Saturday, December 19, 2009

kanak-kanak itu bersih!!



Bismilllahi walhamdulillah...

Syukur setinggi-tingginya Ku letakkan pada yang Esa kerana kebanyakan perkara yang merunsingkan aku banyak yang sudah berakhir. Alhamdulillah...

Teringin untuk berkongsi satu perkara. Tentang jiwa kanak-kanak. Betapa bersih da sucinya jiwa mereka. Tanpa sedikit pun palitan dosa. Kanak-kanak senang berkata jujur, ikhlas dari hati. Kalau dia suka, dia akan cakap suka..Kalau dia benci, geram, marah..dia akan tunjukkan rasa hati mereka dengan menangis, merajuk atau lebih baik lagi, mereka akan kata direct. Bagus kan? Tapi kenapa kanak-kanak je ek? hm...

Adakah disebabkan orang dewasa dah pandai berfikir jauh, sampaikan boleh bohong untuk kepentingan diri. atau adakah disebabkan hati sudah terconteng bintik-bintik hitam?
Malu je dengan kanak-kanak..

Ok, balik pada tajuk utama balik...actually, aku sangat rindukan adik-adik di kem baru-baru ni. walaupun kem  ini 'agak tidak sempurna', tapi aku dan sahabat-sahabatku yang berjiwa besar(hehe..) terutamanya nadia dan k.fasehah telah memebuatka kem ini berjaya dilaksanakan. tidak lupa juga pada dua orang kuat kami.

Secara langsung dan tidak langsung, banyak yang aku dah belajar dari adik-adik ni. Banyak sangat-sangat. Terima kasih adik..

Ni sedikit gambar..sebagai kenangan..






 

Terima kasih ya Allah pertemukan aku dengan mereka..

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..,

Syukran buat semua..
Minta maaf jika kami melibatkan anti n sahabat2 dalam hal ni..
Pe2 pun,alhamdulillah..

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan..

alifnunalif said...

Amin..

Alhamdulillah, semua dah settle..
Berkat usaha gigih semua..