Thursday, July 8, 2010

DIPERJALANKAN DAN NAIK

Bismillahi walhamdulillah..

Aku yakin kebanyakan orang tahu perkara sejarah yang berlaku di dalam bulan Rejab ini. Mukjizat dari Allah yang memperjalankan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa(Palestin), dan kemudian dimi'rajkan ke Sidratul Muntaha, bertemu dengan Rabb hanya dalam satu malam.

Semua orang sudah tahu kerana saban tahun, masjid-masjid dan organisasi-organisasi bertungkus-lumus merencana program-program ilmiah sempena Isra Mikraj bagi kesedaran masyarakat. Tidak kurang juga pada tahun ini, pelbagai aktiviti, ceramah agama dianjurkan.

Tetapi, berapa ramai lagi umat Islam yang masih belum percaya akan Israk Mikraj ini. Ada yang beranggapan tidak logik dek akal, dan tidak mungkin berlaku pada zaman kuno dahulu. Ada juga menganggap Baginda diIsrak dan Mikraj di dalam mimpi, dan pelbagai lagi tohmahan palsu dikenakan kepada baginda SAW. Sudah jelas, golongan ini tidak mempercayai kuasa Allah yang dapat melakukan apa sahaja. Kita tidak usah pelik orang tidak mahu percaya, kerana semasa Nabi Muhammad SAW menceritakan hal ini kepada umatnya pon, ramai yang tidak percaya, bahkan menurut satu riwayat Ibn Hisyam, ada yang sampai murtad!

Jawapannya mudah. Kalau kita tanya logik akal, memang tidak logik.
Tapi, kalau kita tanya logik iman, semuanya logik jika kita percaya pada kuasa Sang Khaliq.

PENGAJARAN ISRAK MIKRAJ

1- Betapa pentingnya solat yang telah difardhukan kepada kita. Solat difardhukan diSidratulMuntaha, berbanding dengan ibadat puasa, haji dll difardhukan melalui penuruunan ayat Quran(wahyu). Jelas menunjukkan peri pentingnya solat.

2- Kepentingan Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, di situ jugalah, Nabi kita mengimamkan para Anbiya'. Tapi, jika kita lihat, bagaimanakah nasib Al-Aqsa sekarang? Apa yang kit sudah bantu?

3-Nabi berhijrah dari Makkah ke Palestin dan menemui Allah Azza waJalla dan mengalami pelbagai peristiwa menarik. Apabila Baginda Nabi pulang, baginda bersusah payah menceritakan perkara ini, dan bertungkus-lumus menceritakan perihal solat yang baru difardhukan kepada umat Makkah. Kita boleh lihat betapa bersungguhnya Nabi SAW dalam berdakwah. Sikap ini yang perlu ada pada diri setiap KITA.

*Hasil ceramah Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

Wallahu a'lam..

No comments: