Friday, August 6, 2010

Fasilitator : Sementara sahaja

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku sangat suka melibatkan diri dalam program-program berkaitan motivasi, muhasabah, dan keagamaan. Atau lebih tepat lagi program yang ada kanak-kanak! Sangat suka sebab kana-kanak sangat comel dan jujur! Mereka tidak pandai menipu dan sering mengatakan apa yang terlintas dalam hati. Berbeza dengan orang dewasa yang sudah pandai 'menipu'..huhu..

Aku pernah terfikir nak mempunyai kareer di dalma bidang ini. Aku tidak kisah kalau orang cakap ianya tidak akda kaitan dengan krsus yang aku sedang ambil sekarang. Apa yang aku tahu, aku ambil Bahasa Arab memang nak belajar bahasa, dan bukan berita-cita untuk mempunyai kerjaya bersangkut paut dengannya, tapi kalau dah rezeki, ok jugak..hehe...

Ada orang kata, bukak konsultan ni kerja tak menentu dam tidak menjamin. Ya, aku akui. Tapi minat aku dalam bidang ini lebih besar berbanding kerisauanku tak ada kerja tetap nanti.huhu.. Nak buat macam mana kan, semua benda yang aku minat tidak terlalu menjamin maasa depan/(itu kata orang..bagi aku, siit pun tak)..
Rezeki Allah tu, ada kat mana-mana, Aku usaha buat apa yang aku minat,i help people to understand religion, then Allah will help me..

Yakinlah dengan itu..
Kerjalah apa pun, yang peting ianya kerja halal dan kamu bahagia dengannya. dan pastikan kerja kamu itu tidak menjauhkan kamu dari Allah Subhanau Wataala...

Wallahu a'lam.

mode: ngantuk dan letih seharian dalam tren.Petang ni akan bertolak ke sekolah, ada program BADAR sekolah dan aku sebagai fasilitator. Sangat-sangat teruja.Harap-harap dapat belajar lebih banyak lagi..

No comments: