya bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di 
Palestin.
 
DEMI PALESTIN!
Kami tahu ianya sukar. Jadi, mari kita bertatih dahulu. Mari kita mulakan perjalanan langkah demi langkah. Dengan semangat yang ada, usaha memboikot 
SATU BULAN mungkin boleh dilanjutkan lagi di masa hadapan. AMIN!

Misi ini amat penting setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Ingat, 
SATU BULAN sahaja tempohnya! Mustahil kita tidak mampu melakukannya!

Tugas penting anda ialah menyebarkan maklumat mengenai kempen ini agar lebih ramai yang akan menyertainya. Poster kempen ada disertakan (format PDF). Anda boleh 
forward e-mel kempen ini. Mudahan ia akan terus tersebar.

Kami mengucapkan 
terima kasih di atas keprihatinan anda. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menyertai kempen boikot bulan Julai ini, syabas diucapkan!
 
Di antara produk/jenama/syarikat perlu diboikot ialah :
McDonald's
 
Starbucks
 
Timberland
 
Motorola
 
Nokia
 
Produk The Coca-Cola Company
(Aquarius, Cherry Coke, Coca-Cola Classic, Coca-Cola Light/Diet Coke, Fanta, ShiZen, Sprite, Vanilla Coke dll.)
 
Produk Nestlé
(Milo, Nescafé, Koko Krunch, Cookie Crisp, Cerelec, Nestum, Gerber, Fitness (Fitness & Fruit dll), Corn Flakes, Cheerios, Nestum, Nesvita, Smarties, Crunch, Kit Kat, Coffee Mate, Neslac, Nespray, Häagen-Dazs, Drumstick (aiskrim), Maggi, Buitoni, Perrier dll.)
 
Produk Kimberly-Clark
(Huggies, Kleenex, Kotex, Poise, Scott dll.)
 
Produk Sara Lee Corporation
(Ambi-Pur, Brylcreem, Kiwi Shoe Care, Pickwick Tea, Ridsect dll.)
 
 
Mengapa produk-produk ini perlu diboikot?
 
Informasi lanjut berserta rujukan boleh diakses melalui :


Terima kasih atas keprihatinan anda dan
SELAMAT BERJUANG KEPADA KITA SEMUA!!

~ Ketahui produk-produk lain yang perlu diboikot di Blog Kempen iaitu http://www.boikotdemipalestin.blogspot.com dan melaluihttp://www.inminds.com/boycott-israel.php
~ Kongsikan informasi mengenai produk-produk alternatif di Blog dan Facebook Page kempen.


:: Team Kempen Boikot Demi Palestin ::

Thursday, June 24, 2010

LEMBU BERKOT??

klik untuk maklumat lanjut.

Handsome tak Mr.Cow ni??
boleh la kan..sebab dia pakai kot mahal...
dan tahniah pada Mr. Cow sebab pandai bersiri dengan lurus..huhu
Ni ada lagi satu contest.
Promote susu!! Hadiah pun lumayan..!!!
Kita kena jual susu lembu ni..

 check it out here..

Program ni dikempen/ diiklankan oleh Youthsays.com.
Boleh jugak nak join..boleh buat side income..
Nak kata boleh kaya, tak la..
tapi boleh la nak menampung belanja student ipt..huhu
nak join boleh kat sini.

Youthsays ni himpunkan remaja berusia 18-35 tahun di seluruh Malaysia. 
Kita boleh dibayar dengan menjawab survey2 dari syarikat yg gunakan Youthsays untuk survey.
Kalau kita jawab survey tu, dapat la duit. 
Then, if kita iklankan apa2 event, kita dibayar jugak..
Senang cakap,dia akan bayar la kalau kita buat kerja.
Try tengok dulu eh..


wassalam..


Wednesday, June 23, 2010

Ulama+Pensyarah antara menyertai UMNO

Dicopy dari www.wargamarhaen.blogspot.com


-buat simpanan persendirian 


KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini. The Malaysian Insiderdifahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.

“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.

The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.
“Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno,” kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
“Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami,” kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.
Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.

Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.
Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.
Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.

“Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas,” kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno.

Tuesday, June 22, 2010

MENANGI 3 MP3!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Anda hendak menangi MP3 dengan cara yang mudah?
Sangat mudah!!






Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com 


Mudah kan? Anda cuma perlu copy dan paste sahaja! Budak kecil pun boleh lakukan. Ayuh peluang yang datang jangan ditolak, mana tahu, merupakan rezeki anda pulak!!


Selamat Mencuba!!

100 ulama masuk UMNO Jumaat ni

Bismillahirrahmanirrahim..


Huhu..apakah ini?


Antara nama ulama yang digembar-gemburkan akan masuk UMNO adalah Ustaz Asri..nak tahu lanjut boleh baca sini..


Tunggu je lah hari Jumaat ni..


Boleh ke?


Ape UMNO buat?


Mudah-mudahan semua yang terbaik untuk yang benar. 

MUFLIS & BANKRAP DI AKHIRAT

Bismillahirrahmanirrahim..






Hari ni aku nak kongsi satu hadith yang sangat menggerunkan hati. Moga-moga peringatan Rasulullah ini berbekas di salam hati kita.


"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" tanya rasulullah kepada sahabat baginda.


"Muflis dalam kalangan kami adalah ialah orang yang tidak berduit dan tidak memilki sebaran aset(harta)."


Lalu Rasulullah menerangkan definisi muflis yang dimaksudkan: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak brsama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya ( si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekirannya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"


(Riwayat Abu Hurairah, no 2581)


RINGKASAN:


Amal di dunia yang membawa pahala kita ke akhirat:


1-solat
2-puasa
3-zakat


(tidaklah bermaksud amal lain tidak akan dibawa ke akhirat)


Amal di dunia yang akan menyebabkan kita bankrup:


1-memaki hamun orang lain
2-memfitnah
3-memakan harta orang
4-menumpahkan darah
5-memukul orang


Adakah kita benar-benar yakin kita telah melakukan solat, puasa dan zakat dengan sempurna? Adakah kita juga yakin kesemua itu diterima Allah?


Hadis ini juga mengingatkan kita supaya mejaga hubungan kita sesama manusia, tidak menyakiti sesiapa pun.


Kita kena jaga mulut dari memaki hamun, memfitnah dan memakan harta orang. kita juga kena pandai mengawal ammarah dan perlakuan kita agar tiada perumpahan darah dan tidak mencedrakan sesiapa dengan sesuka hati sahaja. Semua harus dijaga?


Mahukah kita menjadi muflis di akhirat? Kalau kita muflis di dunia, pasti ada orang yang akan menolong kita, tapi kalau kita muflis di akhirat, ingat, ke nerakalah jawabnya!!


Ayuh kita bertaubat. Jika kesalahan kita melibatkan manusia, maka buanglah rasa ego dan malu, dan mohonlah maaf pada si polan. Tidak mengapa tanggung malu di dunia, jangan di campak ke neraka. Jika kesalahan kita hanya dengan Allah, cukupla 3 syarat taubat itu. Taubatlah sesungguh-sungguhnya..


"Allahumma inni asaluka taubatan nasuhaa"
Ya Allah, Aku mohon padaMu taubat yang sebenar-benarnya(suci)





Thursday, June 17, 2010

HANG PUN AKAN KENA!

Bismillahirrahmanirrahim..






Minggu ni ada sesuatu yang berlaku, membuatkan aku lebih banyak terfikir mengenainya. Boleh kata setiap hari, aku dapat mesej KEMATIAN.Dan boleh aku katakan, semuanya secara tiba-tiba. Bukannya mempunyai sakit. inilah tanda akhir zaman. Ada aku terbaca di majalah Solusi(if tak silap), kematian secara tiba-tiba ini memang banyak berlaku sekarang, dan lebih berisiko kepada orang lelaki.




ALFATIHAH buat allahyarham/allahyarhamah. Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi.


Isnin -Ustaz Hassan Shukri


Selasa- Abang kepada K.Nabilah (isteri Ustaz Hafiz)


Rabu- Sahabat dari Terengganu. ex-PJ.


Hari ni - ???


Jujur katakan, aku sangat takut jika aku mati tiba-tiba, lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Aku sangatlah tidak bersedia. Banyak lagi amalku yang perlu diperbetul, yang perlu ditambah, dan tidak kurang juga yang perlu diganti. Aku sangat takut apabila memikirkan akan mengadap Tuhanku dengan amal yang sedikit, culas dan sebagainya. 


Solatku yang masih mengejar kekhusyukan. dan kadang-kadang aku terbabs sedikit masa kerjakannya. Kadang-kadang awal, kdg lambat..


Ibadah sunat ku tidaklah sebanyak mana..Masih boleh dihitung dengan jari..


Aku tidk buat sehabis baik lagi untuk ibu-bapaku..adik-adikku..


Adakah aku ikhlas dalam smua amalku?


Adakah auratku semua ditutup? Aku sudah cuba sedaya upaya, tapi mungkin juga kadang2 aku tidak menepati piawaian menutup aurat itu..


Bgaimana pula hubunganku dengan manusia lain? sahabat2. adakah aku membuatkan kalian tersinggung, dan tidak selesa?


Dan, aku juga tidak menyumbang sesuatu untuk agamaku..Apa yang akan aku tunjukkan pada Rabbku nanti?


Ya Allah, aku mohon hidayahMu dan rahmatMu disegenap ruang hidupku.Matikanlah aku dalam keadaan kematian yang baik.Amiin.


Wallahu a'lam.


KEMATIAAN ITU PASTI MENJENGAH KAMU!


When will a dependence racket the young cathedral?

Monday, June 14, 2010

NYAH KAU DARI SINI!! TAK MENGENANG BUDI!

Bismillahirrahmanirrahim..






Pernahkah anda dilemparkan dengan kata-kata seumpama itu? atau mungkin yang lebih teruk lagi?

"keluaq dari tempat aku! aku dah bagi macam-macam kat hang, sikit pon hang tak kisah! teruk sungguh!"
Aku pon tak pernah dihambur dengan perkataan kesat macam tu. Kalau kena, huh, memang diam tak terkata, dan dah tentu, menangis bagai nak rak. Kalau boleh tak naak pon!


Geram kan, kalau kita dah bagi macam-macam kat orang yang kita sayang, tapi dia buat tak tahu je dengan kita. Rasa nak marah je bila dia balas cara buruk. Dan lebih teruk lagi, dia bermuka masam dan langsung tak ongon nak jumpa kita! Ahh...sakitnya hati..!


Cuba bayangkan..


Betapa angkuhnya kita, betapa sombongnya kita dengan Allah. Dah macam-macam nikmat Allah bagi pada kita, nikmat Islam, oksigen, keluarga, sahabat handai, kesihatan, harta benda, bahagia. Semua Allah dah bagi. Tapi kita buat tak tahu je. Sikit pun tak bersyukur. Kita tak solat, tak sedekah, tak puasa, ego, berlagak sana sini seolah-olah semua yang dimiliki adalah usaha sendiri.! Hodoh sungguh akhlak!! Ah..sedarlah manusia, Nikmat Tuhan kamu yang mana lagi yang kamu nak dustakan??


Tapi, walaupun manusia berlagak macam tu, bodoh sombong, angkuh, Allah tetap pandang kita. Allah tetap bagi ikmat. Allah masih sayang kita. Allah sentiasa bagi kita peluang untuk sedar dan berubah. Ayuh! ambil peluang bulan mulia in, untuk melakukan perubahan. Mulakan dengan hati dan niatyang ikhlas.


Allah akan membantu hambaNya yang ingin berubah.


Aku Nak Berubah!!! 

Bulan yang Dirindui

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, hari ini, 1 Rejab 1431 Hijrah. Aku masih diberi peluang berada di dalam bulan mulia ini.
Tidak sabar rasanya menerima kunjungan Ramadhan. 


Sungguh 3 bulan istimewa ini adalah bulan yag sangat-sangat sesuai untuk melakukan perubahan, menjalani latihan, menguatkan mana yang lemah. Ia sebuah tamrin dan madrasah. Ya, aku sangat nanti-nantikan bulan in.


Bukanlah bulan lain tidak boleh melakukan perubahan dan segalanya, tapi bulan ini lain sekali. Sangat istimewa. Ada aura tersendiri. Semua Muslim  berlumba-lumba melakukan kebaikan, berlumba-lumba mengejar redha Allah, kerana ganjarannya lebih, dan banyak perkara penting yang berlaku dalam bulan Rejab.


Aku sangat sukeee....


Fastabiqul khairaat.


Jangan lupa titipkan doa ini seusai solat kita..mudah-mudahan bulan in penuh berkat dan kita sempat berjumpa Ramadhan.

"Allahumma baariklanaa fi rajabin wa sya'baanin wa ballighnaa Ramadhan"

Saturday, June 12, 2010

Up Traffic Anda

Bismillahirrahmanirrahim..




Anda berniaga melalui blog? Tapi traffic anda tidak sibuk dan tinggi? Inginkan traffic anda sesak sehingga tidak dapat dikawal? Try to use this!


http://www.surftrafficexchange.com/?refid=1356


Sesuai untuk sesiapa yang menjalankan perniagaan melalui internet. Walaupun anda tidak update blog, tetap akan ada pengunjung datang ke blog anda.


Free jer..try la. =)

Thursday, June 10, 2010

Memupuk keyakinan diri

Bismillahirrahmanirrahim...


Baru-baru ini, aku terbaca artikel dalam majalah SOLUSI tentang keyakinan diri. Artikel  yang diberi sangat menarik. Ia menceritakan bagaimana keyakinan diri itu ada sangkut-pautnya dengan keyakinan kita kepada aqidah Islam dan Allah itu semdiri. Semakin seseorang itu dengan Allah, maka semakin yakinlah dia dengan dirinya sendiri.


Di sini ada beberapa tips membina keyakinan diri:


DENGAN ALLAH




-Bergantung hanya pada Allah. Bila kita bergantung pada Allah dan yakin padanya, kita juga akan yakin diri.
-Jaga so;at lima waktu, tingkatkan kefahaman dan kekhusyukan. Orang yang menjaga solat akan terasa dijaga Allah.
-Setiasa merasa berdosa pada Allah dan sentiasa bertaubat atas kesilapan sama ada besar atau kecil, sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah akan terima taubat.
-Baca al-Quran dan tadabburnya. Lazimi juga baca buku-uku yang mengambil roh al-Quran sebagai dasarnya. Bacaan boleh mencorakkan pemikiran.
-Berzikir dengan istiqamah. Ia akan menjadi benteng kepada bencana dan keurukan yang menimpa.


DENGAN DIRI SENDIRI


-Percaya pada diri. Katakan anda boleh kerana Allah ciptakan kita sebaik-baik ummah.
-Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.
-Lihat kelebihan diri dan maksimumkan penggunaanya, dan kaji serta baiki kelemahan diri. Pastikan apa yang anda ingin dalam hidup.
-Think positive. Fikiran akan mencorakkan tindakan.
-Sentiasa bersedia. jangan bertangguh-tangguh melakukan perkara yang anda belum sedia dan belum berani melakukannya. (ni la selalu masalahnya..)
-Hargai diri dengan semua anugerah Allah.
-Tabah, cekal dan sabar hadapi dugaan.


DENGAN ORANG LAIN


-Pilih kawan dan komuniti yang membantu memina keyakinan diri anda
-Elakkan daripada mereka yang suka meperkecil-kecilkan anda atau menakut-nakutkan anda.
-Cari role model sebagai contoh ikutan
-Memaafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan membuatkan kita selesa dan yakin untuk bergaul dengan orang lain.
-Bergaul dengan teman2 atau individu2 yang mempunyai keakinan diri yang tinggi.
-Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini adalah tidak adil bagi diri anda, cukuplah sekadar anda melakukan peningkatan dari sehari k sehari.


"Siapa kita lima tahun akan datang bergantung kepada buku apa yang kita baca dan dengan siapa kita bergaul"

Wednesday, June 9, 2010

Emak

Bismillah..






Aku takut jika apa yang aku rasa sekarang ni akan hilang. Jadi aku ambil keputusan untuk menulis dalam blog ni.
Tentang hebatnya mak dan ayahku. Betapa aku kagum melihat mereka mencari nafkah dan belanja untuk anak-anak.


Emak bangun dari tidur pada pukul 2.30-3.00 pagi. Akibat dek pusingan tidur yang tidak stabil, ibuku kerap bangun awal, meskipun matanya masih mengantuk. Dia akan baring-baring memaksa diri untuk tidur semula. Penat berpusing-pusing, emak bangun, tunaikan solat Isyak, Tahajjud.Ya, itulah ibuku, sangat rajin qiammullail, walaupun tiada siapa yang mengajarnya dan tidak penah didedahkan secara rasmi, itu bukan menjadi penghalangnya untuk beribadah pada Sang Khaliq.


Lebih kurang pukul 5.00 pagi, emak ke dapur. Masak untuk sarapan dan makanan tengahari. Emak akan masak nasi (untuk adikku yang bekerja kilang-bawa bekal) , masak lauk, masak sarapan. Dan tugasku nanti, hanyalah masak sayur dan kadang-kadang masak lauk,tapi jarang sekali. Selalunya, emak akan siapkan semua. Lepas mak solat Subuh, barulah mak rehat, dan kadang-kadang mengaji Quran. Mak selalu kata "Mak penat sangat lepas maghrib, tak larat nak baca, lepas Subuh je la, boleh curi-curi kejap baca"


Lebih kurang pukul 7.15, emak akan minta aku gosok baju kurung untuk dipakai pergi kerja sementara mak makasn sarapan. mak kena bergegas ke sekolah sebab masuk pukul 8.00. Kelam kabut sekali. Pada masa ni, mata emak dah nampak letih dan mengantuk sebab berjaga daripada pukul 3 tadi. Kesian mak.


Tengahari, dalam pukul 1.15, mak sampai rumah, untuk makan tengahari. Lepas siap solat, mak kembali ke sekolah semula sebelum pukul 2.(emak mengayuh basikal ke sekolah)


Balik pada pukul 5 petang. Tapi selalunya sampai rumah pukul 5.30 petang. Lepas solat Asar, mak rehat..=) sambil tenok cerita indonesia TV9. Cerita wajib emak.


Lepas je maghrib, mak dengan ayah mesti dah terbaring depan TV tengok berita. Dan yamg aku amat pasti, belum pun berita TV3 habis, mata mak telah tertutup dan lena. Kasihan dan sedih sekali bila melihat mak dah tidur keletihan. Dan esok, rutin mak kembali seperti biasa.
 Terus berjuang dan bekerja untuk anak-anak.


Sayang mak..

Tuesday, June 8, 2010

PERNIAGAAN INTERNET

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa macam sangat-sangat lah membuang masa bila hari-hari asyik google and search about internet business and marketing. Cari, baca, dan tidak buat apa-apa. Aku pun tak tahu kenapa aku gema sangat dengan perniagaan internet ni, tapi satu pun aku tidak pernah mencuba. Takut ditipu barangkali.

Tapi teringin sangat nak belajar dan dapat side income. Tapi tak pandai dan takut.hoho...

Monday, June 7, 2010

OBSESKAH?





Bismillahirrahmanirrahim...


Pagi ini aku sudah mula rasakan bahananya mengadap laptop terlalu lama. (dahi berkerut manahan sakit kepala). Kepala aku amat berat dan sakit sangat bila bangun subuh tadi. Inilah akibatnya bila mata tak lekang dari skrin laptop. Kesan radiasi dari alat elektronik ini benar-benar telah melemahkan aku pagi ini.huhu...


"Mak, semalam orang main laptop sampai tengah malam.."


"Lepas tu?.." Mak kehairanan dengan ayat penyataan aku.


"Hehe, sekarang dah berdenyut-denyut.." aku mejawab selamba.


"herm, baguihla, kalau itu, tak payah cerita kat mak..main la lagi..mak tak halang" mak jawab dengan senyum.


Macam tu lah ceritanya, mak pun dah tak 'larat' nak larang anak dara dia ni main internet lama sangat. Disebabkan sakit kepala, aku tak jadi masak bihun goreng, lastly, mak yang masak.hoho.. bagus punya anak..


Obseskah aku? Rasanya tak la lama sangat "main internet" pun. Itu pun masa main dah berkurang bila adik-adik aku semua ada kat rumah. Memang berebut-rebut. Tapi sakit kepala ni memang tak boleh nak halang.  Adoi la hai kepala....


Macam mana la agaknya orang yang kerjanya kena mengadap PC 8 jam sehari? Atau orang yang analisis something, sure kena mengadap skrin tu berjam-jam.Kesian dia.hurm..


Ada tak sesiapa kat sini yang SUKA MENGADAP PC BERJAM-JAM, TAPI TAK SAKIT KEPALA? 
(^_~)


ps: entri yang tidak membawa manfaat.

Friday, June 4, 2010

MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Gagasan rakyat Malaysia menentang Israel
Zulkifli Mohd Nani   
Chargé d’Affaires
Kedutaan Amerika, Malaysia
Mr. Robert G. Rapson
MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL
MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan raksasa rakyat Malaysia di hadapan pagar kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara jahanam Israel.
Kami amat terkejut dengan sikap pipi tak mancung hidung tersorong-sorong kerajaan kamu hingga ke tahap memalukan Presiden kamu sendiri dalam “lintas langsung” siaran televisyen berbayar bila mana binatang bernama Netanyahu memarahi, membuat muka serta memalingkan diri bila mana Tuan Obama mengesyorkan perbincangan mengenai mandian berdarah oleh Israel di atas kapal “MV Mavi Marmara” di Lautan Mediterranean. Rakyat kamu memilih Obama untuk memimpin Amerika dan sekarang Israel telah memalukan kamu bagaikan anjing yang terselit ekor di kedua-dua celah kakinya.
Apa yang bermain di kepala mu, Amerika? Yakni kamu – kononnya suatu kuasa besar – jadi pengecut dengan bayi kamu bernama Israel, yang kini mengigit tangan kamu dan menunjukkan taringnya?
Kami, rakyat Malaysia demokratik yang sering berdiri menegakkan idealisme sebuah masyarakat yang bebas, tidak dapat menahan diri melainkan ketawa kerana kebodohan dan ketidaktentuan Amerika. Kamu tidak lagi menjadi model dunia merdeka sepertimana yang kamu mahu kami percayai.
Respons kamu yang seolah-olah dibius mengenai pembunuhan membuta-tuli orang awam – 19 orang di mana Israel cuba kurangkan dengan 10 kematian setelah membuang tubuh-tubuh sebahagiannya masih bernyawa ke dalam Lautan Mediterranean – daripada atas kapal “MV Mavi Marmara” pada 31 Mei telah menandakan bahawa hari pembalasan telah tiba untuk Amerika dan masyarakatnya yang terkeliru, sebagai sebuah negara yang besar dan pernah disegani kini jatuh melutut kerana kesilapan dirinya sendiri – yakni penciptaan raksasa gila dan rakus bernama Israel.
Kami, warga Malaysia pelbagai agama dan bangsa hari ini berdiri dalam solidariti bagi mendeklarasikan di depan kamu bahawa kami sekali-kali TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN membiarkan tragedi malang di lautan lepas oleh lanun oleh Israel itu berlalu saja tanpa balasan. Ingat kata-kata ini!
Kami akan pertanggungjawabkan kamu kerana Amerika adalah penyokong dan tukang dana No. 1 untuk Israel. Kamu memalukan diri sendiri dengan bersekongkol dengan negara berisi pengganas ini dan kami tahu kamu akan kecundang akibatnya. Masyarakat sampahan bernama Israel ini membawa malu kepada ketamadunan abad ini dan tindakan sembrononya terhadap 600 penumpang kapal relawan kemanusiaan daripada lebih 50 buah negara pada Mei 31, 2010; menembak sesuka hati dengan peluru hidup, menembak dari jauh, menembak jarak dekat, menggunakan kekerasan dengan menendang, memukul dan memijak mereka, sebenarnya itulah apa yang tentera KAMU mengajar untuk diperlakukan ke atas rakyat Palestin, Iraq, Pakistan, Filipina, Thailand dan Afghanistan.
Sekarang kamu tidak teragak-agak melakukan perkara yang sama ke atas misi kemanusiaan daripada 50 buah negara, ramai di antara mereka adalah sekutu kepada kulit putih Amerika sendiri , kerana kebelakangan ini kamu sudah buta warna dek penangan Israel. Dan ini adalah kesilapan terbesar kamu!
Kini mereka ini memusuhi kamu.
Pegang janji kami – bahawa kami rakyat Malaysia akan tetap bertahan dan terus lawan dan lawan beriringan dengan semua masyarakat bertamadun sedunia sehinggalah rakyat Palestin memperolehi kembali tanahair mereka dan Israel dimusnahkan. Pada ketika itu Amerika akan kepupusan kehormatan, maruah dan sumber yang mengakibatkan kamu menyertai Israel yang ganas itu serta pendokongnya yang juga semakin pupus. Dunia kini tersedar besarnya kesilapan Amerika dengan mendokong biawak hidup Israel sepanjang beberapa dekad, dan kini dunia sedang menentang kamu, Amerika.
Kami, selaku gagasan masyarakat bertamadun mewakili suara hati rakyat Malaysia pada hari ini:
Menyangkal keujudan negara teroris bernama Israel
Membantah sokongan Amerika kepada Israel dalam semua bentuk
Membantah serangan ganas ketenteraan ke atas orang awam di atas kapal “MV Mavi Marmara”
Menuntut diadakan penyiasatan menyeluruh dan timbang tara terhadap kematian dan penghospitalan mangsa relawan kemanusiaan
Memastikan setiap penumpang kapal dapat dikenalpasti status mereka kini
Memulangkan mereka sama ada hidup ataupun mati kepada waris masing-masing
Siasat penculikan oleh Israel terhadap penumpang-penumpang tertentu dari atas kapal dengan tujuan interogasi dan penyiksaan
Mempertanggungjawabkan sepenuhnya kerajaan Israeli ke atas kehilangan nyawa, kargo yang dirampas, barang pemilikan peribadi para relawan, serta imbuhan kewangan kepada semua relawan dan mereka yang terbunuh oleh tentera Israel
Tegaskan pemulangan semula dengan kadar segera semua kapal dan bantuan yang disasarkan ke Gaza
Meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menjalankan siasatan teliti bagaimana Israel dibenarkan melanggar undang-undang sedangkan flotilla berkenaan menepati kesemua perundangan maritim dan memenuhi sepenuhnya Resolusi 1860 PBB (2009), yang termasuk:
a) merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membekalkan bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuklah makanan, bahan bakar dan bantuan perubatan
b) mempermudahkan proses dan penghantaran bantuan
c) seruan agar mendapatkan sokongan untuk melenyapkan kesengsaraan kemanusiaan dan kelemahan ekonomi di Gaza
Kami mahu agar pengisytiharan ini disampaikan secara peribadi ke meja Tuan Barrack Obama agar dia tahu bahawa orang Palestin sudah memenangi kawan-kawan baru dari SELURUH PELUSUK DUNIA sejak peristiwa “MV Mavi Marmara”. Beritahu Presiden kamu bahawa kami warga Malaysia beserta negara-negara bermaruah seluruh dunia akan terus menganjurkan dan mendana flotila-flotila berikutnya biar apa pun yang akan terjadi.
Ini kerana kami tidak sembunyikan ekor di celah kelangkang kami seperti kamu bila berdepan dengan Israel.
Zulkifli Mohd Nani,
Pengerusi,
Crisis Management Team
for Life Line For Gaza, Malaysia.

*Harakahdaily

YAHUDI di TV3





Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi tadi aku berkesempatan menonton rancangan MHI. Pada hari ini diacarakan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Wardina Safiyyah.


Aku sangat tertarik dengan isu yang dibincangkan. Pasal Yahudi. Pasal tanah haram Israel. Semuanya dikupas dengan baik oleh Ustaz Zahazan. Tapi aku tidak puas hati sedikit sebab masa diskusi hanyalah sekitar 15 minit.


YAHUDI DI NEGARA MEREKA


-Taukah anda, orang yahudi amat menekankan 2 benda dalam negara mereka. 2 perkara ini  sering diiklankan dan dibudayakan oleh masyarakat mereka di sana, iaitu, MAKANAN dan PENDIDIKAN.


KENAPA MAKANAN DAN PENDIDIKAN


 Mereka tahu, jumlah mereka sedikit berbanding umat Islam, jadi mereka amat menjaga perihal makanan bagi menjamin kesihatan dan panjang umur.Mereka akan memastikan makanan mereka yang berkhasiat dan berkualiti sahaja. Dan begitu juga dengan  pendidikan, sejak dari dalam kandungan lagi, mereka sudah mendidik anak mereka. Mereka perdengarkan  musik dalam pelbagai bahasa kepada anak mereka. Tidak kurang juga si ibu yang disuruh melakukan latihan matematik semasa mengandung. Mereka bercita-cita untuk melahirkan anak-anak minda kelas pertama dan "world class leader'. Begitu sekali usaha mereka untuk ke depan dan mendepani musuh, tetapi kita??


Anak-anak Yahudi juga telah didoktrin dengan pembunuhan, kekejaman sejak kecil lagi. Sebagai contoh, latiha matematik mereka seperti:


Daniel telah membunuh 5 orang Palestin setiap minggu. Berapakah orang Palestin yang telah dibunuh Daniel dalam 2 bulan?




Lihat! Betapa mereka serius dan bersungguh-sungguh membentuk anak mereka memusuhi Islam dan Palestin.
Kita pula dilenakan dengan kemewahan dunia, hiburan melampau, dan penyerangan terhadap pemikiran yang begiu halus sekali perancangannya. 


Ayuh! Bangkit semua! Kita, umat Islam boleh menang jika berpadu tenaga, bahu-membahu menegakkan keadilan. 


-Mana-mana yang sedang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, dan jadi pakar di bidang tersebut.


-Mana-mana yang sedang bekerja, usahalah umtuk mantapkan ekonomi Islam.


-Jangan pandang sebelah mata pada isu boikot barangan Yahudi, kerana kesannya amat besar pada mereka. 'Kita munkin akan susah jika kita boikot barangan mereka, tetapi yang pasti, kita tidak akan mati'


-Fikir perkara dan isu yang lebih besar, dan bukan besar-besarkan isu yang cabang/kecil.


-Kuatkan tarbiyah diri, rohani, mantapkan keluarga dengan fahaman Islam yang mantap.


-Didiklah anak-anak anda dengan didikan agama yang sebenar-benarnya, bukan teori semata.


-Yakinlah, Islam pasti akan menang. Ingat, dunia tidak akan kiamat selagimana kemenangan tidak berada di tangan umat Islam.


Moga benar-benar belaka, Wallahu a'lam.. 

Thursday, June 3, 2010

ALANGKAH INDAHNYA

Bismillahirrahmanirrahim






Satu cerita.


Semalam pergi teman mak dengar ceramah mengenai ZHULIAN MARKETING. Mak 'terpaksa' dengar sebab dah terlanjur menjadi ahli. Mak aku bukanlah otak bisnes, tapi entah amcam mana, bole termasuk. Pendapat aku, mungkin mak dipaksa masuk, dan memandangkan mak aku ni jenis baik hatinya, maka senanglah orang tu pujuk mak aku.


Itu bukan isunya. Apa yang aku ingin cerita adalah mengenai semangat yang dipunyai oleh 'mereka'. Tahukah kalian siapa 'mereka'?


'Mereka' maksudku di sini adalah kakak-kakak dan makcik-makcik yang sangat berbakat dan petah dalam bercakap, dan hebat dalam mempromosikan barang-barang jualan mereka. Sesiapa yang mendengar, mesti rasa nak beli, rasa nak join, rasa nak try. SSemua diceritakannya, Kebaikan produ, kelebiha, cara makan, simptom, kesan, dan testimoni. Sangat Hebat! Betapa mereka bersungguh-sungguh mempromosikan barang2.


Aku cuma terfikir, alangkah indahnya, jika semangat itu yang ada pada semua umat Islam, yang hebat dan petah dalam mempromosikan ajaran Islam yang indah pada semua orang yang menagih jalan hidup yang benar.oh...sudah tentu Islam berkembang dengan cepat sekali pada non-Muslim.


hmm...angan2 dan khayalankah??


p/s: i'm wondering why the programs start with singing a song and they show 'satanic symbol'!! and not with al-Fatihah, becoz all of them is Muslim..huhu..so sad..

Wednesday, June 2, 2010

KEMPEN BLOGGER PiCISAN MENENTANG ISRAEL

Bismillahirrahmanirrahim..



Sekarang ni, bila nampak je kempen anti-Israel or anti Yahudi, jadi macam obses nak join. Adakah sebab keadaan yamg berlaku sekarang? Sekurang-kurangnya semua dah sedar dan terhaga dari mimpi yang lena...


Ni pulak kempen 'KAMI BLOGGER PICISAN MENGECAM ISRAEL'.


Semoga apa yang kita buat dapat sedarkan segelintir umat yang masih "buat tidak tahu" dan "tak nak ambil tahu" dengan keadaan sekeliling. Amat menyedihkan.


Ingatlah, sabda Nabi SAW, barangsiapa yang tidak mahu mengambil tahu hal orang disekelilingnya, dia bukanlah dari kalangan umat Nabi SAW. Na'uzubillahi min zalik.

Ayuh, klik image di sidebar blog ni, dan jom berkempen!!

Mereka Lupa

Bismillahirrahmanirrahim..



Kebanyakan aktivis akan dihantar pulang. Tidak kurang juga dengan aktivis dari Malaysia yang sedang diusahakan utk dibawa pulang.


Apa mereka fikir umat Islam tidak akan datang balik?
Apa mereka fikir umat Islam lemah? 
Apa mereka ingat kita semua akan biar Islam diinjak-injak?
Apa mereka ingat mereka lebih hebat dan berkuasa?


Mereka lupa satu hal..


Mereka lupa yang perancangan Allah lagi hebat daripada perancangan mereka.
Mereka lupa yang Allah boleh hancurkan mereka sekelip mata. Mereka lupa yang Islam pernah menang dahulu.
Mereka lupa semua tu..


Satu hari, kemenangan akan datang dipihak kia, dan pada masa itu baru mereka sedar, yang ALLAH LEBIH HEBAT!!


Mode: Geram + Marah + Sedih