Thursday, August 12, 2010

Ramadhan yang sepi untuk keluargaku



Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..( mahallah Ryqayyah dah ada wireless!!) sekali lagi diberi kesempatan dan peluang untuk rasai Ramadhan pada tahun ni. Syukur. Syukur. Syukur.. Ini adalah tahun kedua aku puasa kat UIA Gombak. Tiada apa yang membezakan antara tahun ini dan tahun lepas, cuma tahun ini aku lebih kesunyian dan kesepian.


   Sepi? Sunyi? Tak la sedih pun, cuma macam pelik je sebab kena bersahur dan berbuka seorang diri. Alah..macam tidak biasa kan? (memang tak biasa pon..waawaa..). Aku semakin kagum dengan percaturan Allah terhadap hidupku. Semua yang diatur untukku adalah terbaik dan mempnyai hikmah disebaliknya. Disebabkan dah selalu sangat sorang-sorang, jadi macam hati keras pulak. Bukan keras macam mana, cuma aku dah kurang menangis! Aku kan suka menangis tanpa sebab dulu, so bila dah sorang-sorang ni, main redah je dengan siapa pun, dan dah jadi TEGAR dan KUAT! yeyyyy!! Ala..nanti mati pun sorang-sorang jugak kan? huhu...


   Tapi kesian lagi dekat ayah. Ayah dah la kena tidur dalam pejabat, bersahur, berbuka, tarawikh, semuanya sornag-sorang. Tapi ayah tak complaint pon. Ayah senyap dan terus jalani kehidupan macam biasa. Mudah-mudahan ayah lebih dekat dengan Dia kerana hanya Allah yang boleh tenangkan hati ayah sekarang. Ya Allah, Kau lindungilah ayahku dimana jua dia berada...


 Emak pon sepi jugak. Ayah dah tak ada. Nasib baik jugak ada Aman dengan Belang. Ada jugak ornag tolong tengok-tengokkan mak. Sekarang ni Aman pergi dan balik sekolah naik bas. Dan kemungkinan besar dia tidak pergi tusyen sebelah malam. Tergelak juga aku mendengar dia kena keluar rumah jam 6.50pagi untuk menunggu bas. Selalunya, jam macam tu, baru nak solat Subuh. Takpelah dik, moga kamu jadi lebih kuat lepas ni..em..Hebatkan percaturan Allah? Semua dah dirancang dan Dia tahu yang kami semua boleh lalui semua ni. Dan semua ini adalah terbaik untuk kami. AllahuAkbar!!...



 Emm..adik-beradik yang lain pon sama. Abang di tengah laut, k.teh jauh di tanah India, Buyong di bumi USIM, Amin dekat Ipoh. Amin kena balik sendiir la jawabnye..huhu. Tak boleh nak manja-manja dah.. Allah je lah yang jaga mereka. Moga-moga semuanya baik-baik belaka. Sangat rindu kat abang!! k.teh! Amin! Kat buyong tak rindu sangat., sebab baru jumpa..huhu..




  Perancangan Allah itu Maha Hebat. Kadang-kadang kita tidak sangka pun, tapi Dia Maha Mengetahui. Kadng-kadang, apa yangkitya benci itulah terbaik untuk kita, dan kadang kala apa yang kita suka mungkin banyak bawa masalah pada kita. Sesungguhnya ini adlah TARBIYAH RAMADHAN DARI ALLAH.
SYUKRAN YA ALLAH...


mode: rindu kat abang dan k.teh..


Wallahu a'lam.




  





4 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Ainulllll.....

welcome back..

sangat rindu nak baca blog kamu.. suka le, macam dengar ainul yang cakap...

Bila nak iftor sekali ni?????

Cik Cumi said...

Hehe..bukan hilang ke mana pun..

cuma macam best bila tukar2 nama blog...haha...

adakah aku jenis tak tetap pendirian? entahler...huhu..

nanti kita iftor skali eh..insya Allah...

Jamilah Mohd Norddin said...

huhu, cik cumi.. susah eden nak cari.. tapi cam best gak kita tulis orang tak tahu..

Kesian jamilah yang nak tahu blog ainul ni.. hehe..

Cik Cumi said...

huhu..memang best pon ile tulis orang tak tau.

macam my sis..blog dia..sape pon tak tau..huhu..

sorry ye jamilahku...