Wednesday, January 20, 2010

KEMATIAN

Bismillahi walhamdulillahi..

Isnin - petang- habis kelas fiqh

We just have to..(bunyi call masuk) -lagu maher zain-Open your eyes (promote sket)

"Ainul, mak sedara kami baru meninggal.. tolong sedekah fatihah kat dia naa.. dah nak simpan dah, kami baru taw..sedihnya,,"

Selasa -malam- pukul 12.30 mlm

Toint..toint..(bunyi msg masuk)..dari Asma'

"Ainul, sedekahkan  Al-Fatihah kat pak lang "@#$%&" , baru meninggal tadi. Dia down sangat tadi"


Ya Allah.. sahabat aku berdepan dengan 2 kematian dari saudara terdekat 2 hari berturut-turut..
Betapa terkilannya dia tidak dapat menatap 2 saudara terdekat. bertambah lagi, dia sudah lama tidak pulang. Allahu Akbar.. Beratnya ujian Allah pada dia. Tapi aku tahu dia kuat, dan dia boleh hadapinya. Malam tu, dia sempat lagi buat lawak dalam tangisan. Kau sangat kuat sahabat.. Bersabarlah.. Aku sentiasa mendoakanmu..

Dan sepanjang semester ini, banyak yang telah dia hadapi. Sangat banyak.. Tapi tak ramai yang cuba memahami dia. Aku tidak salanghkan seisapa. Langsung tidak. Dan aku sangat kagum dengan dia,dia langsung tidak menghiraukan persepsi negatif dari orang sekeliling, malah dia terus kuat dan kuat.. dan aku ingat lagi kata-katanya yang menyentuh hati..

"ainul, kami tak kisah orang nak kata apa kat kami, kata lah...
Kami tak kisah depa nak pandang macam mana pun.. memang kami tak kisah..
Yang penting, kami taw kami buat apa, Allah taw apa yang kami buat, dan kami taw benda tu tak salah."

Ya!! dia memang betul. dan dia sangat kuat. Sahabat, bersabarlah..Sesungguhnya Allah sangat menyayangimu. Kau sangat bertuah!!!

Wallahu a'lam..

No comments: