Tuesday, May 19, 2009

susahnya nak jaga anak perempuan..



Bismillahi walhamdulillah..

Keberadaanku di rumah opah cukup menyedarkan aku tentang sesuatu. Bukan aku tak tahu itu, tapi kali ini membuatkan aku benar-benar berfikir..betapa susahnya nak menjaga seorang anak perempuan. Banyak yang opah aku ceritakan "kisah-kisah sadis" yang menyedihkan dan menyayat hati.Aku tak sangka disebalik senyuman opah dan senda guraunya terselit kesedihan dan kegsaran hati...kasihan opah terpaksa menanggung semua ni sorang-sorang.Sabar ye opah...

Baruku sedar betapa susahnya untuk menjaga seorang ank perempuan(tapi opah jaga 2 orang).Memang senang untuk menjaga dan mendidik anak yang masih kecil dan belum baligh.mereka hanya tahu meminta itu dan ini..kalau nakal pon, nakal budak-budak.tak perlu dirisaukan sangat.cuma perlu beri perhatian lebih je.


tapi beza dengan jaga/bela anak perempuan yang sedang meningkat remaja. macam-macam yang mereka sudah boleh difikirkan dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita. Ada yang kadang-kadang tu sampai menconteng arang muka ibu ayah! Na'uzubillahhimin zaalik..

kita perlu kisahkan dengan siapa dia berkawan, keadaan di sekolah macam mana, pergaulan dengan lelaki, kisahkan aurat dia, kisahkan adab-adab dia depan orang,solatnya,tarbiyahnya..huh! banyak betul! yang tu tak campur lagi kalau anak-anak perempuan ni buat hal.Apa yang aku coretkan disini lebih cenderung pada anak-anak yang tidak bersekolah asrama. Semua tingkah laku anak-anak dibawah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya dan ibubapalah yang menjaga dan mengawal anak-anak mereka. Aku tak bermaksud semua budak yang berasrama baik dan tidak semestinya semua yang tidak berasrama itu tidak elok akhlaknya..ini cuma segelintir sahaja...

Kalau difikir-fikir balik, siapakah yang harus dipersalahkan jika anak-anak menjadi liar? ibubapakah yang kurang beri kasihsayang dan didikan agama? pengasuh dan penjaganya? opah@atuknya? atau anak-anak itu sendiri yang terikut-ikut dengan kawan? Bagi aku, semua salah. ibu bapa tak bagi sepenuh perhatian dan didikan agama...anak-anak yang bebas pergaulan..semua menyumbang dan mengarah pada masalah yang lebih rumit.Betapa susahnya menjaga anak lebih-lebih lagi anak perempuan. Orang tua-tua kan ada cakap, bela seorang anak perempuan lagi susah daripada bela lembu sekandang.

Sebab itulah Allah meletakkan taraf ibubapa di taraf yang sangat tinggi. Betapa besarnya pengorbanan yang harus dilakukan oleh ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka elok akhlak dan budi pekertinya..Hanya Allahlah yang mengetahui dan boleh membalas jasa-jasa dan pengorbanan mereka.Ya Allah, berilah kebahagiaan dan redhailah ibubapaku di dunia dan akhirat..Ameen..

Akhir kalam, aku amat berharap ibubapa di luar sana untuk menjaga anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya.Berilah kasih sayang yang secukupnya. Berilah didikan agama yang cukup. Apa yang penting pada mereka adalah satu je..PERHATIAN.. (jangan sampai anak-anak kata, "tu lah, Ana tak dapat kasih sayang dari abah/mama!sebab tu lah Ana jadi cam ni!!)...hmm....

Wallhu a'lam...

No comments: