Tuesday, February 2, 2010

hilangnya cinta itu..


‘Dia’..



Aku sangat sayang pada ‘dia’..


‘Dia’ sangat penting pada aku dan pada kamu juga..


Kalau ‘dia’ hilang, semua pekerjaan tidak sempurna..


Ada aja yang tak kena..


Aku dah penat hidup tanpa ‘dia’..


Letih hidup serba tak kena..


Lelah rasanya..


Manakah ‘dia’?..


Ah..aku dah selalu rindu pada ‘dia’..






Dulu aku pernah ada ‘dia’ sekali


Aku tak pernah sepi..


Even semua orang tak cakap dengan aku..


Tapi aku ada ‘dia’..aku dah cukup happy..


Semua masalah boleh diselesaikan adanya ‘dia’..


Aku akan sentiasa ‘cool’ dan senyum bila berdepan musibah..


Aku rasa sangat selamat dan terjaga adanya ‘dia’


‘Dia’ sangat membantu aku..






Tapi aku tak jaga ‘dia’ elok-elok..


Perlahan-lahan dia mula tinggalkan aku..


Aku terlalu sibuk sampai tak ada masa nak jaga ‘dia’..


Aku dah tak layan ‘dia’ sangat..


Aku dah mula tinggalkan sedikit demi sedikit semua yang aku selalu buat untuk ‘dia’..






Dulu aku baca Quran 4ms sehari..


Sekarang tinggal 1ms..


Dulu aku tidak pernah tinggal solat dhuha..


Tapi sekarang aku dah mula tinggal-tinggalkan..


Dulu..aku rajin puasa sunat..


Tapi sekarang tidak lagi..


Dulu..aku rajin kejutkan orang bangun qiam..


Sekarang ..orang yang kejutkan aku bangun..


Dulu aku solat di awal waktu..


Sekarang tidak lagi..


Dulu..aku sangat menjaga ‘dia’


Sekarang.. tidak lagi..






Sebab tu la ‘dia’ pergi tinggalkan aku..






Tapi itu dulu..


Bukan sekarang..Aku baru dapat jumpa ‘dia’..


Aku seronok sangat!! Aku dah jumpa ‘dia’


Lama sangat aku cari ‘dia’..


Dan kali ini..


Aku tidak akan mengulang kekhilafan yang sama..


Aku akan jaga ‘dia’ elok-elok..


Aku akan genggam ‘dia’ erat dalam tapak tanganku..


Aku akan peluk kejap dalam pelukanku..


‘Dia’ akan sentiasa ada dalam fikiran dan hati aku..


Tidak akan sekali-kali aku abaikan ‘dia’


‘Dia’ amat bermakna bagi aku..


Moga aku terus kuat mujahadah menjaga cintaku..

3 comments:

~Jamilah Mohd Norddin~ said...

Assalamualaikum, Ainul..

Semoga 'dia' sentiasa bersama Ainul dan Ainul mendapat ketenangan yang dicari..

Semoga kamu di bawah redha Allah selalu.. Terbaik, Ainul.. :)

:: intan syahidah :: said...

jalan mujahadah itu luas, tapi penuh belukar, ranting-ranting kayu, duri-duri pokok, kadangkala ditiup angin kencang, ditambah pula hujan lebat.
dan saat kau letakkan kesabaranmu, diatas sabar
dan kau melangkah satu inci sehari pun
DIA akan datang kepadamu
dengan berlari...
kerana DIA adalah apa yang hamba-NYA fikirkan...

"hadith qudsi : aku adalah apa yang hambaku fikirkan ... "
jangan mengalah dalam mujahadah ye ainul...
salam mujahadah... :)

alifnunalif said...

Setuju..jalan mujahadah adalah jalan yang sangat perit melaluinya tapi penuh kemanisan di penghujungnya..

Terima kasih j n intan atas doanya..