Tuesday, November 30, 2010

Berblog.

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ainul, kenapa nti tulis blog? " tanya seorang sahabat.

" Saja. Suka. Rasa nak menulis. " Dan jawapanku itu memang menghampakan dia. Dia yang sedang mencari sebab untuk berblog.

Entah.



Aku bukanlah pandai melakar kata-kata indah dan puitis. Aku juga bukan seorang yang minat untuk menulis seperti Jamilah. Aku juga tidak ada banyak ideologi dan idea untuk dikongsikan.

Aku cuma mahu menulis. Rasa ingin mencurahkan sesuatu. Berkongsi apa yang aku rasa. Aku tidak kisah jika ada yang dibaca atau tak, atau tidak ada yang respon. Langsung tak kisah. Aku cuma lega kalau dapat tulis 'benda' yang aku susah nak cakap. Tapi tak bermakna aku ni perahsia dan pendiam. Cuma rasa nak menulis.
Dan aku jugak harap, jika ada yang membaca, dapat beroleh sesuatu. mungkin tidak banyak yang boleh diambil ibrah, tapi cukuplah sedikit yang mengesankan hati.

Dan semestinya, aku sangat menyokong pendapat Jamilah, -blog juga salah satu mengumpul saham kita di akhirat nanti- . Perhaps.

Dan aku juga sangat berterima kasih pada Hilal dengan perkongsiannya tentang daei blog baru-baru ini. Sangat memberi kesan. Aku sudah tahu, cuma bila ditulis sebegitu, aku jadi lebih memahami konsep berblog.
Boleh baca sini.


Ape2 pon, hati mau bersih aa...


Em.dah kot. Tata...


No comments: