Monday, May 31, 2010

SYUBHAT TERHADAP RASULULLAH 2

Sambungan...

Syubhat seterusnya terhadap Rasulullah SAW:

Nabi adalah seorang yang kuat nafsu, sebab itu baginda berpoligami.
JAWAPAN:



  • Berpoligami lebih dari empat pada zaman Nabi adalah keizinan dari Allah Subhanahu waTaala dan itu adalah kerana masalah dakwah, dan bukannya kuat nafsu apatah lagi ketika itu baginda berusia 50 tahun.
  • Nabi SAW berpoligami selepas Siti Khadijah Khuwailid, isterinya meninggal dunia iaitu setelah 28 tahun Nabi SAW hidup bersamanya.
  • Kebanyakan isteri-isteri yang dikahwini Nabi SAW adalah janda melainkan Aisya Radiaalahu Anha.
  • Kita juga perlu tahu bahawa ada beberapa kategori wanita yang dihalalkan kepada Nabi SAW seperti:  
-Wanita yang mempunyai mahram yang diberikan mahar. 
-Hamba wanita dari ghanimah perang : Juwairiah, Sofiah, Mariah dan Raihanah Radiallahu Anha
-Kerabat dari kaum keluarga Nabi SAW yang berhijrah. ( 5 orang dari isteri Nabi berbangsa Quraisy)

PERJELASKAN FAHAMAN KITA TENTANG RASUL JUJUNGAN SAW.

No comments: