Monday, January 10, 2011

Aku Dan Dia.

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah perlu atau tidak post di sini. Sebab ni macam peribadi sikit. Tapi, post je lah kan, sape je pon yang nak baca...huhu.. moga2 ada sekelumit manfaat..

DIARI PINDAH MAHALLAH!!!

3hb Januari 2011/Isnin



MAHALLAH OFFICE RUQAYYAH


9.00pagi

“Assalamualaikum kak, saya ada apply untuk change mahallah, saya nak tahu result dia..”


-“Oh, minta maaf dik, esok baru keluar resultnya. Datang balik esok ye..”



4hb Januari 2011/Selasa


MAHALLAH OFFICE RUQAYYAH


4..00petang

“Kak, macam mana ye result nyer?”


“Ok..dah approve, tapi tak boleh check-out hari ni, office dah nak tutup. Adik check-out esok, then check-in dekat Mahallah Hafsa untuk dapat kunci bilik ye.”


“ok. Terima kasih.”

Alhamdulillh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku akan berpindah tak lama lagi. Seronok sangat-sangat. Tapi tak tahu nak cerita keseronokan ni dekat siapa(perlu ceritakah?huhu). Akhirnya, mak tercinta yang jadi mangsa. Dan semestinya, seorang ibu tidak akan menghampakan anaknya. Mak meraikan kegembiraanku..=) Yeeey!!!

Mak : Ni dah dapat ni..nak pindah macam mana ni?


Aku : Em, esok baru boleh pindah. Barang orang pon tak habis kemas lagi. Nanti, panggil teksi la kot.


Mak : Banyak tu.. Tak ada ke kawan-kawan yang ada kereta ka, pandai bawak kereta ke..mintak tolong kawan.


Aku : Ada je. Tengoklah dulu macam mana. Tapi lagi best panggil teksi kot. Ok la mak..Assalamualaikum.


(Dialog lebih2 kurang…hoho….)


5hb Januari 2011/Rabu


BILIK MAHALLAH RUQAYYAH


8.00pagi

Ok. Kelas pukul 10. Aku ada masa lebih kurang 2 jam untuk check-out kat ruqayyah, dan check-in kat mahallah hafsa. Dan masa ni jugak aku boleh bawak sikit-sikit barang aku ni. Hmm… Takpe, untuk hari ni, aku bawak 1 beg troli je dulu. OK.

Maka, aku pun check-out di Mahallah Ruqayyah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Dengan bangganya, aku pun berjalanlah dari Ruqayyah dengan menyeret satu beg troli besar, dan di belakangku beg sandang Targus berisi buku matapelajaran hari ni. Apa perasaan aku masa ni? Aku seronok sangat-sangat!!! =)

Tapi..

Sampai di opis Mahallah Hafsa…maka aku pon sedikit ‘tersedih’..

“Maaf dik, bilik adik tu, orang lama tu tak check-out lagi. Jadi, adik tak boleh nak check-in. Em, bilik adik C4.5. Esok datang lagi ye.”

Alamak! Cam mana ni. Dah la dah bawak beg troli besar gajah ni. Takkan nak usung pergi kelas Nahw kot...Aiyoo….Tapi akak tu baik, dia nampak aku bawak beg besaq ni, dia bagi la pinjam duplicate key. Jadi, aku pon angkat la beg tu naik ke tingkat 4. (Terasa tinggi benor tingkat 4 tu…huhu. Maklumlah selalunya level 1 je.)

Settle 1 beg besar ‘gedabak’.

Alhamdulillah. Masih lagi gembira dapat pindah.=). Aku terus melangkah ke kelas Nahw dengan riang rianya.


6hb Januari 2011/Khamis


BILIK MAHALLAH RUQAYYAH


8.00pagi

Hari ni, aku ‘ponteng’ kelas tilawah ( kelas tilawah pukul 8am..So..paham2 je la.. ). Semuanya gara-gara semangat nak pindah. Dan aku dapat maklumat daripada Jamilah, hanya 6 orang yang datang kelas pagi tu. Huu. Kesiannya kat ustaz. Maaf ye ustaz. Saya tengah semangat ni!! (Alasan tak boleh pakai nak ponteng kelas.)

Sebelum pergi tu, sempat telefon mak lagi.

Aku : Mak, doakanlah, kejap lagi orang nak pindah barang. Entah boleh check-in ke tak. Semalam pergi, tapi tak boleh lagi.


Mak : Yer..sentiasa doakan. Kejap lagi ni, nak angkat dengan sape tu?


Aku : Dengan teksi la..Kenapa? Ala tak pe mak, bukan mahal sangat. RM3 je,kalau barang sikit.


Mak : Bukan kira mahal ke murah, tu.., nak angkat barang2 tu, ada kawan ke tak? Nanti sakit pingganglah, lututlah..ape lah… Mintak tolonglah sape2.. Takkan tak ada kawan..ish kamu ni..Mana pergi kawan-kawan kamu ramai-ramai tu..?


Aku : Oh..kawan ada je. Ramai je yang offer nak tolong. Tapi ni kan masa kelas. Semua orang busy la mak. Takpe je, pagi ni 2 beg je. Ok lah mak..Take care..Assalamualaikum..

Entah kenapa, lepas letak telefon tu, rasa sedih pulak tetiba. Huhu..Aiyooo….!!!!

Sebenarnya, ramai yang offer nak tolong. Jamilah, K.Ain, Nadia, K.seha, Asma... Tapi, rasa berat sangat mulut ni nak mintak tolong…Entahlah..

Tapi ok jer kot. Bukan tak boleh buat. Cukuplah Allah ada…kuatkanlah aku!!

Maka, kerja mengemas dihabiskan. Jadi, lepas semua dah kemas rapi, aku kira beg2 aku.

2 beg balik kampung.

3 plastik besar.

4 kotak buku.

1 baldi.

Beberapa barangan yang perlu digendong.

Fuhh. Banyak jugak ek. Ni la akibatnya kalau simpan barang-barang sem lepas. Padan muka, siapa suruh.huhu.

Jadi, seawal 8.45 pagi, aku dah gerak. Pagi ni, aku set, bawak 2 beg balik kampung je.

Tahan teksi. Kena RM3.40..Em..murah jugak.

Check-in Kat Mahallah Hafsa. Dapat kunci. Alhamdulillah..boleh.

Naik level 4 dengan 2 beg balik kampung di kiri dan kanan, dan beg Targus dibelakang.

Sampai-sampai, pintu bilik terbuka. Aku pun takdelah nak ‘try’ kunci tu dulu. Roommate2 baruku semuanya sedang bersiap nak ke kelas. Selepas bertaaruf ringkas, aku letak beg, dan rehat-rehat. (Hoho..penat oo..)_ Test kipas, lampu, locker semua aku try. Dah puas, maka, aku pergi kelas. Terasa sunyi pulak hari ni… k.Husni dengan Jamilah tak ada. Dan on the way pergi kelas tu, macam ada satu rasa ‘pelik+sedih’ je..Tu diaa…’setan’ dah mai…

3.30petang

Habis kelas untuk hari ni. Aku terus menyusun langkah ke Mahallah baruku. Perut berbunyi mintak diisi, tapi sebab excited sangat, aku nak kemas sikit bilik baru!! Yey!!! Suka. Bahagia. Sebab dekat. Hehe.

Tapi…sampai je bilik…

Eh? Kenapa tak boleh masuk pon kunci ni?

Try again..cannot.

Test lagi..gagal.

Lagi…dan lagi…TAK BOLEH!! Ketuk-ketuk, tak ada orang pulak.Huhu..Kena turun mahallah opis la ni jawabnya.

“Kak, kunci ni tak boleh masuk. Lekuk dekat kunci ni pun tak sama dengan tombol pintu..”


“Jap eh..”


7 minit lepas tu…

“Nah dik…”


“thank you..” =)

Akhirnya…boleh…Alhamdulillah.

Masuk bilik, duduk, baring, termenung, tengok luar, tengok lantai, duduk tak buat apa-apa. Sunyi. Teringat nak telefon mak. Boleh kata, minggu ni, hari-hari aku ‘call’ mak. Manja!!!

Aku : Mak, dah masuk dah bilik. Besar jugak. Cuma kena mop-mop sikit je.


Mak : Bagusla.. Senang dah dekat. Dah habis dah angkut?


Aku : Belum lagi. Lepas Asar ni baru nak ‘start’. Nak makan dulu, solat dulu, baru kerja..hehe..

Mak : Haa ye lah..elok-elok. Mak kalau boleh, tak bagi kamu angkat sorang-sorang tu. Ni la masalah kamu. Bila susah, tak reti nak mintak tolong orang. Bila orang susah, kamu la beria nak tolong. Sekarang kamu susah, sape pon tak ada nak tolong…

(Betul ke mak? Huhu… entah..haih…mak aku ni la….)

Aku : Mana ada la mak… ramai je kawan-kawan orang offer,mai nak sebut.. Nadia, k.seha, Jamilah, Asma..ramai lagi offer. tapi semua ada kerja masing-masing. Masalah masing-masing. Orang pon bukan rapat sangat dengan depa, takkan tiba-tiba nak mintak tolong angkat barang. Ish..macam tak elok je.. Dah la tingkat 4. Kan mak kan? Hehe…


Mak : Hish kamu ni... payah bercakap pasal ni.. Hah..takpelah.. Angkat lah elok-elok. Tapi kalau boleh mintak tolong sape-sape ye.


Aku : Ok mak..Insya Allah.

Mak,kalaulah mak tahu, betapa sedikitnya aku memberi, berbanding menerima.. Mak, sebenarnya, orang ni tak layak lagi nak dapat pertolongan dari seorang sahabat. Masih belum cukup lagi orang memberi pada kawan2 orang…dan kerana itulah, orang rasa tidak boleh untuk ‘demand’ macam-macam. Tambahan pula, nak mengajak mengangkat barang2 yang bukan sedikit, nak ke tempat yang bukannya rendah. Maaf sangat-sangat mak. Bukan tak nak ikut cakap mak dengan ayah, tapi kali ni, betul-betul tak boleh nak mintak tolong sesiapa. Bukan sebab tak ada kawan, tapi sebab belum ada sahabat.

“Kalau kita kurang memberi, Kita juga akan kurang menerima..”

Rasa sayu…sedih. Muhasabah diri.

Lama jugak aku termenung. Huhu..

CUKUP UNTUK TERMENUNG.. Misi belum selesai.

Solat Asar.

Bergerak ke Maryam untuk makan. Lapar kot.huhu. Maka aku pon bersantaplah seorang diri.


5.45petang

Sampai Mahallah Ruqayyah. Aku kena cepat ni sebab malam ni ada 2 meeting. Pukul 8pm dengan 9.30pm.

Dengan machonya, aku tahan teksi. Aku bawak semua barang-barang dalam teksi, kecuali 4 kotak buku. Kotak-kotak ni esok pagi pulak.

Dan…. RM10 melayang…. Maybe sebab barang-barang petang ni banyak sikit kot berbanding pagi tadi. Redha jelah..

Ok. Semua barang-barang dah ada dekat tangga bawah sekali. Aku pandang atas, dan tersenyum.

Level 4! Here I come!!! Aku menjerit dalam hati. Maka, misi bermula. Ada 3 plastik besar, beg-beg kecik, dan 1 baldi.

Naik.

Turun.

Naik.

Turun.

Naik.

Turun.

Habis. Alhamdulillah…Kekuatan masih dipinjamkan Allah. Terduduk kejap. Penat. Rasa nak menangis. Tapi tak keluar lagi air mata. Hoho… Yeyyy!! Cik Cumi KUAT!!!


8.00petang

Meeting. Langsung tak tumpu. Macam-macam aku pikir. Kata-kata mak. Kata-kata ayah. Perasaan? Rasa letih, sedih, sayu, serabut.

Dan tanpa disedari, tengah-tengah meeting..aku menangis..huhu..tak tentu arah sungguh la malam ni. Kot ye nak keluar pon, tunggulah kejap…haish.. Nasib baik tak ada sape perasan.

Dan meeting berlalu begitu saja.

9.00petang

Meeting tamat. Aku terus pergi masjid untuk solat Isyak. Dan…hujan pon lebat…memang lebatlah….hoho.

Puas…habis semua aku ceritakan pada Dia. Semua. Tak ada satu pun tertinggal. Terima ksih Ya Allah. Kau sebaik-baik Pendengar dan Penolong.

Aku cuma berharap Ya Allah, aku diberi peluang sekali lagi untuk merasainya..kerana aku tahu, Kau akan menaungi 2 orang yang mencintai dan bersahabat keranaMu..Kabulkanlah Ya Allah..



Habis solat..Aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Rasa berbunga di hati…

Tapi, tak tau nak kata apa dekat dia…

Aku benar-benar mohon maaf kerana tidak mampu menjaga amanahmu. Aku cuba, tapi adakalanya, aku kecundang jua. Sudah beribu kali aku ingatkan diriku supaya menjaga amanahmu yang satu ini.. aku tidak mahu hilang kepercayaanmu padaku.

Tapi ternyata aku gagal. Hakmu aku gagal untuk penuhi. Benarlah, aku kurang memberi. Dan kerana itu, aku tidak menerima.

Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. (tak tahu nak cakap macam mana,,,maaf sangat2)

Hujan sikit. Nampaknya, mendung betul malam ni...


10.00petang

Meeting.

Lesu. Layu. Letih.

Maaf ye kak Ain. Maaf sangat-sangat. Emosi tak dapat dikawal dengan baik…huhu..

Habis sudah 1 hari…


7hb Januari 2011/ Jumaat


MAHALLAH HAFSAH


10.00pagi

Dengan semangat berkobar-kobar, aku melangkah ke MAhaalh Ruqayyah untuk mengambil baki 4 kotak buku. Alhmadulillah, emosiku kembali stabil hari ni. Alhamdulillah.

Sampai je Ruqayyah, lepak-lepak kejap dengan jiran2, dan melayan seekor kucing..hampir setengah jam jugak. Lepas tu, aku mintak izin nak uruskan pindah randah ni.

Macam biasa..tahan teksi. Mintak tolong pakcik tu angkat kotak2 tu…Berat kot. Semuanya buku/novel..hehe.. Nasib baik pakcik tu baik…huhu

Dan.RM10 lagi..Takpelah..

Nak dipendekkan cerita, berkat kekuatan tulang tangan dan kaki yang Allah pinjamkan ni, akhirnya berjaya juga aku angkat keempat2 kotak buku tu ke bilik.

Seriously mak, rasa nak tercabut lutut dengan pinggang!!! Mak, tolong urut…huhu….

Dan walaupun kepenatan, petang tu sempat lagi pergi Mydin dengan Asma’…!!!

Hari ni paling best!!! Alhamdulillah…Terima kasih…

Maka,tamatlah sudah cerita pindah bilik kali ini. Insya Allah, takkan lupa….

Kesimpulan :

= saya masih kurang memberi...apa maknanya hidup tanpa memberi? =

= saya cuba menjadi terbaik untuk sahabat2 saya. Maafkan saya kalau belum boleh buat kamu bahagia. =

= saya bermohon pada Allah agar temukan sahabat yang saya cintainya kerana Allah semata. Mungkin ada di depan mata, cuma saya yang buta. = 

= saya sayang mak saya. =




No comments: