Monday, August 16, 2010

DEAN LIST VS. DEEN LIST

4 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dah 4 hari berpuasa. Cepat sangat hari berlalu, sampai tak sedar semakin hari semakin berkurang bulan penuh rahmat ni. Dan aku masih belum benar-benar manfaatkan sebaiknya peluang yang datang hanya sekali dalam hidup ini.

       Hari ini Allah gerakkan aku untuk bertarawikh di surau Mahallah Asiah. Bukan tak nak solat di Ruqayyah, Cuma mahu rasa tarawikh di berlainan tempat. Sangat seronok bila tengok muslimat yang jadi imam, dan juga tazkirah yang diberikan sangat menyentuh hati. Mungkin kerana disampaikan dalam Bahasa Melayu, maka ‘zouq’ tu lebih sikit berbanding dengan surau Ruqayyah yang sampaikan tazkirah in English. Maklumlah Mahallah kongsi dengan foreigner.

Satu kata-kata (dah olah sikit, sebab dah lupa) yang terkesan dalam hati aku masa tazkirah tadi..:
“kita manusia ni, boleh set high target for exam and academic, dan nak achieve DEAN LIST. Tapi, kita lupa nak set satu lagi benda, iaitu matlamat kita ke syurga Allah, dan tak pernah nak setkan untuk mendapat DEEN LIST. Tak malukah kita dengan Pencipta kita yang tahu apa yang kita segalanya pasal kita? ”
“DEAN LIST vs. DEEN LIST”

Yang mana pilihan kita? Kejarlah DEEN LIST, nescaya DEAN LIST juga kita akan peroleh…
Utamakan pandangan Allah,nescaya hubungan kita dengan manusia juga akan terjaga.. TAPI jika pandangan manusia yang menjadi pilihan, tidak semestinya Allah akan pandang kita..

Sama-sama uhasabah..Wallahu a’lam..

No comments: