Tuesday, May 25, 2010

kerjakan MAHU itu MATLAMAT

Bismillahirrahmanirrahim

Saya bosan duduk di rumah. Tiada apa yang boleh dilakukan.
Itu adalah kata-kata orang yang tidak mempunyai matlamat yang jelas. Dia ada matlamat, tapi dia tidak mahu mengerjakan secara serius matlamatnya itu.

Wah..saya suka duduk di rumah! Saya suka cuti! Inilah masanya saya asah bakat saya dalm bidang IT dan memasak masakan yang pelik-pelik!
 Dan ini pula adalah kata-kata orang yang tahu apa yang dia MAHU dan dia sedang mengerjakan MAHU itu!. Dia ada matlamat yang jelas.

Aku tahu, untuk berjaya, seseorang itu harus wajib punya MATLAMAT. Bagaimana nak berjaya jika tidak mempunyai matlamat. Diri sendiri harus tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Apa yang dia ingin jadi. Apabila sudah jelas, KERJAKAN MATLAMAT itu..Seperti kata Amin Idris, apabila seseorang itu sudah bergerak ke arah apa yang dia MAHU, maka itu sudah jadi MATLAMATNYA.

YA! Aku ingin berubah dan berjaya! Aku ada matlamat. Sekarang masa untuk aku bekerja ke arah ITU.

KUATKAN MUJAHADAH.

IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH.

MATLAMAT YANG JELAS DAN BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ALLAH.

LABUR SAHAM BANYAK_BANYAK DI DUNIA SUPAYA UNTUNGNYA DAPAT DI AKHIRAT.

2 comments:

Mario said...

bagus bagus...asalkan jgn prinsip 'matlamat mghalalkan' kita amalkan sudahlah...hehe

Cik Cumi said...

Ya..insya Allah..
Semoga semua matlamat kita menggunakan cara yang halal bg mmengejar redhaNya