Thursday, February 25, 2010

oh sahabat..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hm..tak ada apa yang menarik untuk diceritakan. Aku cuma masih 'shock' dengan sahabatku yang seorang ni.


Sepanjang minggu ini aku nampak dia seperti biasa. Tiada apa yang beza, cuma nampak sedikit muram mungkin disebabkan masalah PTPTN nya masih tidak selesai-selesai. Memang berat ujianNya. Walaupun begitu, aku masih boleh lihat lagi senyumannya walaupun tidak seceria dulu. Dia memang seorang yang kuat dan berjiwa besar.


Tetapi semalam..


Barulah ku tahu apa yang ditanggung oleh sahabatku ini. Betapa dia sanggup untuk menyimpan masalh yang dihadapi seorang diri. Terasa diri begitu kejam kerana tidak bertanyakan perihalnya dan membiarkan dia.. Maafkanku sahabat.


Aku sangat terharu melihat dia menitiskan air mata. Dari anak matanya, aku boleh agak, betapa dia terseksa dan menderita menanggung ujian Yang Maha Esa seorang diri. Betapa dia cuba gagahkan diri. Betapa dia cuba melemparkan senyuman walaupun hakikat hatinya tiada siapa yang tahu. Menangislah sahabat. Menangislah semahu-mahunya..


Ya, memang betul, bila kita rasa hati kita tidak senang dengan apa yang kita lakukan, meaning that something wrong. Kita rasa dah buat benda betul, tapi hakikatnya tidak sama sekali. Lama kelamaan, boleh jadi niat suci kita bertukar menjadi sesuatu yang dimurkai Allah. Nauzubillahi min zalik. Semuanya kerana hal-hal kecil yang kita pandang enteng. Hurm..Semuanya berbalik pada hati.


Hakikat sebanarnya, hati kita semua rindukan tangisan taubat dan keinsafan, rindukan zikir-zikir yang beralun di dalam hati, rindukan kata-kata azimat menyejukkan jiwa dan rindukan perasaan bertuhan. Kadang-kadang, bila kita terlalu seronok dengan dunia (kita tak sedar pon, kadang-kadang tu), kita jadi lupa semuanya. Kita rasa macam kita dah boleh imbangkan semuanya, tapi sebenarnya tidak.


Tidak mengapa sahabat, sama-sama kita mintak petunjukNya memohon agar jalan yang kita pilih ini benar-benar jalan yang Dia redhai. Maafkan aku atas kekhilafanku yang tidak cakna dengan sahabat sendiri. dan terima kasih tidak terhingga kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku.


Pertemuan semalam amat bermakna bagiku.. 

No comments: