Wednesday, May 26, 2010

SOLAT : SUSAHKAH?



Solat adalah tunjang iman seseorang. Jika solatnya baik, khusyuk, diawal waktu, maka kuatlah imannya dan kebergantungannya kepada Allah. Jika solatnya jelek, lewat, tidak khusyuk, selalu tidak lengkap, maka imannya rendah dan tidak ada bezanya dia dengan kafir. Nauzubillahi min zalik.

Apa susahkah untuk solat? Hanya meluangkan masa selama 5-10 minit untuk Allah. Hanya untuk Dia. Dan kerjakanlah ia sebaik mungkin. Pastikan wudhuknya sempurna, bersihkan tempat solat, mengadapNya dengan sebenar-benar ikhlas, dan solatlah. Usaha dan cublah untuk merasai nikmat setiap pergerakan  kita. Alangkah indahnya memuja Allah dengan sepenuh hati.

Rasai kewujudan dia di dalam solat. Penuhi hati dan akal kita dengan zikir dan wirid padaNya. Khas untuk Dia.

Jika semua Muslim merasai perasaan hebat ini, nescaya semuanya tidak tinggalkan solat kerana cinta yang sebenar-benar cinta wujud di situ.

Ayuh! kita...


SOLAT DI AWAL WAKTU 
SOLAT 5 KALI SEHARI

SOLAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
                                          CARI CINTA KITA DALAM SOLAT 
SOLAT DENGAN TENANG

 KEMPEN DIRIKAN SOLAT!!!!

No comments: