Saturday, January 2, 2010

Buruk Sangka..




Bismillahi walhamdulillah..
 Alhamdulillah aku diberi teguran ‘direct’ dari Allah. Aku bersyukur aku tidak terus hanyut dan hanyut dengan sikapku.Alhamdulillah..
 Ingin berkongsi sesuatu..
Pernah tak anda(maksud saya, ‘kamu’ yang sedang membaca tulisan ini! Bukan orang lain!!) menyangka buruk pada sahabat anda? Tak pun, pandang serong pada dia? Atau maybe anda lebih faham dengan term “su’uzzhon”?  atau apa-apa sahajalah..tapi yang pasti, bersangka buruk pada sahabat sendiri..
Hm..inilah yang terjadi padaku.. Siapa aku dan siapa kau, nak pandang serong pada orang lain?  Kita tak tahu pon  apa yang terjadi  sebenarnya pada sahabat kita tu..tapi kita terus bagi ‘kesimpulan’ yang pelik-pelik  pada dia. Cuba kita fikir kejap..
-Maybe dia ada problem sampai dia berkelakuan macam tu?
-Maybe dia  sakit, sebab tu dia tk pergi?
-Maybe dia ada perancangan dia sendiri kenapa dia buat keputusan macam tu?
-Maybe dia tak nak susahkan kita, sebab tu dia tak nak bagi tahu?
-Atau maybe dia ada hujah-hujah dia sendiri kenapa macam ni, dan kenapa macam tu?
Ada terfikir tak?Sebenarnya, kita semua  ada terfikir semua ni, tapi SELEPAS kita buat assumption yang pelik-pelik dan batil pasal dia. Sampai hati kita berakhlak macam ni pada sahabat2 kita. Amat menyedihkan..Dan yang LEBIH MALANG lagi,  kita MENYEBARKAN pulak ‘KESIMPULAN PELIK’ yang kita buat tu pada orang lain..Astaghfirullah al-Aziim.. dan orang lain yang mendengar terus menyebarkan dan menyebarkan dan mnyebarkan..sahinggalah nama sahabat kita itu busuk, dan semua orang pandang serong pada dia..Kasihan pada sahabat kita tu kan?Semuanya gara-gara kita..
Satu je yang aku nak sarankan..(ulama pun menyarankan, tak ingat imam apa..asif. ada kisah pasal ni di antara 2 imam).. sebelum kita fikir yang bukan-bukan pasal sahabat kita, kita sepatutnya pergi pada dia, dan bertanya secara direct dan jelas. Apa yang terjadi, Mengapa dan Kenapa? Or apa2 je lah soalan yang dapat memberi penjelasan perihal dia. Benda ni PENTING JIDDAN bagi mengelakkan kita suuzzhon pada sahabat kita..Please ask her/him first!!
If kita tak nak tanya, kita tak ada hak pun untuk buat apa-apa kesimpulan tentang perbuatan dia..
Satu yang aku pegang, “Aku kena thiqah dengan perbuatan sahabat aku..jgn cepat melatah jika nampak sesuatu yang buruk pada dia”..
Alhamdulillah sangat2 Allah beri aku pengajaran..dan aku tak nak sahabat2 lain pun mempunyai sikap macam ni..Sama2 kita perangi SU’UZZHON!!! 
Wallahu a’lam..


2 comments:

adiela said...

Salam,

Syukran atas perkongsian.
Husnudho ; dos ketenangan, hidup ceria, ujian duka jadi ibadah.

Uhibbuki fillah ya ukht, mga kau dan aku sentiasa dlm peliharaanNya, aamin...

Wallahua'lam.

>> dipetik dari : Ukhwah islamiyyah, Syeikh Nasih Ulwan >>

alifnunalif said...

Syukran sahabat..=)

Ana tahu, masalah ni sering sangat berlaku di kalangan kita. even ana pon dalam proses tadreeb untuk husnuz zhon pd sahabat..=)