Monday, May 31, 2010

DOA UNTUK KONVOI GAZA





Wahai saudara seislam ku!!!


Ayuh berdoa untuk keselamatan saudara kita yang dalam perjalanan ke Gaza!


Ayuh membaca qunut nazilah dan solat hajat.Moga kemenangan di pihak kita.


Adakah kita mahu berdiam diri dan hanya melihat? ayuh sebarkan pada saudara2 Islam yang lain..


Apa yang kita boleh buat adalah berdoa dan menyampaikan serta menyebarkan maklumat. Itu tugas kita sekarang...

اللهمﺇنانجعلك في نحور أعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم     
 وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك 
يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله 
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم
وانصرنا عليهم


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PETER VEANA REVERT TO ISLAM


SUBHANALAH>ALHAMDULILLAH.....
Berita Penuh klik Sini .
Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.


SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 3


Gambar hiasan

Dan yang terakhir, yang terdapat di dalam buku "Penghinaan Terhadap Rasulullah"..

Syubhat terhadap Rasulullah SAW:

Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk menyebarkan Islam dengan mata pedang(keganasan).
JAWAPAN:


  • Jihad yang disyariatkan dalam Islam adalah berlawanan dengan jihad yang difahami oleh musuh.ereka menganggap kita berperang kerana kita adalah ganas. Jihad didalam Islam ialah:
-TUJUAN 
-mempertahankan diri dan membalas serangan
-memelihara keberlangsungan dakwahndan memebri peluang kepada yang lemah untuk memeluk Islam
-menuntut hak-hak yang dinafikan
-membantu menegakkan keadilan dan kebenaran


-SYARAT
-Tidak boleh membunuh orang tua, kanak, serta wanita
-Jihad akan terhenti jika pihak musuh ingin berdamai
-Menjaga persekitaran seperti tidak memusnahkan haiwan, tumbuhan dan rumah ibadat sertasumber-sumber minuman.  
-Menjaga tawanan dengan baik, dan tidak zalim


-KESAN
-Mendidik jiwa kepahlawanan dan keberanian
-Menghapuskan toghut yang bersemadi dalam hati-hati manusia 
-Utamakan kepentingan umum berbanding peribadi
-Merealisasikaj kekuatan dan keizzahan yang ada pada Islam

ISLAM AGAMA YANG MULIA, IZZAH, TINGGI
dan TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA..

Wallahu a'lam..Semoga semuanya benar2 belaka..

SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 2

Sambungan...

Syubhat seterusnya terhadap Rasulullah SAW:

Nabi adalah seorang yang kuat nafsu, sebab itu baginda berpoligami.
JAWAPAN:



  • Berpoligami lebih dari empat pada zaman Nabi adalah keizinan dari Allah Subhanahu waTaala dan itu adalah kerana masalah dakwah, dan bukannya kuat nafsu apatah lagi ketika itu baginda berusia 50 tahun.
  • Nabi SAW berpoligami selepas Siti Khadijah Khuwailid, isterinya meninggal dunia iaitu setelah 28 tahun Nabi SAW hidup bersamanya.
  • Kebanyakan isteri-isteri yang dikahwini Nabi SAW adalah janda melainkan Aisya Radiaalahu Anha.
  • Kita juga perlu tahu bahawa ada beberapa kategori wanita yang dihalalkan kepada Nabi SAW seperti:  
-Wanita yang mempunyai mahram yang diberikan mahar. 
-Hamba wanita dari ghanimah perang : Juwairiah, Sofiah, Mariah dan Raihanah Radiallahu Anha
-Kerabat dari kaum keluarga Nabi SAW yang berhijrah. ( 5 orang dari isteri Nabi berbangsa Quraisy)

PERJELASKAN FAHAMAN KITA TENTANG RASUL JUJUNGAN SAW.

Sunday, May 30, 2010

SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 1



Sekadar perkongsian bersama. =). Saya baru baca sedikit buku "Penghinaan Terhadap Rasulullah" oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Asri Mat Daud. Sangat menarik ulasannya dan disertai dengan dalil-dalil yang cukup kuat dari nas dan hadis.

Antara syubhat terhadap Rasul Kekasih Allah (s.a.w):

Rasulullah bukan maksum dan banyak melakukan kesalahan kerana Allah ada tegur baginda mengenai ijtihad seperti ayat yang menegur ijtihad Nabi dalam masalah tawanan perang Badar, ini membuktikan baginda tidak maksum.
JAWAPAN:


-Kemaksuman baginda dan para Rasul perlu difahami. Memang mereka manusia biasa, tapi disebabkan status mereka sbg Rasul, Allah memelihara mereka.


-Rasul diutus untuk menyampaikan risalah Allah subhanahu wa Ta'ala untuk melaksanakannya..sebab itulah maksum kerana risalah itu dari Allah.


-Perkara yang termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw :

  • Maksum dalam menyampaikan wahyu Allah..maksudnya baginda tidak terlupa dan tersilap dalam dakwah...
  • Maksum dari dibunuh oleh musuh sehingga dapat menyampaikan semua keseluruhan risalah Allah subhanahu wata'ala.
  • Maksum dari maksiat0maksiat dan dosa besar.

-Perkara yang tidak termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw:

  •  Dalam beberapa keadaan baginda terlupa kerana baginda manusia biasa.
  • Kesalahan dalam ijtihad pada perkara yang tidak ada nas
  • Kesalahan-kesalahan kecil sebagai manusia biasa.
Wallahu a'lam.Semoga diatas ini benar-benar belaka.

Friday, May 28, 2010

Rindukan sahabat





Aku sangat rindukan sahabat aku..


Sangat-sangat. Masa menjarakkan kami. Kesibukan dia yang teramat sangat juga menjarakkan kami. Aku semakin takut jika aku kehilangan dia. Bersahabat dengannya menjadikan aku seorang yang kuat, positif, yakin diri, pentingkan pandangan Allah, dan banyak lagi.


Semua masalh dia, dia ceritakan padaku. Begitu juga sebaliknya. Tiada yang lain, hanya pada dia aku ceritakan. Tidak juga kepada ibu bapaku. Susah senang kami bersama. Orang kutuk, pandang serong, hina, semuanya kami bersama.Hanya Allah sebagai sandaran kami berdua dan tempat bergantung.


Tapi..


Sejak akhir-akhir ini, ku rasa jauuh sekali..sangat jauh...
Mungkin juga itu cuma perasaanku..
Dia semakin sibuk..susah sekali untuk membalas mesej dan emelku..
Perbualan kami juga tidak semesra dulu...
Adakah sebaik buka semester baru, aku akan kehilangan sahabatku ini...?


Aku redha Ya Allah, jika perpisahan yang akan aku hadapi...aku redha...
Aku tahu, semua ini adalah pinjaman dariMu, aku bersyukur dikurniakan sahabat sebaik dia...Kau pinjamkan dia sebagai teman di kala aku susah dan senang..Kau jadikan dia wasilah aku lebih dekat denganMu.. Terima kasih Ya Allah...


Rahmati dia dimaan dia berada..Pelihara dia dari melakukan perkara kejahatan.lindungi dia..berkatilah hidupnya.. Semoga ukhuwah kami dirahmatiMu..


 Sanah Helwah ya Ukhti... yang akan menyambut hari lahirnya pada 1 JUN 2010.. 

Normalisasi Muqaddimah Zina - Saifulislam.Com

Tiada lagi alasan.

Jemput baca artikel Saifulislam.Com di sini.





Tiada lagi hujah.


Tiada lagi sebab.


Memang sudah jelas, terang, bersuluh, bahawa perkara-perkara yang remeh dan kecil dapat membawa kepada yang lebih besar. Dapat membawa kepada zina.


Tiada lagi ayat : "alah, baru sembang je..bukan pegang pon.."
                        "takkan tengok pun salah...kolot la hang no.."
                        "ni kira ok la ni, pakai tudung, tak kisah la camana pun, asalkan rambut tak nampak..kecoh                r.."
                        "kami tak buat apa-apa pak cik, kami cuma bersembang dalam telefon je.."


Semuanya, jika salah caranya, dan salah niatnya membawa pada mungkar.


JANGAN PANDANG REMEH PADA BENDA_BENDA YANG KECIL. KERANA YANG KECIL ITULAH PENYEBAB PERKARA YANG LEBIH BESAR.

Thursday, May 27, 2010

MENGAWAL MARAH

Marah. Aku benci dengan marah. Aku tak suka bila aku marah. Bila dah lepaskan kemarahan, hati rasa terseksa, jiwa rasa menyesal sebab tak dapat kawal marah, tidak kurang juga rasa sedih sebab tidak berjaya menahan marah dan membiarkan syaitan terus bermaharajalela. Apa yang lebih menyedihkan, apabila kita memarahi orang yang kita sayang. AKU BENCI BILA AKU MARAH!


Menanglah ssyaian. Sudah tentu syaitan bertepuk tangan berpesta apabila berjaya membuatkan anak Adam marah semarah-marahnya.



Bila marah, sudah pasti segala benda tidak elok berlaku.
BARANG DICAMPAK. KERUSI MEJA DISEPAK. APA YANG BOLEH DICAPAI DIPECAHKAN. KATA-KATA KESAT MULA DIHAMBURKAN DENGAN PERASAAN YANG AMAT BENCI. RASA BANGGA BILA ORANG YANG DIMARAHI DIAM DENGAN KATA-KATA KESAT KITA. RASA PUAS WALAUPUN HATI PANAS! 
 Inikah yang kita mahu? Tidak. Sudah tentu jawapannya tidak.


ISLAM ada jawapannya. Islam mengajar umatnya cara untuk mengawal kemarahan.


Apabila sedang marah....


Duduklah  dan diam. Cuba tenangkan hati.
Jika marah lagi, baringlah.
Jika marah lagi, ambillah wudhuk..kerana syaitan itu dari api, dan api dapat dipadamkan dengan air.
Jika marah lagi, kerjakanlah solat sunat 2 rakaat.


Insya Allah, marah akan reda. Tiada seorang pun yang akan marah selepas solat, melainkan dia tidak khusyuk dalam solatnya..


JANGAN MARAH-MARAH aaa....

Wednesday, May 26, 2010

SENARAI LAMAN WEB KERJA KOSONG

Semoga kalian mendapat manfaatnya!


Zaman sekarang ni, nak cari kerja kosong senang je, tak kisahlah part-time ke, full time ke, kerja kerajaan atau swasta, semuanya ada di hujung jari!


Antara laman web yang boleh bantu antum/korang :



  1. www.jobsmalaysia.gov.my
  2. www.jawatankosong.com.my
  3. carikerjakosong.com
  4. www.mudah.my
  5. star-jobs.com
  6. malaysiancareer.com
  7. www.jawatankosongdot.com
  8. findkerja.blogspot.com
  9. www.jobstreet.com
  10. asiaparttime.com
  11. www.bestjobs.com.my
Selamat mencuba!!

Gunakan teknologi di sekeliling anda!

Erti Hidup Pada Memberi - kredit untuk saifulislam.

SOLAT : SUSAHKAH?



Solat adalah tunjang iman seseorang. Jika solatnya baik, khusyuk, diawal waktu, maka kuatlah imannya dan kebergantungannya kepada Allah. Jika solatnya jelek, lewat, tidak khusyuk, selalu tidak lengkap, maka imannya rendah dan tidak ada bezanya dia dengan kafir. Nauzubillahi min zalik.

Apa susahkah untuk solat? Hanya meluangkan masa selama 5-10 minit untuk Allah. Hanya untuk Dia. Dan kerjakanlah ia sebaik mungkin. Pastikan wudhuknya sempurna, bersihkan tempat solat, mengadapNya dengan sebenar-benar ikhlas, dan solatlah. Usaha dan cublah untuk merasai nikmat setiap pergerakan  kita. Alangkah indahnya memuja Allah dengan sepenuh hati.

Rasai kewujudan dia di dalam solat. Penuhi hati dan akal kita dengan zikir dan wirid padaNya. Khas untuk Dia.

Jika semua Muslim merasai perasaan hebat ini, nescaya semuanya tidak tinggalkan solat kerana cinta yang sebenar-benar cinta wujud di situ.

Ayuh! kita...


SOLAT DI AWAL WAKTU 
SOLAT 5 KALI SEHARI

SOLAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
                                          CARI CINTA KITA DALAM SOLAT 
SOLAT DENGAN TENANG

 KEMPEN DIRIKAN SOLAT!!!!

Maut Itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim..

Diminta jasa baik semua pengunjung Muslim blog ini untuk sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham jiran saya yang dikenali Mamu, yang baru meninggal dunia pagi tadi..Al-Fatihah.. Semoga roh beliau dalam keadaan tenang dan tenteram.
Wallahu a'lam..

Tuesday, May 25, 2010

kerjakan MAHU itu MATLAMAT

Bismillahirrahmanirrahim

Saya bosan duduk di rumah. Tiada apa yang boleh dilakukan.
Itu adalah kata-kata orang yang tidak mempunyai matlamat yang jelas. Dia ada matlamat, tapi dia tidak mahu mengerjakan secara serius matlamatnya itu.

Wah..saya suka duduk di rumah! Saya suka cuti! Inilah masanya saya asah bakat saya dalm bidang IT dan memasak masakan yang pelik-pelik!
 Dan ini pula adalah kata-kata orang yang tahu apa yang dia MAHU dan dia sedang mengerjakan MAHU itu!. Dia ada matlamat yang jelas.

Aku tahu, untuk berjaya, seseorang itu harus wajib punya MATLAMAT. Bagaimana nak berjaya jika tidak mempunyai matlamat. Diri sendiri harus tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Apa yang dia ingin jadi. Apabila sudah jelas, KERJAKAN MATLAMAT itu..Seperti kata Amin Idris, apabila seseorang itu sudah bergerak ke arah apa yang dia MAHU, maka itu sudah jadi MATLAMATNYA.

YA! Aku ingin berubah dan berjaya! Aku ada matlamat. Sekarang masa untuk aku bekerja ke arah ITU.

KUATKAN MUJAHADAH.

IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH.

MATLAMAT YANG JELAS DAN BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ALLAH.

LABUR SAHAM BANYAK_BANYAK DI DUNIA SUPAYA UNTUNGNYA DAPAT DI AKHIRAT.

SESI PERASMIAN BLOG BARU



Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, berjaya juga aku buat blog setelah susah payah bertungkus-lumus di depan laptop selama beberapa jam.


Pada tanggal hari ini, 25 Mei 2010, aku tela pasakkan niat dan azam yang tinggi untuk BERUBAH. Dan pembinaan blog di alam maya ini adalah salah satu perubahan yang aku dah buat.


I want to improve myself in all aspects. I hope that I really can motivate myself continuously to keep changing and improving myself. I want to show to my parents that I can do it.


 Last semester made me think deeply bout my future...I know that I must CHANGE NOW or NEVER SUCCESS!!!