Tuesday, June 22, 2010

MUFLIS & BANKRAP DI AKHIRAT

Bismillahirrahmanirrahim..






Hari ni aku nak kongsi satu hadith yang sangat menggerunkan hati. Moga-moga peringatan Rasulullah ini berbekas di salam hati kita.


"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" tanya rasulullah kepada sahabat baginda.


"Muflis dalam kalangan kami adalah ialah orang yang tidak berduit dan tidak memilki sebaran aset(harta)."


Lalu Rasulullah menerangkan definisi muflis yang dimaksudkan: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak brsama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya ( si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekirannya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"


(Riwayat Abu Hurairah, no 2581)


RINGKASAN:


Amal di dunia yang membawa pahala kita ke akhirat:


1-solat
2-puasa
3-zakat


(tidaklah bermaksud amal lain tidak akan dibawa ke akhirat)


Amal di dunia yang akan menyebabkan kita bankrup:


1-memaki hamun orang lain
2-memfitnah
3-memakan harta orang
4-menumpahkan darah
5-memukul orang


Adakah kita benar-benar yakin kita telah melakukan solat, puasa dan zakat dengan sempurna? Adakah kita juga yakin kesemua itu diterima Allah?


Hadis ini juga mengingatkan kita supaya mejaga hubungan kita sesama manusia, tidak menyakiti sesiapa pun.


Kita kena jaga mulut dari memaki hamun, memfitnah dan memakan harta orang. kita juga kena pandai mengawal ammarah dan perlakuan kita agar tiada perumpahan darah dan tidak mencedrakan sesiapa dengan sesuka hati sahaja. Semua harus dijaga?


Mahukah kita menjadi muflis di akhirat? Kalau kita muflis di dunia, pasti ada orang yang akan menolong kita, tapi kalau kita muflis di akhirat, ingat, ke nerakalah jawabnya!!


Ayuh kita bertaubat. Jika kesalahan kita melibatkan manusia, maka buanglah rasa ego dan malu, dan mohonlah maaf pada si polan. Tidak mengapa tanggung malu di dunia, jangan di campak ke neraka. Jika kesalahan kita hanya dengan Allah, cukupla 3 syarat taubat itu. Taubatlah sesungguh-sungguhnya..


"Allahumma inni asaluka taubatan nasuhaa"
Ya Allah, Aku mohon padaMu taubat yang sebenar-benarnya(suci)





No comments: