Sunday, May 30, 2010

SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 1



Sekadar perkongsian bersama. =). Saya baru baca sedikit buku "Penghinaan Terhadap Rasulullah" oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Asri Mat Daud. Sangat menarik ulasannya dan disertai dengan dalil-dalil yang cukup kuat dari nas dan hadis.

Antara syubhat terhadap Rasul Kekasih Allah (s.a.w):

Rasulullah bukan maksum dan banyak melakukan kesalahan kerana Allah ada tegur baginda mengenai ijtihad seperti ayat yang menegur ijtihad Nabi dalam masalah tawanan perang Badar, ini membuktikan baginda tidak maksum.
JAWAPAN:


-Kemaksuman baginda dan para Rasul perlu difahami. Memang mereka manusia biasa, tapi disebabkan status mereka sbg Rasul, Allah memelihara mereka.


-Rasul diutus untuk menyampaikan risalah Allah subhanahu wa Ta'ala untuk melaksanakannya..sebab itulah maksum kerana risalah itu dari Allah.


-Perkara yang termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw :

  • Maksum dalam menyampaikan wahyu Allah..maksudnya baginda tidak terlupa dan tersilap dalam dakwah...
  • Maksum dari dibunuh oleh musuh sehingga dapat menyampaikan semua keseluruhan risalah Allah subhanahu wata'ala.
  • Maksum dari maksiat0maksiat dan dosa besar.

-Perkara yang tidak termasuk dalam kemaksuman Rasulullah saw:

  •  Dalam beberapa keadaan baginda terlupa kerana baginda manusia biasa.
  • Kesalahan dalam ijtihad pada perkara yang tidak ada nas
  • Kesalahan-kesalahan kecil sebagai manusia biasa.
Wallahu a'lam.Semoga diatas ini benar-benar belaka.

No comments: