Monday, December 21, 2009

sambungan QYC

Bismillahi walhamdulillahi…


Permulaan bagi minggu seterusnya..

Akan aku mulakan dengan lebih bersemangat berbanding minggu lepas. Minggu ini lebih baik daripada minggu lepas!

Aku tak tahu kenapa, tapi bila tiap-tiap kali “down”, akal fikiran dan hati aku serta merta akan terus teringat pada perjuangan Rasulullah saw. Keperitan, kesedihan, kepedihan yang ditanggung oleh baginda jauh berkali-kali ganda lebih hebat dari aku. Tapi, lihatlah bagaimana manusia hebat ini hadapinya? Semuanya diiringi dengan sabar, tabah dan kebergantungan kuat pada Allah swt. Bukannya mengeluh, berputus asa, dan cepat ‘blame’ orang! Aku mahu jadi seperti dia! Ya! Aku mesti contohi baginda!

What else that make me “…..” today? =)

The answer is ADIK2 QYC!!!..

Em..sebelum kenangan luput dalam ingatan kepala ni, biar aku coret sedikit sebanyak tentang adik-adik ni.( tidak sesuai dibaca kerana tidak mendatangkan faedah..its juz for me!)

Adik-adik QYC= Syifa, Zati, Liana, Halimah, Ada, Sakinah, Akak, Shida, Adik..

SYIFA: Peserta paling senior, Form 4. Disebabkan dia agak senior. Jadi dia agak banyak bersendirian dengan zati. Tidak kisahlah apa pun, tapi yang pasti, adik ni sangat semangat dalan hafazan. Setiap kali ada kesempatan untuk discuss, dia mesti akan tanya tips-tips megingat, dan tips supaya ayat hafazan tidak bercampur. Akak doakan cita-cita adik nak masuk DQ tercapai.Amiin..lastly, Sayang Syifa!!

Moral: Semangat adik yang berkobar-kobar tu,ada tempias kat akak jugak..syukran jazilan..

ZATI: Pelajar Form 3. Sangat berkepimpinan. Sekali tengok, dah tahu yang zati ada ciri-ciri pemimpin yang tinggi. Lagi satu, even ahli kem kebanyakannya terdiri daripada adik2 sek rendah, tapi zati boleh bergaul dengan baik dengan adik2. Akak-akak memang harapkan pada zati dan syifa masa ketiadaan kami… Sayang Zati!

Moral: Hey, you must improve your leadership skill!

LIANA & HALIMAH : adik dua orang ni masuk lambat sikit. Jadi akak tak berapa nak tahu pasal adik. Tapi akak kagum bila adik-adik tidak segan silu nak join kem ni even dah lambat dan adik tidak kenal sesiapa pun! Tahniah dik! Sayang Adik!

ADAWIYAH : Pada mulanya, akak tengok Ada sangat pendiam. Akak tanya sepatah, Ada jawab sepatah. Tapi bila dah lama dalam kem, tanggapan akak tersilap. Rupa-rupanya Ada seorang yang ceria dan selalu menggamatkan suasana. =).Ada, sabar ye, tunggu ibu dan ayah balik dari Mekah..Sayang Ada..

SAKINAH: Salah seorang dalam senarai adik-adik yang selalu menggana=matkan suasana. Lucu bangat adik ni…lagi satu,kinah ni selalu tanya soalan tentang Islam dan hukum hakam.. Menggunakan ayat Tanya kenapa? Dan kenapa?.. “Always asking ‘why’ is one of the characteristic of creative person”..but… kita tak boleh tanya banyak sangat ‘kenapa’ bila ianya berkaitan dengan hukum Allah..=). Takut nanti iman akan ‘yanqus’(berkurang).apa-apa pun, akak sayang kinah…!

SHIDA : Adik bongsu dalam kem. Baru darjah 2. Senang dipujuk intik melakukan sesuatu perkara, dan sangat manja. Aku dan sahabat-sahabatku merasakan shidah sangat unik. Pada usia yang macam tu, dia bertanyakan soalan yang sangat kedepan bagiku. Cara fikirannya juga lain dari adik2 lain.. Akak tahu yang shida akan jadi orang yang hebat satu hari nanti.Sayang Shida..!

AKAK : Nama dia, Amal Husna.. seorang kakak yang sangat-sangat bertanggungjawab terhadap adik dia. Segala yang adik perlukan dia akan sediakan, dia akan carikan. Kalau adk sakit, dia akan tampalkan plaster.Sangat kagum! Jelas sekali sikap tanggungjawab dalam dirimu, akak.Sayang akak…!

ADIK: AMAL NAJEHAH. Paling manja. Sangat manja. Sesiapa yang nampak dia, mesti nak usik dia, dan mesti rasa nak angkat dia!! Hehe.. Adik sangat cepat belajar, menghafaz pun dia cepat. Bagus! Sayang adik…!

Dah habis dah..huhu..malas nak cerita pasal peserta lelaki..Iskandar, Faiz, Arifuddin..Semuanya baik-baik. Dan tak lupa juga pada Nabil, Azhar dan Muhammad.

KALIAN SEMUA PERMATA ISLAM!!!

4 comments:

Anonymous said...

“Keperitan, kesedihan, kepedihan yang ditanggung oleh baginda jauh berkali-kali ganda lebih hebat dari aku. Tapi, lihatlah bagaimana manusia hebat ini hadapinya? Semuanya diiringi dengan sabar, tabah dan kebergantungan kuat pada Allah swt. Bukannya mengeluh, berputus asa, dan cepat ‘blame’ orang! Aku mahu jadi seperti dia! Ya! Aku mesti contohi baginda!”
Salam..,
Maafla klu ana yang anti maksudkan cepat mengeluh, berputus asa n cpat blame orang...
Ana bukan sempurna.. ana xmampu jd mcm Rasulullah S.A.W...
Ana sentiasa cuba untuk berfikir sebagaimana berfikirnya insan mukmin soleh...tapi setelah diamati, ana buntu, kedua2nya perjuangan..semuanya berkaitan dengan syariah.. samada janji/pengharapan/hak/kewajipan dan di antara program tarbiyyah adik2/perikemanusiaan..Ana terpaksa buat pilihan dengan tiada pilihan yang diberi..maka ana sedar, situasi ana sangat berlainan dengan situasi perjuangan dakwah Rasulullah dalam erti sesuatu konsep.. kerana apa?? kerana mau 'id..janji n meeting dengan sahabat2 yang datang dri jauh yang sudah dirancang terlalu awal..,kerja tertunggak terlalu banyak, panggilan fon teramat banyak..semua harapan orang terhadap perjuangan awal yang ana pilih..sebagaimana Rasulullah dilatih pada peringkat awalnya dalam bidang bisnez untuk menjadi da'ie yang terulung...kenapa bisnez first before be the best da'ie..

Ana mengenepikan awalawiyyat ana demi adik2..ana memohon maaf dengan semua terlibat sal temujanji, bank in, fax, email, n lain2.. mesti diorang sedih dan xkurang pula yang menyalahkan ana.. Ana redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah, jika memang inilah ujian-Mu.. ku bahagia kerana Engkau sudi mengujiKU..ku takut andai gagal dalam ujian-MU..
QYC..Hmm, ana xprepare y terbaik..ini semua keje last minute.. xefisyen xde syura..sebab 2 ana xsetuju..ckupla ana blame2 orang..sepatutnya ana blame diri sendir i..ni jalan perjuangan yang ana pilih..tp,thu x kenapa ana blame2 di hadapan semua...sbb?? ana nak kita semua belajar, sedar tentang harapan ibu2bapa2 adik2...tidak kurang juga ana cma membuat kepelbagaian dalam menenangkan hati ini selain zikrullah... dan kita dapat buat resolusi yang ana kira dapat ‘menenangkan’ ana sementara waktu cuma..

Anonymous said...

Sambungan..
Tahu x melalui bercakap kita akan berfikir balik apa yang kita ucapkan itu tidak beberapa lama kemudian sebanyak 2 x berbanding sesuatu yang kita pendamkan..(tapi kena pada tempatla..)
tp kenapa ana utamakan QYC walaupaun hati ana derita..
Allah lah tempat pengharapan terbaik dikala diuji dengan ujian yang amat dahsyat bagi insan kerdil ini..
Sebagai peringatan bersama..
Suatu masa dulu,pernah ana diugut bunuh dalam perjuangan dakwah .. mungkin kerana semangat ana yang berkobar2 ana kira..celaan & cacian kesat singgah di telinga.. ugutan datang bertubi2..sehinggakan pada suatu hari pisau kuning tajam dihunuskan hampir pada dada ana..xpelah panjang ceritanya nantikan sedih pla... mesti kalian fikir ana takut sangat2kan?? Ya, ana memang takut tapi dalam ketenangan.. Allah terasa terlalu hampir, Rasulullah bagai melambai2 menyambut kehadiran pejuangnya... ketenangan senang dihayati sebab kita sememangnya sanggup menunaikan janji untuk Allah Pekuasa yang Mutlak..
Ianya memang berbeza dengan pilihan pada kali ini..
Mungkin sebab sesuatu ya ng berbeza maka ana bersikap berbeza.. ana cuba menjadi terbaik untuk semua hal, tapi ana tersangat yakin ana bukanlah yang terbaik dan tidak sekali2 mampu menjadi terbaik..
Paling menyedihkan...family ana dah 2 mggu tggu ana balik.. they want t0 see me, n discuss about something.. kakak ana hampir beli tiket utk ana.. tp ana sempat cansell, semua balik rumah masa 2..mak ana tersangat sedih mse dia cakap dalam fon...tau x ana nangis pas2..
shbt2 manager pun tggu jgak sbb dah rancang sal meeting before mereka register..
harapan orang sangat berbeza dengan harapan kita...
kita sanggup mengenepikan keutamaan kita demi harapan dan janji untuk orang-orang-orang lain..walaupun kita terpaksa mengorbankan sesuatu... kenapa kita terpaksa korbankan sesuatu demi sesuatu..mgkin kita insan yg terlalu kerdil untuk uruskan segalanya.. dengan masa yang seadanya, tanggungjawab dan hak kewajipan yang mendatang..Ana insan yang lemah Ya Allah..
maaflah kalau masa ana tertekan bukannya contoh yang terbaik...

- Insan Kerdil

alifnunalif said...

w'salam..

Masya Allah..panjang sungguh komen 'insan kerdil; ni..
penulis pun tidak menulis post sepanjang ni..but it;s ok, kita just berkongsi dalam ni..

awwalan,kemaafan dipinta pada insan kerdil jika tulisann ini telah menyinggung perasaan. dan untuk pengetahuan semua, tulisan ni sememangnya merujuk pada ana, bukan pada anda, pada kamu, pada hang, pada anta, atau pada nti. tapi ianya pada diri ANA sendiri..

Asif jiddan..

Pada insan kerdil, satu yang cuba nak katakan..kita dalam berjuang ni, tidaka kisahlah dalam bidang apa pun, semuanya mesti buat yang terbaik, sehabis baik, baik dalam study, perniagaan, dakwah dan lain-lain.Semuanya adalah demi mengajar redha Allah.

Dan masa ini lah, Allah akan beri kita ujian yang mungkin kita tidak sangka2 beratnya. tapi ketahuilah, semua ujian itu kita mampu, dan boleh hadapinya...cuma yakinlah dengan Allah, kuatkanlah pergantungan padaNya..

Selemah-lemah mana pun kita, ingatlah, kita ada Allah.
Ana pun tak tahu nak cakap apa, sebab 'insan kerdil' lebih memahami dan arif dalam ni..

Sama-samalah kita berjuang sehabis baik..

maaf pada semua...

Wallahu a'lam..

SARA said...

Salam ukhwah,

Innamal mukminuna ikhwah- Sesunggunhnya orang beriman itu bersaudara semuanya. Apakah istilah saudara seIslam itu benar?

Allah melihat kepada kerja dan amal hambanya bukan kepada outputnya. Kerja yang dilakukan atas dasar ikhlas tentu tinggi nilainya disisi Allah swt.

Pertemuan dan persaudaraan adalah bergatung kepada penentuan Ilahi kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud jika kita berkawan degan penjual minyak wangi maka kita akan turut wangi.

Teruskanlah perjuangan mengikut kapasiti mu!