Friday, August 27, 2010

Kepada 3 orang - SEMOGA TERUS KUAT!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Masihku gagahkan jugak jari-jemariku nak menaip, walaupun mata dah kuyu dan hampi-hampir terpejam. Aku nak sangat tulis benda ni kat sini. Harapnya aku tak akan lupa.

# Kejadian : Sepanjang Minggu ni
# Hal tentang 3 orang
# Semuanya pasal mainan cinta yang tidak halal

Kisah pertama, aku dikhabarkan tentang masalah adik sekolahku yang juga merupakan BADAR sekolah. Dia pernah ber'couple' dahulu, dan sekarang dalam fasa berubah sesuai dengan lantikannya sebagai BADAR. Sangat susah katanya.. Bekas 'couple'nya masih mahu teruskan hubungan yang tidak halal ni! Susah payah dia menolak!! dan menolak!! Kasihan adikku ni. Betapa aku memahami perasaan yang dialaminya. Sungguh-sungguh dia cuba membesihkan hati kembali..Aku sangat kagum dengannya.. Moga hidayah Allah terus bersama dia...

Kisah kedua, sahabatku sedang diuji dengan cinta selain Allah. Sedih aku memikirkan apa yang terjadi sekarang. Aku seperti tidak kenal dia lagi. Dia tidak lagi semesra dulu..Tidak lagi seceria dulu.. Aku rindukan dia yang dulu. Dia yang sangat2 menjaga semua muamalat dan ikhtilat.. dia yang begitu menjaga soal hati. Aku tahu, ini ujian buat dia, tapi aku sebagai sahabat dekatnya, wajarkah aku hanya MEMBIARKAN dia?? Aku tdak kuat Ya Allah..Aku tiada kekuatan untuk cakap direct hal ini.. Allah..lemahnya aku...
Ya Rabb, Kau kuatkan dia Ya Rahman.. Jangan Kau biarkan dia terus hanyut dibuai sesuatu yang belum pasti..

Kisah Ketiga, terdetk aku untuk menelefon seorang adik, yang juga peserta kem yang aku perah kendalikan dulu.. Aku bertanya khabar, study dia.. dan tanya juga jika ada masalah. Terus adik ni bercerita pasal CINTA MONYET yang sedang menghantui dia.. Pada hemat aku yang pertama, aku kira lelaki itu nampak macam ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan dia.. Tapi bila keluar satu statement mengejutkan dari adik ni...aku terus kata..

"hah! reject dia dik!! Tak mau orang macam tu, tak layak untuk adik! you can get better than him, sebab adik lagi  BAIK!!!!"

nak tahu statement adik ni? dia kata.." if dengan orang lain, dia main pegang je tangan pompuan, tapi bila denga adik, dia mintak izin dulu.."


oh..apakah? tak betul punya laki2...

SEMUANYA PASAL CINTA LELAKI. AKU TAHU IA FITRAH. DAN AKU JUGA TAHU ITU ADALAH SALAH SATU UJIAN ALLAH PADA DIA ...SABARLAH...KUATLAH....MUJAHADAHLAH...!! JANGAN BIARKAN DIRIMU TERUS LENA DENGAN BUAIAN PERASAAN YANG TIDAK PASTI...

AKU SANGAT SAYANG KALIAN...!!



YA ALLAH, THABBIT QULUBANA ALA DIINIK WA ALAA TO'ATIK..

4 comments:

ainshams said...

kadang2, bagus jugak kiter saje 'demand' drpd lelaki yg 'datang' ni.. >>nak lelaki yg kaki masjid, jaga solat&hubungan fmly, mampu ada rumah besar, kereta selesa, kerja tetap. btw, i ni suka shopping..& nak lelaki yg 'suci', xpenah ada couple sblm ni, agak2, masuk syarat tak?<< hehe, tak kisah dikatakan 'demand', sbb kdg2, inilah perisai yg sangat baik.
smg wanita dikuatkan jiwa, menepis segala nafsu lelaki yang tak halal ni. yakinlah, P baik utk L baik, L baik utk P baik. just improve ourselves (^_^)

Cik Cumi said...

ya..setuju..perempuan harus banyak demand dalam soal jodoh...

menarik la ayat dalam qausain tu..huhu..bole dipraktikkan pada sesiapa yang 'didatangi' lelaki..

ainshams said...

http://mataamatberharga.blogspot.com/2010/08/yakin-dengan-jaminan-nya.html

Pemilik Teratak said...

Minggu yang penuh dengan 'Macam-Macam'