Sunday, February 21, 2010

mahasiswa 3S vs. mahasiswa 3K


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah wa syukran lillah dengan semua nikmat yang masih dipanjangkan hingga ke hari ini. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan minda sedar dan sentiasa positif dan optimis dalam apa jua yang dilakukan bagi meneruskan kehidupan harian.

Straight to the point. Aku cuma ingin kongsi satu dua benda dengan kalian. Di institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta, terdapat dua jenis mahasiswa. Yang pertama, mahasiswa 3K, dan yang kedua adalah mahasiswa 3S. Kedua-dua kategori mahasiswa ini mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali. Mereka berbeza dari segi gaya hidup, cara fikir, fikrah, berbeza matlamat, dan yang paling ketara adalah berbeza personaliti dan karakter.

Mahasiswa 3K

Apa itu 3K?

"Kelas"

"Kafe"

"Katil"

Mahasiswa 3K adalah mahasiswa yang hidupnya di universiti adalh berkisar pada 3 tempat di atas, Bangun pagi dari katil, terus ke kelas untuk belajar. Berhenti kejap di kafe untuk menjamu selera, dan sambung semula belajar di kelas. Dan apabila sampai di penghujung hari, balik ke bilik dan terus terlentang atas katil. Dan esok berulang lagi rutin yang sama, berulang dan terus berulang. No improvement towards himself except their knowledge. Itupun if ilmu tu diamalkan. Mereka sangat tekun dalam study, dan sangat menitikberatkan semua assignment yang diberikan. tetapi mereka langsung tidak berminat untuk bersosial atau pun dalam kata lain, aktif dalam persatuan dan kelab. Langsung tidak ambil tahu apa yang berlaku di dunia universiti dan dunia luar. Kosong. Maka, akan lahirlah mahasiswa yang mendapat CGPA yang tinggi, 'excellent' tetapi 'lengai', dan lemah dari segi leadership, softskill dan sebagainya. dan boleh juga saya katakan otak tidak berkembang dengan sepenuhnya. Kamu tidak akan dapt menggunakan otak kamu sepenuhnya.. Adakah kamu begitu?

Mahasiswa 3S

3S adalah...


"Study"

"Skill"

"Society"


Hurm, sudah pasti anda dapt mengagak kriteria mahasiswa 3S ini kan? Mereka sama seperti mahasiswa yang lain, yang rutinnya belajar, makan dan tidur di katil masing-masing. Tetapi berbezanya di sini apabila mereka tahu bahawa di universiti inilah tempat mereka boleh mengasah softskill mereka umpamanya seperti public speaking, leadership, multimedia, dan penulisan. Mereka bukan sekadar belajar ilmu akademik, tetapi dalam masa yang sama belajar benda baru(soft skill) di celah-celah masa belajar akademik yang ada. Sebagai contoh mudah, melibatkan diri dalam seminar-seminar ynag melibatkan pembangunan diri dan kemahiran. Mahasiswa yang berkebolehan seperti inilah yang dikejar-kejar majikan.

Mereka juga melibatkan diri persatuan-persatuan dan kelab-kelab. Melalui persatuan, mereka bukan sekadar menambah cocuriculur merit dan kemahiran, tetapi juga mempelajari protokol-protokol kerja professional dan dalam masa yang sama, peluang untuk membuat kebajikan pada masyarakat dan ummah terbentang luas.

Tapi masalahnya sekarang, rata-rata mahsiswa yang terlalu aktif dalam persatuan menyebabkan mereka kurang tumpuan dalam pelajaran, dan seterusnya "lingkup"lah study mereka. Dan secara automaticnya, ibu ayah akan kecewa.huhu...

Mahasiswa seharusnya tahu menguruskan aktiviti yang bertimbun sesuai dengan keutamaannya, atau lebih senang kita kata, belajarlah fiqh aulawiyat. Buatlah semua kerja lillahi ta'ala da carlah kemanisan dalam semua pekerjaan kamu itu. Dan yang paling penting, you know what are you doing!!!


Wassalam..



4 comments:

~Jamilah Mohd Norddin~ said...

Huhu, bosannya hidup yang tiga K tu.. Walaupun akademik berkembang, skill tetap kat tahap tu gak kan..

Agaknya J boleh masuk mana ek? Dua2 kategori takdak..

J dalam, kategori
Kelas, katil, internet (kki) Boleh tambah lagi kategori tu hehe..

budak u sekarang makin suka main facebook.. dulu frienster, tapi dah tak laku sangat... Hari-hari kena update.. haha, macam J yang ketagih blog..

Okey, panjang pula J merapu..

Jemput baca entri kat lukluahjamilah.blogspot.com..

Mesti ang ingat cerita masa tu.. haha..

Sowiiii, panjang merapu. :)

ijad said...

cantik blog

alifnunalif said...

a'ah betul tu j...
facebook, friendster... bnyak yang perabih masa kat 2 benda tu..
if g itd, bole kata semua studennt tgh tgk fb..

kmi pon sama ja..bnyk masa perabih kat internet..tu yang ustaz bari selalu marah tu.

apa2 pun, sama2 kita kawal 'ketagihan' internet kita..jangan sampai benda tu melalaikan..=)

:: intan syahidah :: said...

betul betul ainul.
serangan pemikiran yang datangnya dari internet
kite gunakan sebagai wasilah menyebarkan dakwah.
kerana pilihan ditangan KITA
sama ada habiskan masa dengan internet tanpa faedah atau ada faedah untuk UMMAH.
wallahu a'lam. :)