Thursday, May 27, 2010

MENGAWAL MARAH

Marah. Aku benci dengan marah. Aku tak suka bila aku marah. Bila dah lepaskan kemarahan, hati rasa terseksa, jiwa rasa menyesal sebab tak dapat kawal marah, tidak kurang juga rasa sedih sebab tidak berjaya menahan marah dan membiarkan syaitan terus bermaharajalela. Apa yang lebih menyedihkan, apabila kita memarahi orang yang kita sayang. AKU BENCI BILA AKU MARAH!


Menanglah ssyaian. Sudah tentu syaitan bertepuk tangan berpesta apabila berjaya membuatkan anak Adam marah semarah-marahnya.



Bila marah, sudah pasti segala benda tidak elok berlaku.
BARANG DICAMPAK. KERUSI MEJA DISEPAK. APA YANG BOLEH DICAPAI DIPECAHKAN. KATA-KATA KESAT MULA DIHAMBURKAN DENGAN PERASAAN YANG AMAT BENCI. RASA BANGGA BILA ORANG YANG DIMARAHI DIAM DENGAN KATA-KATA KESAT KITA. RASA PUAS WALAUPUN HATI PANAS! 
 Inikah yang kita mahu? Tidak. Sudah tentu jawapannya tidak.


ISLAM ada jawapannya. Islam mengajar umatnya cara untuk mengawal kemarahan.


Apabila sedang marah....


Duduklah  dan diam. Cuba tenangkan hati.
Jika marah lagi, baringlah.
Jika marah lagi, ambillah wudhuk..kerana syaitan itu dari api, dan api dapat dipadamkan dengan air.
Jika marah lagi, kerjakanlah solat sunat 2 rakaat.


Insya Allah, marah akan reda. Tiada seorang pun yang akan marah selepas solat, melainkan dia tidak khusyuk dalam solatnya..


JANGAN MARAH-MARAH aaa....

No comments: